Medan Pendidik Berkongsi Bahan

Assalammualaikum kepada para sahabat guru dan para pelajar,

Setelah melihat terlalu sedikit blog-blog yang dibina untuk pendidikan Islam Sekolah Menengah, ana rasa terpanggil untuk menyediakan medan ini bagi memudahkan para guru dan para pelajar Islam untuk mendapatkan dan berkongsi bahan p & p dan nota-nota pelajaran. Banyak blog yang ana perhatikan adalah blog panitia sekolah rendah khususnya dalam subjek pendidikan Islam.

Ana menyedari kekangan dan halangan untuk menyediakan bahan dan nota kepada pelajar, apa lagi untuk dikongsi bersama para murabbi. Namun demikian, mungkin kerana lama berkhidmat dan bahan-bahan yang disediakan oleh pelajar dan rakan-rakan guru dapat ana paparkan di medan ini untuk meningkatkan dan memudahkan kerja-kerja para guru dan juga pelajar. Dengan itu, ana mohon izin dan kemaafan daripada mereka yang menyediakan bahan iti untuk kita sebarkan ilmu Allah demi kesenangan dan peningkatan ilmu-ilmu Allah. Ana juga berharap, para pembaca juga dapat menginfa'kan hasil usaha mereka untuk dikongsi bersama.

harapan ana usaha yang murni ini mendapat sokongan dan dokongan yang terbaik daripada para ustaz dan para pelajar. Selamat mengajar dan belajar

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top