Jenis-jenis dan tempuh bagi idah.
Idah disebabkan perceraian hidup | Idah disebabkan kematian suami | ||
Status isteri | Idah | Status isteri | Idah |
-hamil | Hingga melahirkan anak | Hamil | Hingga melahirkan anak |
-tidak hamil | Tiga kali suci | Tidak hamil | Empat bulan 10 hari |
-putus haid | Tiga bulan | Putus haid | Empat bulan 10 hari |
-belum disetubuhi | Tiada idah | Belum disetubuhi | Empat bulan 10 hari |
Hikmat disyariatkan idah.
a-memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada
berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwin dengan lelaki lain.
b-memberi peluang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menyedari kesilapan
masing-masing.
c-merupakan waktu berkabung untuk isteri yang kematian suami sebagai tanda berduka cita.
d-memberi peluang kepada isteri beristirehat sebelum berkahwin lain.
e-memberi penghormatan pada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya terutama isteri.
Hak dan status isteri semasa dan selepas iddah
Hak semasa iddah | Hak selepas iddah |
1.Perempuan dalam iddah raj’ie (*isteri berhak mendapat nafkah zahir,pakaian,tempat tinggal dan harta pewarisan) (*isteri dilarang keluar rumah yang disediakan oleh suami tanpa izin) (*suami berhak merujuk walaupun tanpa persetujuan) 2.Isteri dalam tempuh iddah talak Bai’n (*tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal) (*tidak berhak mewarisi harta suaminya) 3.isteri kematian suami (*Berhak mendapat tempat tinggal selama tempuh iddah) | -tidak lagi mermpunyai hubungan dengan bekas suaminya. -bebas menentukan hidupnya sendiri -berhak/boleh berkahwin dengan lelaki lain. -tidak berhak mendapat nafkah daripada bekas suaminya. |
Tujuan larangan yang dikenakan ke atas perempuan yang beriddah.
a-memelihara maruah kaum wanita
b-menunjukkan Islam mengangkat kaum wanita
c-menghindarkan apa berlaku perkara tidak diingini ke atas perempuan.
0 comments:
Post a Comment