Seminar Teknik Menjawab PMR

Alhamdulillah, pagi tadi dalam kekalutan mengurus projek dan menyiapkan teks khutbah jumaat, sempat juga mengeditkan powerpoint bagi memberikan seminar Menjawab Pendidikan Islam PMR.

Tiba di SMK Bukit Garam untuk melapor diri dan siapkan RPH, saya terus berkejar ke SMK Lamag untuk menyampaikan Seminar Menjawab Pendidikan Islam. Suasana agak sedikit kelam kabut kerana pertama kali menggunakan laptop isteri. Laptop sendiri sudah agak tua. Bimbang juga dia beri masalah dalam program begini. Lagipun saiznya agak besar. Masalah teknikal laptop ini tertutup sedikit bila masalah LCD dan Skrin tuan rumah juga bermasalah. Alhamdulillah semuanya tergendala sebentar sahaja.

Syukur program berjalan dengan baik. Sambutan dari peserta seminar juga agak baik walaupun penceramah tidak sehebat mana.

Selepas berjamu selera di kantin sekolah, terpaksalah berkejar balik ke sekolah dan ke rumah untuk persiapan khutbah jumaat. Syukurlah dairi hari ini ditutup dengan menghadiri usrah.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top