Tanggungjawab Guru Cemerlang

Dari MGCSabah menulis

Beberapa GC yang baru dilantik telah bertanya : “Apakah harus saya buat sekarang?”

Untuk GC DG 32 dan 34 yang telah hadir Kursus Grooming pada 3 - 5 November 2008, tuan/puan telah diberi beberapa petunjuk mengenai hal ini.

Untuk GC DG 44 dan 48 yang baru dilantik, Kursus Grooming yang dirancang untuk anda pada hujung bulan Jun tahun 2009 terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Adalah diharapkan kursus ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam keadaan sedemikian dan menyahut pertanyaan di atas, saya ingin memberi nasihat berikut :

1. Medan perjuangan utama anda adalah sekolah anda. Tuan/puan perlu memberi keutamaan kepada tugas-tugas anda di sekolah, khususnya P&P di bilik darjah. Buku rekod mengajar merupakan dokumen rujukan utama untuk menilai sejauh mana tuan/puan telah melaksanakan tugas-tugas anda.

2. Merancang program/aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar anda dengan mengambilkira berlainan TOV (take-of-value), keperluan dan stail pembelajaran mereka. Kajian tindakan boleh dilaksanakan untuk menilai usaha tuan/puan dalam hal ini.

3. Meningkatkan kualiti penyampaian (delivery) pelajaran anda dengan menggunakan pendekatan baru, ICT, pelbagai teknik mengajar, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Ini mungkin menghasilkan inovasi P&P dan boleh dijadikan amalan P&P terbaik.

4. Tuan/puan dapat berkongsi hasil kajian tindakan dan inovasi anda dengan warga pendidik di sekolah anda maupun medan yang lebih luas melalui penulisan dan pembentangan kertas kerja semasa kursus /seminar/persidangan di dalam dan luar sekolah serta multimedia seperti jurnal dan blog pendidikan.

5. Menunjukkan kepimpinan dalam tugas pengurusan kurikulum sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain porfolio.

6. Menyertai Pasukan Gerak SAGA Daerah untuk membantu Sektor Pengurusan Akademik dan Pejabat Pelajaran Daerah memantapkan pelaksanaan kurikulum di daerah anda. Adalah diharapkan para GC juga dapat menyumbang dalam program perkembangan profesionalisme guru-guru di daerah anda.

7. Dalam semua perkara di atas, dokumentasi adalah dimestikan. Melabur dalam sebuah kamera digital dan komputer laptop untuk melapor sebarang aktiviti anda, fail/folder/kotak untuk menyimpan bahan tulisan dan bahan bantu mengajar anda dan sebagainya. Adakan suatu sistem untuk mengatur semua ini.

Akhir sekali sebagai GC, tuan/puan dan saya dinilai oleh orang lain bukan hanya dalam hal kepakaran mata pelajaran tetapi juga penampilan diri dan cara kita berkomunikasi dengan mereka. Oleh itu, adalah wajar setiap GC memberi perhatian kepada hal penampilan diri dan cara berkomunikasi untuk memastikan martabat profesionalisme jawatan Guru Cemerlang di Sabah sentiasa disanjung.

Sumber : http://hannanfarhana.blogspot.com/2010/03/guru-cemerlang.html

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top