KERTAS KERJA
AMALI SEMBELIHAN DAN AQIQAH PERDANA
1. MUQADIMMAH
Fardu kifayah wajib disempurnakan oleh setiap mukmin yang terbeban di atas bahu mereka tanggungjawab tersebut. Sembelihan dan aqiqah yang pada asasnya merupakan sunat Mua’kad ( dituntut) seringkali diabaikan kerana kekangan masa dan juga masalah pengurusan. Campur aduk dengan perkara khurafat dan bid’ah juga turut menjadikan sembelihan dan Aqiqah menjadi beban kepada mukalaf terbabit. Oleh sebab itu, pendedahan awal diperingkat bangku sekolah amat penting dan perlu bagi menyediakan pelapis dan pengendali yang mengutamakan syara’ dalam melakukan ibadat sembelihan dan juga aqiqah.
Sehubungan dengan itu, Panitia pendidikan Islam, Kelab Staf dan PIBG SMK Bukit Garam mengambil inisiatif untuk menganjurkan Amali Sembelihan dan Aqiqah Perdana bagi mendedahkan hakikat sebenar sembelihan dan aqiqah menurut syara’.
2. OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah sembelihan dan aqiqah yang dituntut oleh Islam
2.2 Menyempurnakan amali sembelihan, aqiqah dan kekeluarga Islam yang terdapat dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5
2.3 Membuka peluang kepada ibubapa dan masyarakat sekitar untuk menyempurnakan aqiqah yang tertanggung kepada mereka.
2.4 Mewujudkan semangat kerjasama dan toleransi dikalangan warga sekolah yang terdiri daripada pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat sekitar.
2.5 Mendedahkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada warga aqiqah
3. TEMA
Fardu Kifayah Pembersih Jiwa
4. ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam ,Kelab Staff SMK Bukit Garam dan PIBG
5. TARIKH
01 Julai 2010 (khamis)
6. SASARAN
6.1 Pelajar Tingkatan 4
6.2 Guru-guru SMK Bukit Garam
6.3 Ibubapa SMK Bukit Garam
7. KAEDAH PENGURUSAN
7.1 Peserta Aqiqah boleh memilih untuk masak sendiri daging aqiqah tersebut atau menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dimasak dan dijamu disekolah
7.2 Peserta digalakan bersama-sama mengurus daging aqiqah bagi mewujudkan suasana harmonis dan ikatan saliturahim
7.3 Peserta membawa sendiri tempat untuk mengisi daging aqiqah
8. TEMPAT
Padang dan sekitar Surau Al-Ghazali, SMK Bukit Garam
9. TUGASAN PELAJAR
9.1 Setiap kelas membawa 10 biji kelapa dan 3 ekor ayam kampong untuk lauk
10. HARGA
RM400 sebahagian
11. TUGASAN GURU DAN PELAJAR MENGIKUT TINGKATAN
Rujuk Lampiran A
12. SENARAI JAWATANKUASA
Rujuk Lampran B
13. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C
14. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran D
15. PENUTUP
Menjadi harapan kita semua untuk melihat program yang dirancangkan ini dapat dijayakan dengan sesempurna mungkin bagi memastikan matlamat dan objektif program tercapai. Saya mengucapkan riobuan terima kasih atas sokongan dan dokongan warga SMK Bukit Garam dan juga pihak PIBG dalam merancang dan merancana program ini. Sekian terima kasih.
Disediakan Oleh
Ust Mohd.Zaidi Mustafa
Ketua Panitia
Pendidikan Islam
SMk Bukit Garam
1 comments:
Mohon rujuk tuan
Post a Comment