Sambutan Aqiqah Perdana Amat memuaskan

Usaha Panitia pendidikan Islam, SMK Bukit Garam yang julung kalinya akan mengadakan sembelihan dan aqiqah perdana amat memberangsangkan.Sambutan daripada guru, pelajar dan ibubapa datang bertalu-talu.

Pihak penganjur tetap berharap program ini terus mendapat sokongan daripada ibubapa sekitar bagi membuka ruang kepada pelajar dan ibubapa melakukan ibadat sembelihan dan aqiqah ini.

Para peserta diberi pilihan untuk mengambil daging aqiqah tersebut atau menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dimasak dan dihidangkan kepada pelajar sekolah.

Kepada yang berminat, sila hubungi pihak penganjur secara segera bagi memudahkan tempahan lembu dan juga barang-barang keperluan untuk mengurus program tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top