Asas Takaful

Tajuk Buku
Asas Takaful

Terbitan ..
Islamic Banking and Finance institute Malayasia. Sdn Bhd (IBFIM)

Isi Penting Buku ini

1. Memperkenalkan sistem takaful dan muamalat cara Islam

2. Mempunyai 4 bab yang membicarakan tentang asas Takaful, takaful Am, Takaful Keluarga dan takaful perubatan dan kesihatan.

3. menjelaskan perbezaan takaful (mengikut syariat Islam) dan Insuran yang haram kerana mempunyai terlibat dengan riba, judi dan gharar.

4. Kepentingan kepada setiap individu terutama umat Islam yang masih kurang memiliki takaful sedangkan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan kepada umatnya menyediakan perancangan masa depan seperti yang dilakukan oleh Nabu Yusuf AS ketika mentadbir Mesir dan beberapa sirah lain.

5. Mengingatkan umat Islam supaya tidak mengambil mudah dalam membeli insuran am, Keluarga dan perubatan kesihatan kerana ianya melibatkan halal dan haram.

Kaitan dengan tugas Guru
Bab 19 Tajuk Ibaadah Tingkatan 4, Pendidikan Islam

GC SMK Bukit Garam Bertapa Di SMK Merpati

Sikap terbuka dan murah hati pengetua Cemerlang DG54, yang juga pengetua SMK Merpati Cikgu Sani Sahwi telah membuka ruang kepada sembilan orang Guru Cemerlang SMK Bukit Garam berkunjung dan menimba ilmu dengan beliau.

Kunjungan GC SMK Bukit Garam turut disertai dua orang Guru Cemerlang SMK Tinghua, Sandakan.

Hampir lima jam, kami didedahkan dengan pelbagai ilmu dan persiapan yang sepatutnya dilakukan oleh guru yang berusaha untuk menjadi guru yang cemerlang dan digemari oleh pelajar yang seterusnya mengangkat profesion pendidikan di mercu jaya.

Cikgu Sani tidak kedekut untuk berkongsi tips-tips penting dalam mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang cemerlang.

Majlis berlangsung dengan penuh kemesraan dan soal jawab berlaku dengan agak baik.

Program ini telah merangsang semangat dan azam GC SMK Bukit Garam untuk meningkat kualiti P&P yang menjadi perkara paling penting. Selain itu, program ini juga telah membuka jalan untuk setiap guru membudayakan kerja cemerlang dan berperancangan.

Bergambar kenangan bersama sifu di bilik Pengetua

budaya kerja berpasukan amat penting
Tempat penyegaran yang kondusif

SMK Bukit Garam Tuan Rumah MTQ 2011

Setelah sekian lama, SMK Bukit Garam tidak menerima kunjungan tetamu dalam acara MTQ, kini harapan itu sudah berbunga. Keputusan mesyuarat jawatankuasa MTQ minggu lalu memutuskan SMK Bukit Garam sebagai tuan rumah mewakili Zon Bukit Garam.

Pada tahun lepas, zon Paris yang meletakkan SK Paris dan SMK Paris sebagai tuan rumah telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan di dalam menjayakan MTQ daerah. Ust Rahmat yang menjadi tulang belakang telah membuktikan warga Paris cukup tangkas dalam mengurus acara seumpama ini. Tahniah geng Paris!

SMK Bukit Bukit Garam dalam keadaan serba kekurangan tetap bersedia menerima tetamu sekalipun kemudahan sekolah yang ada agak antik tetapi berbekalkan pengalaman warga Zon Bukit Garam, kami berkeyakinan dapat melakukan yang terbaik untuk MTQ dan daerah Kinabatangan.

Zon Bukit Garam membariskan kepimpinan dari SMK Bukit Garam, SK Bukit Garam, Sk Singgah Manis, SK Sinar Jaya, SK Balat, SK Sangau, SK Sungai Lokan, Sk Desa Permai dan SK Kuamut juga diharapkan dapat mempertahankan piala Johan Keseluruhan yang dirai sejak beberapa tahun yang lalu.

Ayuh... mara Zon Bukit garam

Persekolahan Kembali Bermula

Dunia persekolahan kembali menemui kita semua setelah sebulan lebih kita bercuti dan menyegarkan diri. Tahun 2011 bakal membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan kerana pada tahun ini disekolah rendah telah bermulanya KSSR dan pastinya di setiap sekolah akan ada beberapa perubahan stuktur organisasi dan perubahan guru dan sebagainya.

Tahun ini menyaksikan ramai guru yang berpindah dan tidak kurang juga yang menerima guru baru. K eluar masuk, pergi dan kembali menjadi rutin yang seharusnya kita terima dengan redha dan menjalankan amanah seperti biasa. Paling penting setiap tahun kita mesti meningkatkan mutu P&P dan juga islah sahsiah diri dan pelajar dengan cara yang bersungguh-sungguh. Hasrat kita bersama ini menjadi khalifah di muka bumi yang disebut oleh ulama untuk mendirikan agama dan mentadbir dengannya.

Sikap kebersamaan, wedahtul fikri dan wehdatul amal patut menjadi tonggak penting dalam merealisasikan cita-cita ummah ini. Mengutamakan hak orang ramai melebihi hak sendiri turut memainkan peranan penting ke arah perubahan menuju insan rabbani.

Selamat Menyegarkan alam persekolahan.........................
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top