GC SMK Bukit Garam Bertapa Di SMK Merpati

Sikap terbuka dan murah hati pengetua Cemerlang DG54, yang juga pengetua SMK Merpati Cikgu Sani Sahwi telah membuka ruang kepada sembilan orang Guru Cemerlang SMK Bukit Garam berkunjung dan menimba ilmu dengan beliau.

Kunjungan GC SMK Bukit Garam turut disertai dua orang Guru Cemerlang SMK Tinghua, Sandakan.

Hampir lima jam, kami didedahkan dengan pelbagai ilmu dan persiapan yang sepatutnya dilakukan oleh guru yang berusaha untuk menjadi guru yang cemerlang dan digemari oleh pelajar yang seterusnya mengangkat profesion pendidikan di mercu jaya.

Cikgu Sani tidak kedekut untuk berkongsi tips-tips penting dalam mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang cemerlang.

Majlis berlangsung dengan penuh kemesraan dan soal jawab berlaku dengan agak baik.

Program ini telah merangsang semangat dan azam GC SMK Bukit Garam untuk meningkat kualiti P&P yang menjadi perkara paling penting. Selain itu, program ini juga telah membuka jalan untuk setiap guru membudayakan kerja cemerlang dan berperancangan.

Bergambar kenangan bersama sifu di bilik Pengetua

budaya kerja berpasukan amat penting
Tempat penyegaran yang kondusif

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top