SMK Bukit Garam Tuan Rumah MTQ 2011

Setelah sekian lama, SMK Bukit Garam tidak menerima kunjungan tetamu dalam acara MTQ, kini harapan itu sudah berbunga. Keputusan mesyuarat jawatankuasa MTQ minggu lalu memutuskan SMK Bukit Garam sebagai tuan rumah mewakili Zon Bukit Garam.

Pada tahun lepas, zon Paris yang meletakkan SK Paris dan SMK Paris sebagai tuan rumah telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan di dalam menjayakan MTQ daerah. Ust Rahmat yang menjadi tulang belakang telah membuktikan warga Paris cukup tangkas dalam mengurus acara seumpama ini. Tahniah geng Paris!

SMK Bukit Bukit Garam dalam keadaan serba kekurangan tetap bersedia menerima tetamu sekalipun kemudahan sekolah yang ada agak antik tetapi berbekalkan pengalaman warga Zon Bukit Garam, kami berkeyakinan dapat melakukan yang terbaik untuk MTQ dan daerah Kinabatangan.

Zon Bukit Garam membariskan kepimpinan dari SMK Bukit Garam, SK Bukit Garam, Sk Singgah Manis, SK Sinar Jaya, SK Balat, SK Sangau, SK Sungai Lokan, Sk Desa Permai dan SK Kuamut juga diharapkan dapat mempertahankan piala Johan Keseluruhan yang dirai sejak beberapa tahun yang lalu.

Ayuh... mara Zon Bukit garam

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top