Selamat Menghadapi Peperiksaan Muridku

Selepas cuti hari Pekerja, para pelajar dikerah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang bermula 3 Mei dan akan berakhir pada 20 mei. Semoga ruang peperiksaan ini digunakan untuk mengukuhkan isi pengajian yang telah dipelajari selama ini.

Musim peperiksaan bukanlah bererti berakhirnya sesi pengajian dan hubungan murid dengan guru, malah pada waktu sebeginilah, murid seharusnya merasai betapa penting guru sebagai pembimbing untuk memantapkan ilmu yang dipelajari. Mungkin kekeliruan itu dapat diselesaikan melalui munaqasah dan taujihad oleh guru-guru kita.

Pelajar sekelian,

Peperiksaan mengingatkan kita betapa hidup ini akan sentiasa ada penghisaban dan markah tertentu. Markah itu akan melayakkan kita mendapat sesuatu. Begitu jugalah hubungan kita sebagai hamba Allah. Allah tugaskan kita untuk mengabdikan diri kepadaNYa. Ketaatan dan disiplin hidup kita akan direkod oleh Raqib dan Atib. Rekod amalan kita akan akan dibentangkan dan ditentukan untuk melayakkan kita ke syurga atau ke neraka Allah.

Debaran kita menanti keputusan peperiksaan tidak sepahit dan sepayah kita menanti di Mashyar. Mahsyar adalah tempat penantian agong yang amat meresahkan manusia yang ingar dan menjauhi ketaatan kepada Allah.

Rugilah mereka yang Fail dalam peperiksaan Allah dengan rugi yang teramat rugi. Justeru itu, utamakanlah ibadat dan niat yang tulus belajar kerana Allah bukan kerana mengejar imbuhan keduniaan yang penuh dengan kepura-puraan.

Tunaikanlah sembahyang fardu paling kurang. Hiasil diri dengan akhlak Islamiah di samping membasahkan lidah dengan zikir-zikir ayat Al-Quran yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran untuk dihafaz sebagai sukatan Pendidikan Islam.

Selamat bermuhasabah muridku. Banyakkan panjat doa kepada Allah kerana itulah tempat selayaknya. Niatlah belajar dan berkerja ini untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan daripada azab api neraka. Itulah kebahagiaan yang abadi. Selamat maju jaya.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top