Iklan Aqiqah Sempena Minggu Kemanusiaan

Pihak bidang Kemanusiaan akan menganjurkan Minggu Kemanusiaan pada 9hb hingga 13hb September. antara aktiviti sempena Minggu Kemanusiaan tersebut akan diadakan program Aqiqah dibawah kendalian Panitia Pendidikan Islam.

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kakitangan, ibubapa dan masyarakat untuk menyertai program ini. Kos sebahagian aqiqah sebanyak RM400. Penyertaan hendaklah sampai kepada pihak penganjur sebelum 05 September 2013.

Peserta aqiqah diberi pilihan samaada membawa pulang daging aqiqah ataupun menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dimasak dan membuat jamuan di sekolah. Selain daripada penyertaan aqiqah, penganjur juga bersedia menerima sebarang sumbangan bahan masakan seperti beras, kelapa, ayam, buah, sayur dan sebagainya untuk tujuan jamuan pada hari program yang dijadualkan akan berlangsung pada 10hb September ini.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn Jumatiah Djumarang atau Ust Mohd Zaidi (013-9822070)

Program ini juga akan digabungjalin dengan Pra Universiti SMK Bukit Garam melalui projek khidmat masyarakat mereka..

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top