Persiapan Syarahan Agama Spontan

Dengan hasrat untuk melahirkan para daie yang kreatif dan kreatis atau pencapaian pemikiran yang mencapai pemikiran aras KEBAT, format baru syarahan agama agak menguji minda para pelajar yang menyertai syarahan Agama Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) Pada akhir -akhir ini.

Apa pun sebagai persiapan para peserta, syarahan spontan selama 5 minit ini memerlukan kepada pelajar untuk menghadam seluruh tajuk dalam sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih pensyarah dari tingkatan berapa, asalkan jurulatih menyakini pelajar tersebut mampu menguasai keseluruhan sukatan. Kalau saya, saya lebih cenderung untuk memilih pelajar yanb bijak dak kreatif dalam mengolah isu disamping kemampuan penguasaan ayat-ayat Al Quran.

Masa syarahan

Masa yang diperuntukan selama 7 minit, 2 minit untuk persiapan pensyarah setelah mendapat undian tajuk dan 5  minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap.

Isi syarahan yang Lengkap

Syarahan yang lengkap ialah isi syarahan yang mengandungi
1. 3 isi syarahan. Setiap isi yang lengkap mempunyai :-
     A. Isi
     B. Huraian kepada isi
     C. Kaitkan dengan isu semasa ( sebaiknya memberi fakta dan isu terkini)
     D. Pengajaran atau penekanan kepada isi
     E. Mengemukan Nas (Al-Quran atau hadis)
     F. Terjemahan kepada Nas

Markah penuh untuk isi ialah 20 markah termasuk 2 markah bonus.

Bagaimana untuk dapat 2 markah bonus?

Markah bonus akan diberikan sekiranya pensyarah berjaya menyampaikan syarahan yang mengandungi :-
1. sekiranya isi mempunyai sekurang-kurangnya  3 daripada kelengkapan isi
2. Pengolahan yang baik
3. Hujah-hujah yang meyakinkan

Bagaimana kaedah pelaksanaan syarahan spotan?

1. Selepas cabutan giliran ,peserta dikehendaki mencabut salah satu tajuk yang telah disediakan oleh pihak kehakiman di atas pentas syarahan.

2. Peserta diberi masa 2 minit untuk membuat persiapan isi tajuk syarahan.

3. Peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap dengan mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi. Lebih daripada 3 isi, ianya bakal mendapat markah bonus sekiranya lengkap.

Selamat Maju Jaya


0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top