Hari Guru Hari Pelajar

Sambutan hari guru disambut dengan deretan ucapan "Selamat Hari Guru" dari kalangan pelajar dan ibubapa. Tidak kurang juga daripada rakan -rakan guru yang bagaikan lebih syok daripada pelajar. Maklumlah, hari kebesaran guru, kadang-kadang guru ini bagaikan "minta puji", bilang orang Sungai.

Sudah menjadi lumrah bagi warga SMK Bukit Garam menyambut hari guru dengan sukanneka antara guru diawal paginya dan waktu tengaharinya dengan sambutan di dewan sekolah. Disanalah diisi dengan ikrar guru-guru bagi memperbaharui azam untuk mendidik anak bangsa secara bersungguh-sungguh. Selain dari itu, adanya beberapa penghargaan kepada guru-guru daripada pelajar dan pentadbir sekolah.

Pentadbir sekolah memberi anugerah kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi pelajaran mereka dalam peperiksaan awam manakala pelajar mencadangkan anugerah guru penyayang, guru kreatif dan guru dedikasi serta guru tegas.

Tahniah kepada guru-guru yang dihargai. Ada barangkali guru yang tiada pengiktirafan daripada pentadbir dan pelajar, cabutan bertuah mungkin pengubat luka. Apa pun, pada saya..biarlah hari guru ini untuk meraikan semua guru atau sebahagian besar guru-guru. Ianya tidak perlu terlalu skima atau formal. Jadilah hari untuk mengikat ukhwah, pengubat luka, penambat kasih sayang. Biar tidak ada penumpang dalam bahtera yang besar . Anggaplah kita semua anai-anai yang berusaha membina busut dan menjaga ratu. Ratu itu ialah generasi baru yang bakal mewarnai masa depan negara.

Guru SMK Bukit Garam telah menunjukkan keserasian dan semangat mahabbah yang tinggi. Sukaneka guru-guru umpamanya begitu meriah dengan gurau senda, tipu muslihat dan keghairahan. Semuanya bukti, kami dapat berkerja dalam pasukan sekalipun kekadang mengundang kontroversi yang tidak perlu disensaikan. Betul sebagaimana ucapan Pengetua dalam perasmian hari guru pada tahun ini, jangan ikut semua telatah guru-guru dalam sukaneka tadi kerana guru-guru sudah profesional. Matlamat kami bersukan, bukan untuk mencari pemenang tetapi lebih kepada berhibur dan menghibur dalam keterbatasan.
Sudah cukup mengundang bangga. Bukan handphone itu....

Terima kasih kepada pelajar yang tidak pernah kering bibir dengan ucapan Selamat hari guru. Teristimewa yang memberi hadiah kepada saya sekalipun sudah tidak mengajar mereka. Hadiahnya cukup istimewa kepada guru walaupun nilainya tidak seberapa. Terasa sebak dalam dada, rupanya...aku juga minta puji...

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top