Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Negeri

SMK Kuhara yang menjadi medan terakhir peringkat Negeri Sabah untuk para peserta membuktikan kebolehan dan kewibawaan dalam menyampaikan mesej dakwah.

Alhamdulillah, secara keseluruhan, para peserta berupaya menyampaikan syarahan dengan baik sekalipun menerima soalan spontan yang saya kira cukup mencabar. Beberapa komen dan juga penambahbaikan yang perlu kita selaku jurulatih atau peserta lakukan:-

1. Penguasaan dalil Al-Quran dan hadis dengan lebih baik dan fasih
2. Tidak terikat dengan teks syarahan yang lama,yang menggambarkan pelajar menghafaz ayat-ayat syarahan sehingga mengemukakan hujah atau bukti yang sudah lama.
3. Hendaklah mengemukakan fakta kes yang terkini, seboleh yang berlaku kelmarin kecuali ianya melibatkan sirah Rasulullah dan kisah para sahabat. Jika berupaya mengemukakan dalam bentuk angka, itu lebih baik.

4. Peserta hendaklah memahami tajuk syarahan yang ada hubungkait dengan sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Ada juga peserta yang terkeliru dengan istilah. Penguasaan istilah cukup penting kerana ianya memberi gambaran penguasaan tajuk secara keseluruhan.

5. Bahasa yang berbunga dan puitis tidak perlu dalam menyampaikan syarahan terutama dalam muqadimmah para peserta.

Kita harapkan para peserta yang diacu melalui syarahan agama ini mampu menjadi pendakwah yang baik. pendakwah yang berupaya memukau hadirin seterusnya menyemarak medan dakwah. InsyaAllah


0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top