Kursus Peningkatan Profesional Ketua Bidang dan Ketua Panitia

Tn Rishi sedang menyampaikan ceramah
Pihak Pejabat Pelajaran Kinabatangan telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesional Ketua Bidang dan Ketua Panitia seluruh sekolah Rendah dan Sekolah Menengah seluruh Kinabatangan yang melibatkan 200 orang peserta.

Tiga program ceramah yang disampaikan oleh Dr El - Jumadil, En Andrian dan En Rishi yang berkaitan dengan tranformasi berfikir,  PdP Abad ke 21, amalan I Think dan KBAT di dalam kelas.
Sebahagian peserta program

Pendedahan ini sebagai suatu persiapan untuk guru menangani keupayaan pelajar dalam penguasaan pelajar terhadap ilmu teknologi dan sebagainya. Pedagogi yang berbeza amat penting bagi seseorang guru seiring dengan perkembangan zaman yang menuntut keterlibatan guru secara aktif dan berkesan dalam PdP.

Tahniah juga kepada guru- guru yang dapat mengorbankan masa cuti mereka untuk mendapat ilmu mereka

Ceramah Keibubapaan d SK Paris

Dalam melangkah menuju kecemerlangan pelajar UPSR, pihak SK Paris mengambil menganjurkan program Bai'ah dan ceramah keibubapaan. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk bersama- sama dengan warga SK Paris dan ibubapa mereka.
Guru Besar SK Paris memberi anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam ujian 
anugerah dan bai'ah
Ibubapa tunjang kepada kejayaan pelajar
Barisan guru- guru Tahun 6 yang berdedikasi
Pn Johoratul, ibu angkat PPD di SK Paris
Penghargaan dari pihak SK Paris
Antara anak yang berbai'ah kepada ibu yang juga gurunya


Kuiz Mauliddur Rasul 2015

Kelewatan mengajur sambutan Maulidur Rasul memaksa pihak kami terpaksa mengubah bentuk sambuatan luar daripada kebiasaan. Sambutan kali ini tanpa sebarang sepanduk, tanpa perarakan, tanpa ceramah, tanpa bungga manggar dan sebagainya.

Setiap tingkatan diberikan soalan mengikut sukatan pelajaran dalam bidang Tamadun Islam dan juga ibadah. Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 6, sukatan melibatkan Tamadun Islam kertas 1. Program dikendalikan oleh pelbagai guru dengan juri dari kalangan guru dari setiap rumah sukan. Guru Pendidikan Islam bertindak sebagai pengubal soalan dan juga pemantau program supaya perjalanan program.

Sambutan pelajar dan guru-guru amat memberangsangkan. Saya bercadang untuk berkongsi soalan- soalan kuiz yang disediakan oleh teman-teman saya dari tingkatan 1 hingga 6, sekiranya keadaan mengizinkan.

Pada perkiraan saya, soalan- soalan ini juga boleh digunakan untuk PDP di dalam kelas nanti .

Kaedah kuiz ini juga menyebabkan pelajar akan mengulangkaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh kerana semangat untuk menang dan meraih penghormatan itu tinggi. Selain itu juga, pertandingan melalui kiraan mata rumah sukan akan memberi peluang kepada pelajar yang tidak aktif sukan dapat menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak PK ko-kurikulum kerana menerima cadangan kami. Tidak lupa penghargaan kepada semua guru yang menjayakan program ini.

FORUM KASIH SAYANG RASUL

Tingkatan : 5 Matahari
Bidang       : Tilawah

Soalan 1
Maksud cintai Rasulullah
- melakukan apa sahaja yang disukai oleh Rasulullah dan meninggalkan segala larangannya

soalan 2
Contoh kasih sayang Rasulullah
1. Duduk bersama golongan miskin dan lemah
2. Rasulullah Kasihkan kepada binatang dan selalu memberi makan kepada binatang termasuk mengarahkan umatnya menajamkan pisau untuk sembelihan supaya tidak menyeksa binatang sembelihan

Soalan 3
Cara untuk mencintai Rasulullah

1. Bersalawat kepada Rasulullah
2. Patuh kepada ajaran Rasulullah dan meninggalkan larangannya
3. meninggalkan larangannya dan membenci apa yang Rasulullah benci
4. mengamalkan akhlak Rasulullah dalam kehidupan seharian
5. menziarahi maqam Rasulullah jika berkemampuan

Soalan 4
kelebihan mengasihi Rasulullah
1. Mendapat safaat di akhirat
2. Diperolehi keberkatan hidup di dunia dan akhirat
3. Dikasihi oleh Allah dan Rasul

Soalan ke 5
Cara untuk mencontohi Rasulullah dengan sebenarnya
1. Abu Bakar mempertahankan dan menyokong  Rasulullah sekalipun diseksa dan disakiti oleh masyarakat setempat
2. Sahabat menangis bila mengjangka Rasulullah akan wafat
3. Abu Talib mempertahankan Rasulullah sehingga akhir hayatnya

Kecintaan kepada Rasul amat penting dalam kehidupan kita kerana Rasulullah ada contoh tauladan yang terbaik dalam setiap bidang kehidupan.

Soalan KBAT dr kalangan pelajar
1. Bagaimana untuk kita mencontohi Rasulullah dalam P &P
2. Bagaimanakah cara menangani binatang berbisa dibawah rumah yang dijangka tidak membahayakan tuan rumah
3. Mohon berikancontoh  sirah yang menunjukkan Rasullulah menjaga alam sekitar
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top