KAEDAH MENJAWAB SOALAN KBAT

Soalan KBAT memerlukan  pelajar berfikirar asar tinggi dengan mengolah ayat ayat sehingga terbentuk satu keterangan yang lengkap. Penggunaan kata sambung memainkan peranan yang penting bagi mencapai kehendak soalan.Dibawah ini,saya senaraikan kata sambung yang boleh digunakan:-

1. agar
2. supaya
3. kerana 
4.agar
5. serta
6. sekiranya
7. semoga
8. hingga
9. sementara
10. setelah
11. ketika
12. dengan

Jawapan KBAT hendaklah dijawab dalam bentuk perenggan. Satu perenggan sudah memadai untuk menjawab persoalan tersebut.

4 perkara yang mesti ada ialah

1/ isi
- penggunaan perkataan selain itu, dan, serta boleh menyebabkan pertambahan isi

2/ huraian isi
- wacana- contoh dalam ayat lengkap. Penggunaan perkataan tertentu seperti Oleh itu, hal demikian

3/ huraian lengkap
sebab/ akibat/ contoh / dalil/ kesan

4/ kesimpulan (cadangan)
-  Ulang balik isi + agar, kerana, supaya......

Contoh soalan:

Stephenie  selalu mendengar Nurul Hikmah membaca al-Quran. Stephenie memberitahu Nurul Hikmah bahawa dia merasa tenang dan seronok apabila mendengar Nurul Hikmah membaca al-Quran. 

Sebagai seorang sahabat, apakah yang patut Nurul Hikmah lakukan dalam situasi ini

CONTOH JAWAPAN

1.  ISI

Sebagai seorang sahabat, Nurul Hikmah akan menerangkan maksud ayat suci al-Quran yang dibaca dengan baik

2. HURAIAN ISI

Supaya Stephenie  dapat memahami bait-bait ayat lalu tertarik untuk mendalami Islam

3/ HURAIAN LENGKAP

Dengan cara ini, Stephinie akan lebih terbuka dan selesa untuk mempelajari Islam bersama sama Nurul Hikmah.

4. KESIMPULAN

Konklusinya, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bergaul dengan baik antara bukan Islam supaya Islam dapat disebarkan dengan baik.


0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top