BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES ZON TIMUR

 Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 24 hingga 26 Oktober ini telah melibatkan SISC+ sains Sosial dan SISC+ TVET dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pihak BPSH telah membimbing kami bagi memahamkan tentang pentaksiran Bilik Darjah.

Bersama Para pegawai BPSH dan sahabat SISC+

bergambar solo sekali sekala

santai petang seusai berbengkel


JENIS-JENIS DARAH WANITA

 JENIS DAN MAKSUD DARAH WANITA1. HAID


1. HAID

Darah kotor yang keluar dari pangkal rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu


2. WILADAH ;

Proses kelahiran anak, samada dengan keluar darah ataupun tidak


3. NIFAS :

Darah yang keluar selepas kelahiran anak atau sesudah keguguran yang nyata sebahagian bentuk anak


4. ISTIHADHAH :

Darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita.

Darah ini ini keluar pada waktu selain waktu haid dan nifas

Darah ini berbeza warna dan kepekatan dengan haid.

Darah ini bukan perkara yang mewajibkan mandi. (Tidak Wajib Mandi)

SOALAN KUIZ MANDI WAJIB

 Assalammualaikum semua....

Bagi memperkukuhkan pengetahuan dan ingatan kepada tajuk Mandi Wajib Penyuci Diri, pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz ini. mohon kemaafan , sekiranya ada kesilapan atau kelemahan di dalam kuiz ini. ini kerana, kuiz ini adalah kali pertama saya buat dengan menggunakan Quizizz.com. Saya juga dalam proses belajar menerokai teknologi yang sentiasa berubah ini.

Sila jawab soalan ini..https://quizizz.com/join/quiz/5fd942b5a287ce001c7e21bf/start?from=admin&parentGame=5fd9742ae9d209001c2ec8d2

SELAMAT MENCUBA

MANDI WAJIB PENYUCI DIRI

 Maksud mandi wajib:

Bahasa : mengalirkan air ke atas sesuatu

istilah   ; mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu.

Mandi wajib ialah mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan mandi.


Perkara yang mewajibkan mandi ialah

1. keluar mani

2. jimak

3. mati selain mati syahid

manakala perkara wajib mandi bagi perempuan ialah

4. haid

5. wiladah

6. nifas

Larangan semasa berhadas besar

a. bagi lelaki dan perempuan

1. solat fardu dan sunat

2. berhenti atau duduk dalam masjid

3. tawaf

4. membaca, menyentuh dan membawa mashaf al-Quran

b. bagi perempuan

1. Puasa fardu atau puasa sunat

2. jimak

RUKUN MANDI WAJIB

1. Niat mesti ketika air sampai ke mana-mana anggota badan

2. meratakan air keseluruh anggota badan, kulit dan rambut.


PERKARA SUNAT KETIKA MANDI WAJIB

1. 1. Basuh pergelangan tangan

2. bersihkan qubul dan dubur dengan tangan kiri sambil mencangkung

3. bersihkan tangan dengan air

4. berwuduk

5. dahulukan menjirus air ke anggota badan sebelah kanan

6. basuh kepala (3kali) dan selat rambut

7. gosok badan berturut-turut antara basuhan anggota

8. sempurnakan basuhan pada lipatan badan


HIKMAH MANDI WAJIB

1.akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah

2. segala ibadah lain yang diharamkan ketika berhadas besar boleh dilaksanakan semula

3. kesegaran badan yang lesu dan penat dapat dikembalikan.

4. menghilangkan bau peluh dan darah

5. membersihkan badan daripada kotoran dan kuman yang boleh membawa penyakit.

6. bagi jenazah, mandi wajib dapat membersihkan dan menjaga aib mereka dengan menghilangkan bau, najis serta sebarang kotoran terakhir yang ada pada badannya sebelum dikebumikan



SOALAN KUIZ AQIDAH

 Assalammualaikum anak-anak pelajar... semoga semuanya sihat dan selamat dalam suasana kita kita bercuti bagi memutuskan rangkaian pandemik Covid 19. Nasihat ustaz, amalkan cara hidup sihat dengan mematuhi SOP, selalu mencuci tangan dan menjaga jarak.

Usah terlalu takut sangat dengan serangan penyakit sehingga kita meninggalkan kewajipan kita kepada Allah SWT khususnya solat 5 waktu, menutup aurat dan berbuat baik kepada ibubapa. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Teruskan PDPR, pembelajaran dari rumah. Jangan biarkan guru-guru ternanti- nanti  adik adik untuk mengajar dan memberikan kerja PDPR.

Pada kali ini, ustaz sediakan soalan kuiz untuk adik-adik siapkan sebagai mengulangkaji pelajaran yang telah kita pelajari. Sebelum itu, jangan lupa baca, nota yang telah tuliskan untuk adik-adik di blog ini.

Sila jawab soalan kuiz ini dan , insyaAllah adik-adik akan dapat markah terus setelah adik adik selesai menjawabnya

https://forms.gle/ksNea98bGFXZQgfF8

Selamat menjawab dan selamat maju jaya. 

Al-KHALIQ DAN AL-MUSOWWIR


 Allah SWT mempunyai 99 nama sebagaimana yang terdapat di dalam al_Quran dan hadis. Lihat video ini untuk memudahkan kita mengingati nama -nama Allah. 


1. al-khaliq dan dan al-musowwir ialah dua nama Allah SWT seperti dijelaskan dalam surah al-Hasyr, ayat 24.

2. AL-KHALIQ menunjukkan Allah SWT Maha Mencipta makhluk daripada tiada kepada ada mengikut kehendakNya seperti yang telah ditakdirkannya dengan sempurna.

3. Bukti Allah SWT sebagai al-Khaliq:-

a. Proses penciptaan manusia disebut dalam al-Quran sejak zaman rasulullah SAW dan proses ini diakui benar oleh ilmu sains moden.

b. Tiada manusia yang mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah walaupun menggunakan teknologi moden.

c. Allah mencabar supaya manusia bersatu untuk mencipta seekor lalat, pasti lalat juga tidak akan mampu dicipta oleh makhluk.


AL-MUSOWWIR 

1. Maksud : Allah SWT Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identiti yang tersendiri tanpa berpandukan sebarang contoh sebelumnya.

2. Bukti Allah SWT al-Musowwir ialah :-

a. kepelbagaian rupa manusia. Rupa luaran seperti wajah, warna kulit, jantina dan bangsa menjadikan setiap individu berbeza

b. Identiti dalaman.manusia yang berbeza menjadikan manusia unik dan tidak dapat ditiru . Kejadian mata, cap jari, jenis darah dan DNA  terlalu unik.

c. Keunikkan ciptaan manusia ini telah melahirkan penciptaan teknologi yang berupaya mengenali identiti dalaman manusia melalui penggunaan imbasan retina mata, cap jari dan pengecaman DNA.


PERANAN MANUSIA UNTUK MENGOLAH DAN MENEROKA CIPTAAN ALLAH SWT

1. Manusia berperanan untuk menyelidik dan meneroka keajaiban ciptaan Allah SWT.

2. Allah mengurniakan akal kepada manusia membolehkan manusia mampu menjadi penyelidik dan berperanan untuk mereka mencipta sesuatu yang lebih kuat, pantas dan bernilai

3. Menyelidik dan meneroka merupakan fardu kifayah. Umat Islam tidak boleh berterusan menjadi pengguna dan pembeli selama-lamanya. itulah sebabnya, kita mestilah menyumbang idea dan tenaga bagi menghasilkan penyelidikan.

3. Melalui penyelidikan, manusia mampu mengubah ciptaan Allah SWT bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan. manusia mampu memunafaatkan ciptaan Allah seperti besi yang diubah menjadi klip kertas dan penyangkut baju.

4. Menggabungkan dua bahan seperti besi dan plastik untuk menghasilkan kenderaan seperti kereta dan kapal terbang.

5. Mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti karbon hidrat, zink, selenioum, folat dan zat besi. Bahan- bahan ini dapat dimunafaatkan untuk kecerdasan minda dan emosi serta kecergasan tubuh badan.


AKTIITI DICADANGKAN

1. Pertandingan fotografi gambar pemandangan alam yang menarikdan kongsikan di media sosial dan tulis kata-kata yang mampu mendorong pembaca berzikir dan berdoa.

2. Video dokumentari tentang kejadian

3. Tulisam khat

JIHAD DALAM ISLAM 2 (Video dan kuiz)

 Matan hadis


Guna Video ini sebagai bantuan untuk membaca matan dan maksud hadis ini. selepas itu, anda bleh menjawab soalan kuiz di bawah.



Soalan kuiz jihad

https://forms.gle/uCXSofrC2jYdcEXS7


JIHAD DALAM ISLAM

 عَنْ عَبْدِ اللّه بن مَسْعُودٍ رضي اللّه عنه قال: ” سَأَلْتُ رَسُولَ اللّه صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسلَّمَ: أَي الْعَمَلِ أَحَبُّ إلى اللّه؟ قال: ” الصَّلاةُ عَلَى وَقْتِهَا”. قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ ؟ قال: ” بِرُّ الْوالِدَيْنِ “. قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ ؟ قال: ” الجِهَادُ في سَبِيلِ اللّه ” – 

رواه البخاري

Maksud Hadis:
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud RA berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, “Solat pada waktunya”. ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’. Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)

1. Solat adalah kemuncak hubungan manusia dengan Allah SWT.

2. Berbakti kepada ibubapa adalah kemuncak hubungan sesama manusia.

3. Berjihad dengan mengorbankan harta dan nyawa demi ketinggian agama islam merupakan amalan yang dapat memastikan kemuliaan umat Islam sentiasa terpelihara.


JIHAD DAN KEUTAMAANNYA

Fardu ain (Islam ditindas) ke atas setiap umat Islam bangkit mempertahankan negara dan umat Islam dengan harta dan jiwa raga apabila negara diserang atau ditindas oleh musuh.( 

Fardu Kifayah (suasana aman)kepada sebahagian umat Islam untuk bersiap siaga menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh,kekacauan atau pemberontakkan. 


1. Pengertian jihad

Bahasa : mengorbankan diri di jalan Allah SWT.

Istilah : Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan agama islam dan mempertahankannya.


2. Kelebihan Berjihad di jalan Allah

a. diampunkan dosa

b. mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT

c. mendapat ganjaran pahala berlipat ganda

d. dianugerahkan mati syahid

e. mendapat nikmat di alam barzakh

f. dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama para nabi.

g. mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT


3. Jenis-jenis jihad;-

a. Jihad ilmu : belajar bersungguh-sungguh dengan niat ikhlas untuk beramal dan berbakti kepada umat Islam.

b. jihad Ekonomi: berusaha untuk menguasai sistem ekonomi dan bukan hanya menjadi pengguna.

c. jihad amar maaruf dan nahi mungkar : bersedia mengorbankan harta dan nyawa bagi digunakan untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan kekufuran

d. jihad Pendidikan : Menguasai ilmu dan menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai asas kepada ilmu-ilmu lain

e. Jihad teknologi : Mencipta dan menggunakan teknologi bagi menjalankan gerakkerja dakwah seterusnya menjulang Islam sebagai cara hidup


4. Pengajaran hadis

a. Kita hendaklah melakukan amalan yang disukai oleh Allah SWT untuk menjadi umat yang cemerlang di dunia dan akhirat.

b. Umat Islam wajib menunaikan solat pada waktunya supaya menjadi umat yang beradab, berdisiplin dan sentiasa menghargai masa.

c. Setiap muslim wajib berbakti kepada ibubapa untuk mendapat keredaan Allah SWT dan kebahagian hidup.

d. Kita hendaklah mempertahankan negara daripada musuh dan anasir surversif agar negara aman damai.

e. Umat Islam dituntut agar beramal mengikut keutamaan supaya dapat memberikan kesan yang maksimun.

PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI

Seluruh kehidupan Rasulullah menjadi contoh teladan kepada umat Islam. Terdapat beberapa peristiwa penting  dalam sirah Nabi Muhammad SAW yang perlu kita hayati dan contohi. Antaranya termasuklah :

KRONOLOGI PERISTIWA PENTING  SEBELUM NABI MUHAMMAD DILANTIK MENJADI RASUL IALAH :


Umur
Tempoh
 SELEPAS KELAHIRAN
 2 Tahun
Baginda dipelihara  oleh Halimatul as -Sa"diah di perkampungan bani Saad yang jauh daripada unsur negatif

Umur
Tempoh
2-4 tahun
 2 Tahun
Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril

Umur
Tempoh
4-6 tahun
 2 Tahun
Nabi Muhamad dipelihara oleh datuk baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda meninggal di Abwa' dalam perjalanan pulang ke Mekah.

Ketika Usia Rasulullah 12 Tahun

Nabi Muhammad mengikut Abu Talib ke Syam.Dipertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira ar-Rahib, ketika di Bandar Busra, sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Khilful Fudul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan

Usia 20 Tahun

Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara susuannya di perkampungan Bani Saad Kemudian di Mekah.

IkTIBAR : Nabi Muhammad dididik oleh Allah dengan kehidupan yang mencabar sebagai persediaan untuk menjadi seorang rasul

Usia 25 Tahun

1. Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar kota Makkah al-Mukarramah.

2. Berurus niaga dengan .Saiyidatina Khadijah, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia 

3.Membawa barang dagangan Saiyatina Khadijah  Ke Syam dengan dibantu oleh ..Maisarah, seorang pekerja lelaki Saiyidatina Khadijah

IKTIBAR

            4. Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah.

            Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda

            1. Menunaikan amanah
            2. Mempunyai kerjaya
3. Mendapat Kepercayaan masyarakat
4. Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana


USIA 25 TAHUN : BERKAHWIN DENGAN SAIYIDATINA KHADIJAH

•Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan baginda.
Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.
Saidatina Khadijah menghantar salah seorang kawan rapatnya Nafisah bt Munabih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah melalui bapa saudaranya .Amru bin Asad

Hasil perkahwinan tersebut Nabi Muhammad SAW dikurniakan 6 orang anak.

KUNCI ILMU : Anak lelaki rasulullah yang bernama Ibrahim adalah hasil perkongsian Rasulullah dengan Mariah al-Qibtiah


IKTIBAR :Antara akhlak mulia Nabi Muhamad yang menarik perhatian Saiyidatina Khadijah termasuklah ;-

1.  Jujur 
2. Menjaga adab dan batas pergaulan
3. Menghormati keluarga

LATIHAN


1. Jawab soalan kuiz dibawah 

Soalan Kuiz
atau https://docs.google.com/forms/d/1O3GGmsbtr7lLK1p05iJPmdtNcZAgTH-dOF55lLqf51w/edit

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

BIODATA IBNU SINA

1. Riwayat hidup 
i.    Nama sebenar : Al-Husain b. Abdullah b. al-Hassan b. Ali B. Sina
ii.  Tarikh dan tempat lahir : Tahun 370H/ 980 M di Afshinah berdekatan Bukhara, Turkistan
iii. Tarikh dan tempat meninggal dunia : Tahun 428H/1037 M di Hamzan, Iraq ketika berusia 58 tahun.
vi. Keturunan : Turki

2. Latar Kehidupan :

- Bapanya berasal dari Balakh, kemudian berpindah ke Bukhara
- Bapanya adalah seorang gabenor di Kharmaisan, Bukhara
- Ibnu Sina telah berpindah ke khawarizmi, Jarjan, Rai dan hamazan pada tahun 390H/ 1000M selepas bapanya meninggal dunia.

3. Gelaran :

- digelar sebagai Abu Ali
- dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di barat
- Sarjana Islam mengelarkan beliau sebagai al-Syeikh al-Rais bererti Mahaguru kerana menguasai hampir semua bidang ilmu/
- Raja Falsafah dan Bapa Perubatan gelaran di Barat.
- Seorang ahli falsafah, siasah dan doktor peruabatan yang mashur dizamannya.

4. Jawatan Yang pernah disandang :

a. Tabib (doktor) di Hamazan
b. Pustakawan di pustaka Kerrajaan Samaniah di istana Nuh bin Nasar di Khurasan
c. dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Syamsul al-Daulah, Gabenor Hamazan
d. Penasihat Agung (Menteri) kepada 'Amir 'Ala' ad Daulah di Asfahan


5. Keperibadian Ibnu Sina

melastarikan  Cinta mestilah dengan Tekun, SabarTaat,  Pintar, Inovatif dan fasih mengungkapnya


C : Cinta
T : Tekun
S : Sabar
T : Taat
P : Pintar
I : Inovatif
F : Fasih

C : Cintakan ilmu :
Usia 5 tahun sudah belajar pelbagai ilmu seperti al-Quran, tafsir, fiqh, mantik, matematik, geometri dan sains.

T : Tekun mempelajari ilmu:
40kali  membaca buku karangan Aristotle berkaitan metafizik

S : Sabar  dan gigih semasa belajar
mempelajari sendiri buku falsafah karya al-Farabi bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu falsafah

T : Taat beragama : sering berdoa dan rajin ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah

P : Pintar, cerdik dan kuat ingatan :
Berjaya hafaz al-AQuran dalam usia 10 tahun dan usia 18 tahun berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah.

I : Inovatif dan kreatif
melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

F : Fasih dalam pelbagai bahasa
fasih berbahasa Arab dan Parsi

6. Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang Ilmu dan Pemikiran Islam

a. Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang
b. Karyanya dihimpun  di Domonican Institute For Oriental Studies Kahereh Mesir.
c. Muallafat Ibnu Sina karyanya diterjemahkan dalam Bahasa Arab
d. Avicenna College di Hungury dibina sempena nama beliau/

7. Pencapaian Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

a. Penemuan penyakit baru dan puncanya :
- Pengaruh kuman dalam penyakit
- Jangkitan virus seperti TB
- Penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa

b. Penemuan dalam farmasi :
- Mencipta ubat bius dan preskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik
c. Membangunkan teknologi Perubatan :
- Mencipta picagari dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

8. Kesan Peninggalan Ibnu Sina dalam Bidang Perubatan

a. Memperkenalkan sistem pemerhatian dan analisis
b. Menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap
c. Mempengaruhi ilmu perubatan moden melalui alatan, kaedah dan pendidikan termasuk di Malaysia.

9. Karya Ibnu Sina

a. al-Qanun Fi Tib
b. al- Alfiah al-Tibbiah
c. al-Adawiah al- Qalbiah


LATIHAN

Sila jawab soalan Kuiz di bawah :

https://quizizz.com/admin/quiz/5e8f16c4980dd8001bc2ec1a/pendidikan-islam-ting-5-ibnu-sina


SELAMAT BELAJAR DI MUSIM PKP. JAGA DIRI, JAGA IMAN
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top