Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

KEM SKOR A PENDIDIKAN ISLAM

Seramai 30 orang pelajar terpilih daripada 6 kelas tingkatan 5 untuk menyertai Kem Skor A Pendidikan Islam. Namun demikian dua orang pelajar tidak dapat hadir . Kem dibawah bimbingan Ust Ahmad Sihabuddin, Ust Zaidi dan Ustazah Saidah ini berlangsung selama dua hari pada cuti hujung minggu iaitu pada 7 hingga 8 November.

Pelajar didedahkan dengan soalan-soalan ramalan dan soalan percubaan dari sekolah dan negeri terpilih. Selain daripada itu, pelajar didedahkan dengan tips-tips untuk mendapat markah yang terbaik di dalam peperiksaan SPM nanti.
Belajar ala belajar di rumah

Fokus dan bersemangat

Draf jawapan sebelum membina jawapan lengkap

Bimbingan berterusan guru amatlah penting

Ketelitian untuk memahami soalan dapat mengelak jawapan payung

Jawapan disusun dengan kemas bagi memudahkan semakan

Sendiri lah kerana tiada siapa pun yany dapat menolong diri kamu kecuali diri kamu sendiri

Gotong Royong Menbina Paip Wuduk

Menggunakan air tangki dari bumbung sekolah

Pelajar 5 Anggerik dan Dahlia menyumbang khidmat

Guru bukan hanya membimbing akademik tetapi bimbingan survival kehidupan

peluang menyumbang kepada sekolah sentiasa dinantikan

Kerja memerlukan kepada fokus, begitu juga pembelajaran

pakaian kemas guru dan pelajar tidak menghalang untuk gaul simen

Kerjasama membawa berkat

beramal kerana Allah

Amali sembelihan

Program rutin Panitia Pendidikan Islam, SMK Bukit Garam ialah amali sembelihan yang melibatkan pelajar tingkatan 4. Program yang bertujuan mendedahkan kepada pelajar secara praktikal penyembelihan berkonsepkan halalan toyiba.

Program ini juga bertujuan membuka minda pelajar untuk melakukan sembelihan sendiri untuk makanan harian mereka. Ini memandangkan kepada senario masyarakat yang selesa membeli ayam paket dari kedai yang tidak diketahui sejauhmana proses penyembelihan mereka menepati syara.

Selain itu, program seumpama ini boleh menyedarkan pelajar sebagai anggota masyarakat untuk menternak sendiri binatang bagi mendapatkan kesegaran makanan dan membina ekonomi sara diri atau komersil..
 Proses mencabut bulu ayam
 Susah nak cakap...
 Memperkenalkan urat halkum dan urat merih yang sudah putus

Bengkel Panitia Pendidikan Islam PPD Beluran

Pihak pejabat Pelajaran Beluran telah mengambil langkah pro aktif dalam meningkatkan pengurusan panitia Pendidikan Islam di daerah Beluran. Saya diberi kesempatan untuk bersama- sama dengan guru-guru agama dari SMK Beluran Bestari, SMK Beluran II, SMK Pamol, SMK Simpangan, SMK Balaban Jaya, SMK Terusan Sugut .

Antara pengisian bengkel termasuklah plan strategik, plan operasi, kajian tindakan dan kaedah Pdp berkesan. Turut disentuh tentang KBAT Pendidikan Islam dan teknik menjawab SPM

 Pembentangan kajian Tindakan
Antara Ketua Panitia yang ikut serta

 Perkongsian kaedah mengajar kelas uncit

 Kaedah mengajar dari SMK Balaban Jaya
 Antara Ketua Panitia ustazah dari SMK

 Perkongsian yang menarik dalam pdp
 Perkongsian teknik mengajar daripada Ust Tajudin
 Cenderahati pengendali bengkel daripada wakil PPD beluran
Bergambar setelah tamat bengkel

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2015

Alhamdulilah, sambutan hari guru kali ini, kami Majlis Guru Cemerlang Sandakan diberi amanah untuk membaca ikrar Hari Guru dan pameran Inovasi.

Program sambutan yang berlangsung pada 28hb Mei di Dewan Sri Libaran ini telah memberi imput yang banyak kepada kami terutama berkesempatan bertemu dan berbincang dengan tokoh tokoh guru yang mendapat pengiktirafan pada hari guru tersebut.

Ringkasnya, saya sertakan gambar-gambar untuk berbicara
 Persiapan tempat pameran 2 hari sebelum program
Sedang berdebar untuk naik ke pentas dengan pakaian guru yang beraneka
Bergambar setelah selesai upacara bacaan ikrar Hari Guru

 Dengan tekad yang tegar melonjak pendidikan negara
Guru cemerlang dari daerah Kinabatangan

Teman seperjuangan dan seiring

Majlis Tadarus Al Quran (MTQ) Peringkat Negeri Sabah

MTQ peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di SMK Bekokonggan, Kudat pada 25 April
 Peserta nasyid, Pendidikan Khas dari SK Bukit Garam II yang mewakili zon Timur
 Persembahan yang menyakinkan
 Johan hafazan lelaki sekolah rendah turut menjadi milik Zon  Sandakan

 Naib Johan nasyid Pendidikan Khas peringkat Negeri Sabah

Barisan hakim hafazan sekolah rendah peringkat negeri Sabah

Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Daerah Kinabatangan 2015

SK Bukit Garam menjadi tuan rumah bagi mewakili zon Bukit Garam pada 2 April

 Pn Sutina menerima piala pusingan
 Jawatankuasa pelaksana bergambar kenangan
 Panitia MTQ SMK Bukit Garam yang berjaya merampas kembali piala pusingan sekalipun masih gagal merampas kejohanan nasyid
Pn Sutina menyampaikan hadiah kepada pemenang

Hari Penyampian Hadiah SUA Kinabatangan

Bersama Guru Besar Sekolah Rendah Agama, Kinabatangan Ust Adha Darul
Bersama pelajar cemerlang
Mudah mudahan menjadi anak solehah
Tahniah Dik
Akif Ziyah Mohamed Sabri
 Johan hafazan perempuan, iffa Jumain
2 anaknya turut mendapat hadiah
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top