Showing posts with label Aqidah : Ting 4. Show all posts
Showing posts with label Aqidah : Ting 4. Show all posts

DOSA BESAR YANG MENGHANCURKAN UMMAH


PENGERTIAN

Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.


Dua Jenis Dosa:

Dosa besar:
kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh

Dosa kecil: 
kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia


LATIH TUBI


1. Berikan pengertian berikut
1. Minum arak
2. Menagih dadah
3. Zina
4. Qazaf
5. Muhsonat
6. Mushahaqah
7. Liwat

2. Nyatakan hukuman Islam bagi pelaku dosa berikut :

1. Minum arak
2. Menagih dadah
3. Zina muhsin
4. Zina ghairul muhsin
5. Qazaf
6. Liwat dan mushahaqah
7. Bunuh diri

3. Jelaskan tiga punca berlakunya minum arak

4. Terangkan sebab pengharaman penyalahgunaan dadah kepada individu dan masyarakat

5. Jelaskan punca-punca yang membawa kepada berlakunya zina

6. Kenapakah berlakunya tuduhan zina 

7. Terangkan akibat tuduhan zina

8. Terangkan cara-cara menangani gejala minum arak

9. Jelaskan kesan arak kepada individu dan masyarakat

10. Terangkan langkah-langkah memgelak diri dan keluarga daripada terjerumus ke kancah zina.

11. Terangkan akibat yang akan berlaku kepada keluarga dan masyarakat akibat perbuatan zina

12. Apakah kaitan melakukan dosa-dosa minum arak, zina, menuduh zina, liwat dan membunuh diri dengan kehancuran kepada ummah

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

TUGASAN PELAJAR

BIDANG      : AQIDAH

ARAHAN : Sediakan nota dengan menggunakan peta I Think

1. Pengertian 
1.1 Syirik
1.2 Syirik jali
1.3 Syirik khafi
1.4 kufur
1.5 Murtad
1.6 Munafik
1.7 Khurafat
1.8 Sihir

2. Kepentingan Iman dalam Kehidupan

3. Senarai perkara-perkara yang membatalkan iman

4. Jenis-jenis syirik dan contohnya

5. Bahagian kufur dan contohnya

6. Cara menangani orang murtad dan sihir

7. Cara mengatasi khurafat dan sihir

8. Contoh - contoh perbuatan khurafat yang berlaku di tempat anda



LATIHAN

1. Terangkan sebab- sebab berlakunya syirik

2. Bezakan antara syirik dan kufur

3. Jelaskan punca berlakunya murtad dalam masyarakat kita

4. Apakah kesan murtad pada diri dan masyarakat

5. Jelaskan hikmah hukuman bunuh kepada orang yang murtad

6. Jelaskan akibat perbuatan sihir kepada individu dan masyarakat

7. Senaraikan kesan nifak kepada individu dan masyarakat

8. Segelintir masyarakat hari ini masih mengamalkan amalan nenek moyang mereka yang bercanggah dengan syariat Islam iaitu amalan khurafat seperti amalan mandi bunga untuk buang perkara malang dalam diri seseorang .

Apakah hujjah anda ?

9. Kadir mengatakan hukum Islam tidak sesuai pada zaman ini kerana dunia moden menuntut tolerasi yang tinggi, bukannya hukuman yang berat khususnya hukuman rejam bagi penzina dan hukuman potong tangan bagi pencuri . Apa pandangan anda?

ZINA DAN QAZAF



Surah an-Nuur ayat 2 - 5

1.Sebutkan pengertian/takrif  zina dan hukumnya.
i. .Zina ialah melakukan hubungan jenis/persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa   ikatan pernikahan yang sah mengikut hukum syarak. 

ii. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

2.Terangkan punca/sebab/faktor berlakunya perbuatan zina.
i.      tidak mempunyai didikan agama yang cukup.
ii.    pergaulan bebas - pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa   segan silu dan batasan mendorong mereka melakukan perbuatan zina.
iii.    
terpengaruh dengan filem-filem lucah dan majalah-majalah yang memberahikan.

3. Nyatakan akibat/kesan buruk berlakunya zina kepada individu dan masyarakat.
         i.mendatangkan  penyakit seperti AIDS atau siflis.
        ii.merosakkan maruah diri dan keturunan.
        iii.memporak-perandakan rumahtangga.
    iv.melahirkan masyarakat yang tidak bermoral,berakhlak dan tidak bermaruah.

 4. Terangkan bagaimanakah caranya/langkah mengatasi berlakunya zina.
a-    Memahami dan menhayati ajaran Islam bersungguh-sungguh.
b-    Menguatkan keimanan kepada ALLah.
c-    Bergaul dengan orang-orang yang soleh dan baik.
d-    Menggelakkan diri daripada bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.

5. Apakah hukuman terhadap orang berzina/hukum hudud mengikut al-Quran.

Hukuman hudud terhadap mereka yang berzina terbahagi kepada dua iaitu:
         i.             direjam dengan batu terhadap penzina yang telah berkahwin.
        ii.              disebat seratus kali sebatan terhadap penzina yang masih bujang.

6. Sebutkan kesan -kesan buruk yang timbul daripada menuduh zina terhadap perempuan baik (qazaf)
         i.mewujudkan permusuhan yang akan memporak porandakan   masyarakat.
        ii.menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak    yang menuduh dan pihak yang kena tuduh.
        iii.pihak yang kena tuduh akan mengalami tekanan jiwa dan perasaan   yang membawa kepada  
            kejadian yang tidak diingini.
        iv.zuriat yang lahir hasil daripada tuduhan berzina akan menjadi  mangsa fitnah yang membawa
           kesengsaraan sepanjang hidupnya.
        v.rumahtangga yang aman akan menjadi porak poranda.

7. Terangkan hukuman terhadap “orang yang menuduh zina” kepada seseorang.
  • Hendaklah membawa 4 orang saksi. Jika tidak
  • Dia akan disebat sebanyak 80 kali.

8. Tuliskan ciri-ciri atau sifat-sifat wanita solehah

a.Sentiasa memelihara maruah dan harga diri dengan mempamerkan akhlak  yang baik dan mulia.
b.Berpegang teguh dengan ajaran agama, tidak mudah terpengaruh dengan  gejala mungkar. 
c.Menjaga nama baik diri,ibu bapa, keluarga dan suami. d.Sentiasa berpakaian menutup aurat.
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top