Setiap GC hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai GC berdasarkan garis panduan bidang tugas utama dan tanggungjawab GC yang disediakan oleh KPM adalah seperti berikut :-
DG 44 DAN 48(KUP)
BIDANG TUGAS
1. Membuat perancangan pengajaran dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
PERINGKAT - Sekolah\ Institusi Pendidikan
KUANTITI - 20-25 waktu seminggu
% MASA - 75%
2, Memimpin dan membantu tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan matapelajaran kepakaran dan bidang pengkhususan.
PERINGKAT - Sekolah
KUANTITI - i. Ahli Panitia
ii. Penasihat Persatuan Mata Pelajaran
% MASA -10%
3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dan pelajar dalam mata pelajaran kepakaran dan pengkhususan.
PERINGKAT - Sekurang-kurangnya sekolah\ daerah
KUANTITI - Memberi kursus sekurang-kurangnya 2 kali setahun
% MASA -5%
4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran dan bidang pengkhususannya.
PERINGKAT - Sekurang-kurangnya sekolah\ daerah
KUANTITI - 1 kajian tindakan atau inovasi pnp setahun
Untuk DG48 - 1 kajian tindakan\ inovasi PNP
1 penulisan setahun
% MASA -5%
5. Melaksanakan tugas-tugas kepakaran yang diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERINGKAT - Sekurang-kurangnya sekolah\ daerah
KUANTITI - 10 Hari persekolahan dalam setahun
% MASA -5%
Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts
BIDANG TUGAS UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG PPPS DG44 DAN DG 48
Date: Tuesday, February 21, 2017
Labels: Guru
Labels: Guru
Hari Guru Hari Pelajar
Sambutan hari guru disambut dengan deretan ucapan "Selamat Hari Guru" dari kalangan pelajar dan ibubapa. Tidak kurang juga daripada rakan -rakan guru yang bagaikan lebih syok daripada pelajar. Maklumlah, hari kebesaran guru, kadang-kadang guru ini bagaikan "minta puji", bilang orang Sungai.
Sudah menjadi lumrah bagi warga SMK Bukit Garam menyambut hari guru dengan sukanneka antara guru diawal paginya dan waktu tengaharinya dengan sambutan di dewan sekolah. Disanalah diisi dengan ikrar guru-guru bagi memperbaharui azam untuk mendidik anak bangsa secara bersungguh-sungguh. Selain dari itu, adanya beberapa penghargaan kepada guru-guru daripada pelajar dan pentadbir sekolah.
Pentadbir sekolah memberi anugerah kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi pelajaran mereka dalam peperiksaan awam manakala pelajar mencadangkan anugerah guru penyayang, guru kreatif dan guru dedikasi serta guru tegas.
Tahniah kepada guru-guru yang dihargai. Ada barangkali guru yang tiada pengiktirafan daripada pentadbir dan pelajar, cabutan bertuah mungkin pengubat luka. Apa pun, pada saya..biarlah hari guru ini untuk meraikan semua guru atau sebahagian besar guru-guru. Ianya tidak perlu terlalu skima atau formal. Jadilah hari untuk mengikat ukhwah, pengubat luka, penambat kasih sayang. Biar tidak ada penumpang dalam bahtera yang besar . Anggaplah kita semua anai-anai yang berusaha membina busut dan menjaga ratu. Ratu itu ialah generasi baru yang bakal mewarnai masa depan negara.
Guru SMK Bukit Garam telah menunjukkan keserasian dan semangat mahabbah yang tinggi. Sukaneka guru-guru umpamanya begitu meriah dengan gurau senda, tipu muslihat dan keghairahan. Semuanya bukti, kami dapat berkerja dalam pasukan sekalipun kekadang mengundang kontroversi yang tidak perlu disensaikan. Betul sebagaimana ucapan Pengetua dalam perasmian hari guru pada tahun ini, jangan ikut semua telatah guru-guru dalam sukaneka tadi kerana guru-guru sudah profesional. Matlamat kami bersukan, bukan untuk mencari pemenang tetapi lebih kepada berhibur dan menghibur dalam keterbatasan.
Terima kasih kepada pelajar yang tidak pernah kering bibir dengan ucapan Selamat hari guru. Teristimewa yang memberi hadiah kepada saya sekalipun sudah tidak mengajar mereka. Hadiahnya cukup istimewa kepada guru walaupun nilainya tidak seberapa. Terasa sebak dalam dada, rupanya...aku juga minta puji...

![]() |
| Sudah cukup mengundang bangga. Bukan handphone itu.... |
Terima kasih kepada pelajar yang tidak pernah kering bibir dengan ucapan Selamat hari guru. Teristimewa yang memberi hadiah kepada saya sekalipun sudah tidak mengajar mereka. Hadiahnya cukup istimewa kepada guru walaupun nilainya tidak seberapa. Terasa sebak dalam dada, rupanya...aku juga minta puji...
Date: Monday, May 19, 2014
Labels: Guru
Labels: Guru
Tips Bakal Pemohon Guru Cemerlang (GC) Cikgu Sani
Beberapa catatan dan dapatan penulis terhadap apa yang diterangkan oleh Pengetua Cemerlang DG54 En Sani Sahwi. Perkara ini perlu dilakukan oleh bakal dan yang sudah bergelar Guru Cemerlang.Pada diri guru
1. Dokumentasikan setaip gerak kerja cemerlang anda dan disimpan secara terurus dan teratur.
2. Budayakan JPU dalam menyediakan ujian atau peperiksaan.
3. Kerap mencabar minda pelajar dalam P&P
4. Wujudkan dan munafatkan ruang sudut mata pelajaran dalam kelas untuk subjek kita
5. Dapatkan sijil sebagai bukti bila terlibat dalam aktiviti rasmi
6. Susun sijil penghargaan mengikut tahun bertugas
7. Hasilkan bahan ilmiah untuk dikongsi bersama
8. Menyediakan kolaborasi pembacaan buku
9. Elak bercakap dan membincang perkara peribadi semasa bertugas. Utamakan tentang pelajar dan tugas.
10. Mengajar dengan membudayakan P &P dalam 3 aras
Kepada pelajar
1. Bukukan jawapan terbaik pelajar setiap tahun untuk dikongsi dengan pelajar lain juga sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang.
2. Catat prestasi pelajar dan memberi cadangan kepada penambahbaikan prestasi pelajar
3. Sediakan surat maklumat kepada ibubapa tentang prestasi pelajar kepada ibubapa
Kepada Cikgu Sani
Terima kasih banyak atas tunjuk ajar. Sekiranya sampai ke blog ini, mohon betulkan jika ada silap faham penulis tentang tips ini
Date: Thursday, February 3, 2011
Labels: Guru
Labels: Guru
Tanggungjawab Guru Cemerlang
Beberapa GC yang baru dilantik telah bertanya : “Apakah harus saya buat sekarang?”
Untuk GC DG 32 dan 34 yang telah hadir Kursus Grooming pada 3 - 5 November 2008, tuan/puan telah diberi beberapa petunjuk mengenai hal ini.
Untuk GC DG 44 dan 48 yang baru dilantik, Kursus Grooming yang dirancang untuk anda pada hujung bulan Jun tahun 2009 terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Adalah diharapkan kursus ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
Dalam keadaan sedemikian dan menyahut pertanyaan di atas, saya ingin memberi nasihat berikut :
1. Medan perjuangan utama anda adalah sekolah anda. Tuan/puan perlu memberi keutamaan kepada tugas-tugas anda di sekolah, khususnya P&P di bilik darjah. Buku rekod mengajar merupakan dokumen rujukan utama untuk menilai sejauh mana tuan/puan telah melaksanakan tugas-tugas anda.
2. Merancang program/aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar anda dengan mengambilkira berlainan TOV (take-of-value), keperluan dan stail pembelajaran mereka. Kajian tindakan boleh dilaksanakan untuk menilai usaha tuan/puan dalam hal ini.
3. Meningkatkan kualiti penyampaian (delivery) pelajaran anda dengan menggunakan pendekatan baru, ICT, pelbagai teknik mengajar, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Ini mungkin menghasilkan inovasi P&P dan boleh dijadikan amalan P&P terbaik.
4. Tuan/puan dapat berkongsi hasil kajian tindakan dan inovasi anda dengan warga pendidik di sekolah anda maupun medan yang lebih luas melalui penulisan dan pembentangan kertas kerja semasa kursus /seminar/persidangan di dalam dan luar sekolah serta multimedia seperti jurnal dan blog pendidikan.
5. Menunjukkan kepimpinan dalam tugas pengurusan kurikulum sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain porfolio.
6. Menyertai Pasukan Gerak SAGA Daerah untuk membantu Sektor Pengurusan Akademik dan Pejabat Pelajaran Daerah memantapkan pelaksanaan kurikulum di daerah anda. Adalah diharapkan para GC juga dapat menyumbang dalam program perkembangan profesionalisme guru-guru di daerah anda.
7. Dalam semua perkara di atas, dokumentasi adalah dimestikan. Melabur dalam sebuah kamera digital dan komputer laptop untuk melapor sebarang aktiviti anda, fail/folder/kotak untuk menyimpan bahan tulisan dan bahan bantu mengajar anda dan sebagainya. Adakan suatu sistem untuk mengatur semua ini.
Akhir sekali sebagai GC, tuan/puan dan saya dinilai oleh orang lain bukan hanya dalam hal kepakaran mata pelajaran tetapi juga penampilan diri dan cara kita berkomunikasi dengan mereka. Oleh itu, adalah wajar setiap GC memberi perhatian kepada hal penampilan diri dan cara berkomunikasi untuk memastikan martabat profesionalisme jawatan Guru Cemerlang di Sabah sentiasa disanjung.
Sumber : http://hannanfarhana.blogspot.com/2010/03/guru-cemerlang.html
Date: Thursday, March 11, 2010
Labels: Guru
Labels: Guru
Subscribe to:
Posts (Atom)