SMK Kuhara yang menjadi medan terakhir peringkat Negeri Sabah untuk para peserta membuktikan kebolehan dan kewibawaan dalam menyampaikan mesej dakwah.
Alhamdulillah, secara keseluruhan, para peserta berupaya menyampaikan syarahan dengan baik sekalipun menerima soalan spontan yang saya kira cukup mencabar. Beberapa komen dan juga penambahbaikan yang perlu kita selaku jurulatih atau peserta lakukan:-
1. Penguasaan dalil Al-Quran dan hadis dengan lebih baik dan fasih
2. Tidak terikat dengan teks syarahan yang lama,yang menggambarkan pelajar menghafaz ayat-ayat syarahan sehingga mengemukakan hujah atau bukti yang sudah lama.
3. Hendaklah mengemukakan fakta kes yang terkini, seboleh yang berlaku kelmarin kecuali ianya melibatkan sirah Rasulullah dan kisah para sahabat. Jika berupaya mengemukakan dalam bentuk angka, itu lebih baik.
4. Peserta hendaklah memahami tajuk syarahan yang ada hubungkait dengan sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Ada juga peserta yang terkeliru dengan istilah. Penguasaan istilah cukup penting kerana ianya memberi gambaran penguasaan tajuk secara keseluruhan.
5. Bahasa yang berbunga dan puitis tidak perlu dalam menyampaikan syarahan terutama dalam muqadimmah para peserta.
Kita harapkan para peserta yang diacu melalui syarahan agama ini mampu menjadi pendakwah yang baik. pendakwah yang berupaya memukau hadirin seterusnya menyemarak medan dakwah. InsyaAllah
Showing posts with label MTQ. Show all posts

Persiapan Syarahan Agama Spontan
Dengan hasrat untuk melahirkan para daie yang kreatif dan kreatis atau pencapaian pemikiran yang mencapai pemikiran aras KEBAT, format baru syarahan agama agak menguji minda para pelajar yang menyertai syarahan Agama Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) Pada akhir -akhir ini.
Apa pun sebagai persiapan para peserta, syarahan spontan selama 5 minit ini memerlukan kepada pelajar untuk menghadam seluruh tajuk dalam sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih pensyarah dari tingkatan berapa, asalkan jurulatih menyakini pelajar tersebut mampu menguasai keseluruhan sukatan. Kalau saya, saya lebih cenderung untuk memilih pelajar yanb bijak dak kreatif dalam mengolah isu disamping kemampuan penguasaan ayat-ayat Al Quran.
Masa syarahan
Masa yang diperuntukan selama 7 minit, 2 minit untuk persiapan pensyarah setelah mendapat undian tajuk dan 5 minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap.
Isi syarahan yang Lengkap
Syarahan yang lengkap ialah isi syarahan yang mengandungi
1. 3 isi syarahan. Setiap isi yang lengkap mempunyai :-
A. Isi
B. Huraian kepada isi
C. Kaitkan dengan isu semasa ( sebaiknya memberi fakta dan isu terkini)
D. Pengajaran atau penekanan kepada isi
E. Mengemukan Nas (Al-Quran atau hadis)
F. Terjemahan kepada Nas
Markah penuh untuk isi ialah 20 markah termasuk 2 markah bonus.
Bagaimana untuk dapat 2 markah bonus?
Markah bonus akan diberikan sekiranya pensyarah berjaya menyampaikan syarahan yang mengandungi :-
1. sekiranya isi mempunyai sekurang-kurangnya 3 daripada kelengkapan isi
2. Pengolahan yang baik
3. Hujah-hujah yang meyakinkan
Bagaimana kaedah pelaksanaan syarahan spotan?
1. Selepas cabutan giliran ,peserta dikehendaki mencabut salah satu tajuk yang telah disediakan oleh pihak kehakiman di atas pentas syarahan.
2. Peserta diberi masa 2 minit untuk membuat persiapan isi tajuk syarahan.
3. Peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap dengan mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi. Lebih daripada 3 isi, ianya bakal mendapat markah bonus sekiranya lengkap.
Selamat Maju Jaya

Date: Wednesday, April 2, 2014
Labels: MTQ
Labels: MTQ
Tajuk Syarahan Spontan
Pihak Jawatankuasa Kehakiman Syarahan Agama Daerah Kinabatangan telah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk mengemukakan tajuk-tajuk berikut sebagai tajuk undian dalam syarahan spotan peringkat daerah pada tahun ini. Pemilihan tajuk ini dibuat berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan Islam daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan 5 mengikut bidang-bidang pelajaran yang meliputi bidang Tilawah, Hadis, Aqidah, Ibadah, tamadun, tokoh dan adab setiap tingkatan.
TILAWAH
1. Sifat sabar membentuk mukmin sejati
2. Perpaduan asas perpaduan ummah
3. Beriman dengan hari kebangkitan penyelamat insan
4. Amal Islami asas mukmin berjaya
5. Menutup aurat tingkat kemuliaan umat
HADIS
1. Ummah berilmu ummah cemerlang
2. mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama
3. Amalan mukmin cemerlang teras generasi terbilang
4. Makanan halal pembentuk sahsiah terpuji
5. Sikap menghargai masa pelajar berjaya
IBADAH
1. Bersuci membentuk peribadi muslim
2. puasa teras ketaqwaan
3. Rukhsah solat bukti kasih sayang Allah
4. Penghayatan konsep korban melahir individu cemerlang
5. Perkahwinan penawar masalah sosial
AQIDAH
1. Kemantapan aqidah pembina ummah bertamadun
2. Beriman kepada malaikat asas akhlak mulia]
3. Kepercayaan kepada Qada dan Qadar pembentuk peribadi terpuji
4. Taubat menjana ummah sakinah
5. Insan beriman insan terbilang
TAMADUN
1. Rasulullah model sepanjang zaman
2. Umar Al-Khatab lambang kebangkitan Islam
3. Fathu Makkah pencetus sinar Islam
4. Khulafa' Ar-Rasyidin penegak Daulah Islam
5. Kerajaan Abbasiyyah pemangkin ilmuan gemilang
ADAB
1. Kawan terpuji pencetus motivasi diri
2. maruah terpelihara hidup terpuji
3. Ikhlas berkerja menjana insan cemerlang
4. Adab berhias penyelamat ummah
5. Sadaqah pemangkin kesejahteraan masyarakat
Tajuk ini juga boleh digunakan untuk tajuk syarahan utama.
Disediakan oleh;
1. Ust Mohd Zaidi - SMK Bukit Garam, 2. Ustzh Maznah - SMK Bukit Garam II
3. Ustzh Nadia - SMK Sukau, 4.Ust - SK Bilit
5. Ustzh -SK Bukit Garam

Date: Monday, April 1, 2013
Labels: MTQ
Labels: MTQ
Bahan Untuk Majlis Tadarus Al-Quran MTQ 2013
Majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah sudah semakin. Bukan sekadar murid yang berkejar mencari bahan tetapi guru dan para juru latih turut menjadi kalut bagi menyempurnakan tugas. apatah lagi, seperti ada sedikit perubahan pada tahun ini.Di sini saya kongsikan bahan yang di link bagi membantu kekawan guru dan pelajar untuk menyiapkan tugasan. Selamat berpanas kepala untuk agama.
Bagi berkongsi bahan syarahan agama, Insyaallah akan menyusulk. Doakan saya diberi kekuatan masa dan keupayaan untuk mencoret di ruang maya ini. Mohon teguran dan perkongsian sekiranya ada kesilapan. Allahu Akbar...
Date: Wednesday, March 6, 2013
Labels: MTQ
Labels: MTQ
Kalungan Tahniah dan Terima Kasih Kepada Semua Tenaga MTQ 2011
Kalungan terima kasih dan tahniah kepada semua warga Zon Bukit Garam yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) pada kali ini.
Tugasan Setiausaha dan mandat yang telah diamanahkan oleh warga pendidik untuk menyempurnakan MTQ pada kali ini telah dipergunakan untuk membuat beberapa pembaharuan bagi memeriahkan MTQ yang menjadi trade mark kepada usaha guru agama seluruh Malaysia.
Antara beberapa perubahan yang telah dilakukan ialah :-
1. Mewujudkan kategori Pendalaman bagi Sekolah Rendah bagi memotivasi sekolah rendah pendalaman dan Sekolah Kurang Murid untuk turut sama diiktiraf dan dikira sebagai persaingan yang adil.
2. Anugerah Tokoh Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) bagi mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan mereka yang terlibat dalam menjayakan aktiviti keagamaan. Pada kali ini Persatuan Guru Pendidikan n Islam (PGPIK) memutuskan Allahyarham Tuan Hj Darul Kamit yang telah meninggal dunia pada November tahun lalu.
3. Menggunakan khidmat bentara yang dilantik dari kalangan pelajar untuk membantu tugas-tugas jawatankuasa dan hakim semasa program berjalan. Ia bertujuan mendedahkan pelajar tentang pengurusan MTQ. Seramai 33 orang bentara dari SMK Bukit Garam telah bertugas dengan jayanya.
4. Menggunakan Multi Media dan montaj sebagai persemabahan bagi memeriahkan MTQ
Alhamdulillah, kita berpuashati dengan khidmat yang diberikan oleh semua pihak. Sekalipun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki akan sama-sama kita bermuhasabah dalam majlis post mortem nanti.
Apa pun pada tahun ini, kita telah menggunakan sepenuhnya tenaga kerja dalam zon Bukit Garam.
Gambar-gambar pelaksanaan
1. Sebelum Acara bermula ( Malam sebelum program)

Date: Monday, March 14, 2011
Labels: MTQ
Labels: MTQ
Syarahan Agama MTQ
Tahniah kepada saudari Sakinah Arip kerana berjaya meneruskan syarahan agama beliau hingga ke peringkat negeri yang dijangkakan pada 7 hingga 9 MEI ini di Inanam, Kota kinabalu, Sabah. Sakinah akan mewakili Zon Timur, Sandakan bagi kategori perempuan.
Selamat maju jaya kepada saudari Sakinah Arip. Di bawah ini adalah tajuk-tajuk syarahan MTQ tahun 2010 ini.
Bahagian Lelaki
Bil Tajuk Bidang
1 Kemantapan Aqidah Melahirkan Modal Insan Cemerlang Aqidah
2 Pengimarahan Masjid membina Keunggulan Ummah Ibadat
3 Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan Akhlak
4 Pendidikan Kesihatan Asas masyarakat Sejahtera Pendidikan
Bahagian Perempuan
Bil Tajuk Bidang
1 Ketaqwaan Asas Pencapaian Cemerlang Aqidah
2 Sedekah Meningkatkan Kualiti Ummah Ibadah
3 Akhlak Mahmudah Menjana Keluarga Cemerlang Akhlak
4 Cendikiawan Islam Pencetus Kecemerlangan Pelajar Motivasi

Date: Sunday, May 2, 2010
Labels: MTQ
Labels: MTQ
Subscribe to:
Posts (Atom)