Teks dan teknik Syarahan Agama Majlis Tadarus Al-Quran [MTQ

Saya bercadang mahu berkongsi dengan jurulatih-jurulatih syarahan agama MTQ tentang kaedah menyediakan teks syarahan. Kekadang rasa tidak adil pertandingan berlaku antara wakil sekolah yang terdedah dengan kaedah yang tepat, manakala ada wakil-wakil sekolah yang tidak menepati kehendak sebenar kaedah syarahan agama.

1. Pengenalan dan pembukaan

- tidak perlu panjang dan berbunga-bunga
- tidak dimulakan dengan pantun atau sajak
-menjelaskan maksud tajuk syarahan dengan jelas

2. isi

2.1 5 hingga 8 isi
2.2 setiap isi mengandungi fakta + keterangan fakta+contoh semasa + Dalil + sumber dalil
2.3 dalil hendaklah berserta dengan matan. maksud ayat atau hadis - tiada markah
2.4 tidak boleh menghina atau berunsur bias
2.4 Contoh sebaiknya berkait dengan semasa

3. penutup
3.1 kesimpulan tajuk mesti dibuat
3.2 ringkas, padat dan tepat


4. lain-lain
4.1 tidak gaya bahas, debat, bersajak, bersyair, pantun dan sebagainya
4.2 berpakaian seperti pendakwah- buruk sangat seorang bersyarah agama tetapi dalam keadaan aurat terdedah
4.3 Ucapan biarlah menyentuh hati, bukan merangsang semangat atau pensyarah lebih bersemangat

Ini hanyalah lakaran kasar untuk membantu jurulatih-jurulatih membantu para peserta syarahan. Kreativiti guru-guru hendaklah dimunafaatkan untuk membantu pelajar. Semoga dengan bimbingan kita akan melahirkan pendakwah-pendakwah yang hebat seketika nanti.

Dairi Maulud Di Paitan

Buat julung kalinya, penulis berpeluang berkunjung ke daerah Kecil Paitan yang terletak dalam daerah Beluran. Perjalanan ke sana agak jauh dengan tempat penulis tinggal, jauh juga dengan Beluran. Kami terpaksa melalui jalan Sapi-Nangoh, jalan yang agak sunyi daripada kenderaan.

Penulis dibawa oleh Guru besar SK Kabuluh, Cikgu Zaini dan bermalam di rumah Guru SK Kabuloh. Setiba kami di sana, waktu maghrib telah tiba. Penulis dan Cikgu Zaini bergegas ke masjid berdekatan selepas membersihkan diri. Jadual kuliah maghrib untuk penulis telah diatur bersama guru-Guru SK kabuluh dan masyarakat kampung tersebut. Agak ramai juga. Kami dihidangkan dengan jamuan nasi selepas ceramah tersebut. Sempatlah berkenalan dengan guru-guru dan penduduk kampung Kabuluh yang rata-rata berbangsa Sungai.
disimpang Paitan; bersiap untuk berarak

Esoknya, dalam jam 7.00 pagi, penulis dibawa oleh Ust Mazla ke tempat sambutan maulud. Sudah siap disana Pegawai daerah Paitan dan para pembesar menunggu ketibaan ADUN Sugut, YB Suriady Kayong. Penulis diperkenalkan kepada DO, Ketua Anak negeri dan JKK Paitan.

YB tiba bersama datinnya, kami berarak sejauh lebih kurang 1.5 kilometer daripada simpang Paitan ke Dewan Banbangan. Pasukan Salawat dipimpin oleh Ust Fakruhisyam dari SK Kabuloh dengan menggunakan kereta Jabatan Penerangan. Kanak-kanak dilihat lebih seronok apabila berlari untuk sampai lebih awal. Rombongan Yb pun dipintas mereka. Dari kejauhan kumelihat, keringat Yb dan Do juga membasah baju mereka....hehe.. ok juga penduduk Paitan ini menguji ketahanan YB mereka.

kami tiba di dewan baru kg Bambangan. Pengisian maulud turut diselitkan dengan bacaan Al-Quran, nasyid dan ucapan-ucapan termasuk ucapan perasmian oleh Yb Suriady Kayong. Agak panjang ucapan Yb Suriady yang menyentuh tentang maulidur Rasul dan konsep 1 Malaysia.

Ceramah maulid penulis berlangsung lebih kurang sejam lebih. Ceramah berkitar tentang personaliti Rasulullah dan kasih sayang baginda kepada ummahnya. Penulis turut mengait personaliti Rasulullah dengan masyarakat setempat. Pujian harus diberikan kepada penduduk paitan sekalipun hujan lebat yang sedikit menganggu bunyi ceramah, mereka tetap menunjuk minat kepada isi ceramah.

Penyampian hadiah kepada pertandingan sepanduk tercantik, kontigen teramai, tokoh maulidur rasul dan sebagainya turut memikat penonton.

Seusai program, kami dibawa ke Pejabat Urusetia daerah Paitan untuk jamuan. Di sana penulis sempat berkenalan dengan kakitangan Pejabat urusetia yang berasal dari Kinabatangan dan Polis (SB) berasal dari Kelantan yang telah berkhidmat 25 tahun di daerah Beluran.
Kebetulan baju berwarna sama dengan Yb Suriady Kayong

Alhamdulillah, selamat tiba dekat maghrib dirumah. juga dihantar oleh Guru besar SK kabuluh, Cikgu Zaini yang dikenali dengan Ustza Zaini kerana kewarakan beliau. Terima kasih kepada semua diatas perkenalan yang singkat tetapi cukup bermakna untuk diri penulis dan kerja dakwah.

Quranic Group

Buku siri memahami asas-asas Islam ini telah ditulis oleh sahabat saya, saudara Rafie Yusof dan Sdr Mohd Norhusairi Mat Hussin.

Saya cukup mengenali Ust Rafie Yusof sejak di kampus lagi. Beliau menjadi mentor saya dalam banyak sudut terutama aspek pengurusan persatuan dan tarbiyyah. Ust Mohd Rafie begitu lama terlibat dalam membimbing sahsiah pelajar baik melalui kem, tamrin dan sebagainya.

Selain itu, beliau cukup aktiviti dalam menggerakkkan ativiti untuk anak-anak muda dan sering menyampaikan ceramah motivasinya.

Buku " Quranic Group" sebanyak enam siri mengcakupi bab aqidah, ibadah, sirah, Al-Quran, hadis, fikrah dan Fardu Ain. Ianya membantu pembaca memahami Islam secara syumul.

Saya telah mempraktikkan buku ini kepada pelajar-pelajar saya dan ternyata ianya mampu menarik dan mengikat pelajar saya untuk mendalam ilmu-ilmu Islam.

Lagipun buku ini simple, murah dan menarik untuk dimiliki oleh pelajar dan bahan bantu kepada guru dalam mencapai kecapaian dalam P&P.

Buku ini juga boleh didapati secara online atau berhubung terus dengan penulisnya. Minta maaf saya tegaskan. Saya promosi buku ini kerana kebaikan dan keupayaannya membantu kita dalam membina sahsiah pelajar tanpa mencari sebarang imbalan daripada penulis ataupun sesiapa yang berkenaan. Cuba dulu baru tau...

Tips Bakal Pemohon Guru Cemerlang (GC) Cikgu Sani

Beberapa catatan dan dapatan penulis terhadap apa yang diterangkan oleh Pengetua Cemerlang DG54 En Sani Sahwi. Perkara ini perlu dilakukan oleh bakal dan yang sudah bergelar Guru Cemerlang.

Pada diri guru

1. Dokumentasikan setaip gerak kerja cemerlang anda dan disimpan secara terurus dan teratur.

2. Budayakan JPU dalam menyediakan ujian atau peperiksaan.

3. Kerap mencabar minda pelajar dalam P&P

4. Wujudkan dan munafatkan ruang sudut mata pelajaran dalam kelas untuk subjek kita

5. Dapatkan sijil sebagai bukti bila terlibat dalam aktiviti rasmi

6. Susun sijil penghargaan mengikut tahun bertugas

7. Hasilkan bahan ilmiah untuk dikongsi bersama

8. Menyediakan kolaborasi pembacaan buku

9. Elak bercakap dan membincang perkara peribadi semasa bertugas. Utamakan tentang pelajar dan tugas.

10. Mengajar dengan membudayakan P &P dalam 3 aras


Kepada pelajar

1. Bukukan jawapan terbaik pelajar setiap tahun untuk dikongsi dengan pelajar lain juga sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang.

2. Catat prestasi pelajar dan memberi cadangan kepada penambahbaikan prestasi pelajar

3. Sediakan surat maklumat kepada ibubapa tentang prestasi pelajar kepada ibubapa

Kepada Cikgu Sani
Terima kasih banyak atas tunjuk ajar. Sekiranya sampai ke blog ini, mohon betulkan jika ada silap faham penulis tentang tips ini

Asas Takaful

Tajuk Buku
Asas Takaful

Terbitan ..
Islamic Banking and Finance institute Malayasia. Sdn Bhd (IBFIM)

Isi Penting Buku ini

1. Memperkenalkan sistem takaful dan muamalat cara Islam

2. Mempunyai 4 bab yang membicarakan tentang asas Takaful, takaful Am, Takaful Keluarga dan takaful perubatan dan kesihatan.

3. menjelaskan perbezaan takaful (mengikut syariat Islam) dan Insuran yang haram kerana mempunyai terlibat dengan riba, judi dan gharar.

4. Kepentingan kepada setiap individu terutama umat Islam yang masih kurang memiliki takaful sedangkan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan kepada umatnya menyediakan perancangan masa depan seperti yang dilakukan oleh Nabu Yusuf AS ketika mentadbir Mesir dan beberapa sirah lain.

5. Mengingatkan umat Islam supaya tidak mengambil mudah dalam membeli insuran am, Keluarga dan perubatan kesihatan kerana ianya melibatkan halal dan haram.

Kaitan dengan tugas Guru
Bab 19 Tajuk Ibaadah Tingkatan 4, Pendidikan Islam

GC SMK Bukit Garam Bertapa Di SMK Merpati

Sikap terbuka dan murah hati pengetua Cemerlang DG54, yang juga pengetua SMK Merpati Cikgu Sani Sahwi telah membuka ruang kepada sembilan orang Guru Cemerlang SMK Bukit Garam berkunjung dan menimba ilmu dengan beliau.

Kunjungan GC SMK Bukit Garam turut disertai dua orang Guru Cemerlang SMK Tinghua, Sandakan.

Hampir lima jam, kami didedahkan dengan pelbagai ilmu dan persiapan yang sepatutnya dilakukan oleh guru yang berusaha untuk menjadi guru yang cemerlang dan digemari oleh pelajar yang seterusnya mengangkat profesion pendidikan di mercu jaya.

Cikgu Sani tidak kedekut untuk berkongsi tips-tips penting dalam mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang cemerlang.

Majlis berlangsung dengan penuh kemesraan dan soal jawab berlaku dengan agak baik.

Program ini telah merangsang semangat dan azam GC SMK Bukit Garam untuk meningkat kualiti P&P yang menjadi perkara paling penting. Selain itu, program ini juga telah membuka jalan untuk setiap guru membudayakan kerja cemerlang dan berperancangan.

Bergambar kenangan bersama sifu di bilik Pengetua

budaya kerja berpasukan amat penting
Tempat penyegaran yang kondusif

SMK Bukit Garam Tuan Rumah MTQ 2011

Setelah sekian lama, SMK Bukit Garam tidak menerima kunjungan tetamu dalam acara MTQ, kini harapan itu sudah berbunga. Keputusan mesyuarat jawatankuasa MTQ minggu lalu memutuskan SMK Bukit Garam sebagai tuan rumah mewakili Zon Bukit Garam.

Pada tahun lepas, zon Paris yang meletakkan SK Paris dan SMK Paris sebagai tuan rumah telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan di dalam menjayakan MTQ daerah. Ust Rahmat yang menjadi tulang belakang telah membuktikan warga Paris cukup tangkas dalam mengurus acara seumpama ini. Tahniah geng Paris!

SMK Bukit Bukit Garam dalam keadaan serba kekurangan tetap bersedia menerima tetamu sekalipun kemudahan sekolah yang ada agak antik tetapi berbekalkan pengalaman warga Zon Bukit Garam, kami berkeyakinan dapat melakukan yang terbaik untuk MTQ dan daerah Kinabatangan.

Zon Bukit Garam membariskan kepimpinan dari SMK Bukit Garam, SK Bukit Garam, Sk Singgah Manis, SK Sinar Jaya, SK Balat, SK Sangau, SK Sungai Lokan, Sk Desa Permai dan SK Kuamut juga diharapkan dapat mempertahankan piala Johan Keseluruhan yang dirai sejak beberapa tahun yang lalu.

Ayuh... mara Zon Bukit garam

Persekolahan Kembali Bermula

Dunia persekolahan kembali menemui kita semua setelah sebulan lebih kita bercuti dan menyegarkan diri. Tahun 2011 bakal membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan kerana pada tahun ini disekolah rendah telah bermulanya KSSR dan pastinya di setiap sekolah akan ada beberapa perubahan stuktur organisasi dan perubahan guru dan sebagainya.

Tahun ini menyaksikan ramai guru yang berpindah dan tidak kurang juga yang menerima guru baru. K eluar masuk, pergi dan kembali menjadi rutin yang seharusnya kita terima dengan redha dan menjalankan amanah seperti biasa. Paling penting setiap tahun kita mesti meningkatkan mutu P&P dan juga islah sahsiah diri dan pelajar dengan cara yang bersungguh-sungguh. Hasrat kita bersama ini menjadi khalifah di muka bumi yang disebut oleh ulama untuk mendirikan agama dan mentadbir dengannya.

Sikap kebersamaan, wedahtul fikri dan wehdatul amal patut menjadi tonggak penting dalam merealisasikan cita-cita ummah ini. Mengutamakan hak orang ramai melebihi hak sendiri turut memainkan peranan penting ke arah perubahan menuju insan rabbani.

Selamat Menyegarkan alam persekolahan.........................

Solat Hajat SPM dan STPM

Setelah gigih berusaha sekian lama, guru dan pelajar SMK Bukit Garam memerlukan restu dan bantuan yang Maha kuasa dalam memastikan kejayaan dalam medan pelajaran ini .

Justeru itu, sekali lagi ibubapa dikerah ke Surau Al-Ghazali di SMK Bukit Garam untuk menyokong anak-anak dan guru-guru selama ini secara zahir. Sokongan dan dokongan ibubapa merupakan tunjang kejayaan bagi anak-anak pelajar dan guru-guru.

Majlis solat hajat peringkat sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut :

Masa : 7.00 pagi
Tarikh : 18hb November 2010 (khamis)
Tempat : Surau Al-Ghazali, SMK Bukit Garam

Para pelajar digesa membawa bersama air dan sajadah.

Selain daripada itu, pihak sekolah juga akan meminta bantuan JHEAINS untuk mengarahkan setiap masjid mengadakan doa selamat pada malam jumaat 19hb November dan keesokkannya selepas solat jumaat di adakan solat hajat olej ahlijawatankuasa masjid dan ibubapa sekitar Kinabatangan.

Usaha spritual ini diharapkan dapat membantu dan memberih jiwa pelajar, guru dan ibubapa dalam menerima takdir Allah. Semoga, semuanya berjalan lancar.

"Tiang Agama II" Bantu Pelajar Solat

Pihak Jawatankuasa Kebesaran Islam dan Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan progran Tiang Agama siri II bagi mendedahkan dan membantu pelajar mendirikan solat dengan betul.Program ini mendapat sambutan 100 orang pelajar SMK Bukit Garam dari tingkatan 1 dan tingkatan 2.

Program yang dipengerusikan oleh Ust Ahmad Sihabuddin Mat Salleh ini turut menggunakan khidmat pelajar Tingkatan 5 dan 6 sebagai AJk dan juga fasilitator bagi membimbing dan memastikan para peserta menghafaz bacaan-bacaan solat yang telah ditentukan. Pengisian program termasuklah bimbingan hafazan solat, amali solat, ceramah kepentingan solat dan bengkel.

[gambar] Ucapan perasmian dan tazkirah oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam

Program sehari ini juga mengharapkan para pelajar dapat menjadikan solat sebagai amalan rutin mereka kerana ada beberapa orang pelajar yang memberi alasan tidak menunaikan sembahyang kerana tidak pandai.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG yang menyokong penuh program seumpama ini.

Gambar-gambar ini dikira cukup untuk menceritakan keadaan program.

Mendengar ucapan perasmian
aklimat program oleh Cikgu Nizwan dan Ust Ahmad Sihabuddin
Pembentukan kumpulan
Sesuatu yang menarik sedang diperkatan Cikgu Raja Hashim
sising lengan untuk agih bekalan
pasal makan, senyu saje...itulah itu...
Taklimat untuk Ceramah Kepentingan solat
Naqib menyelia cara tahiyat
Sungguh-sungguh.
Sama-sama menekuni. mengajar sambil belajar
Serius ustaz ini
Kamu baca begini bah!
Gaya Ust Rudy
Kusyuk memberi tumpuan
Tasmik
Kalu tak paham...kau tanyalah baaa....
bimbingan individu nampak lebih berkesan

Fasilitator menyemak hafazan dan melayan persoalan
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top