Mesyuarat Guru Cemerlang Zon Sandakan
Labels: Aktiviti
Motivasi Bersama Kump Nasyid Far East
Lagu Menanti di Barzakh
Labels: Aktiviti
Mesyuarat Kurikulum Sekolah
Gambar sebahagian guru yang terlibat dalam mesyuarat
Labels: Aktiviti
Bahan Untuk Majlis Tadarus Al-Quran MTQ 2013
Majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah sudah semakin. Bukan sekadar murid yang berkejar mencari bahan tetapi guru dan para juru latih turut menjadi kalut bagi menyempurnakan tugas. apatah lagi, seperti ada sedikit perubahan pada tahun ini.Di sini saya kongsikan bahan yang di link bagi membantu kekawan guru dan pelajar untuk menyiapkan tugasan. Selamat berpanas kepala untuk agama.
Bagi berkongsi bahan syarahan agama, Insyaallah akan menyusulk. Doakan saya diberi kekuatan masa dan keupayaan untuk mencoret di ruang maya ini. Mohon teguran dan perkongsian sekiranya ada kesilapan. Allahu Akbar...
Labels: MTQ
Imam Al-Ghazali
Beliau adalah Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Ahmad, dilahirkan pada tahun 450 H/1059 M di Thus daerah Khurasan. Ia dikenali dengan Al-Ghazali kerana ayahnya pemintal tenun wol atau kerana ia berasal dari desa Ghazalah. Beliau wafat pada tahun 505 H/1111 M.
Pendidikan
Pendidikan awal beliau dimulai di daerahnya iaitu belajar dengan Ahmad Ibnu Muhammad al-Razkani al-Thusi. Setelah itu beliau berpindah ke Jurjan mempelajari semua bidang agama dan bahasa yang dipimpin oleh Abu Nash al-Ismaili. Setelah tamat beliau kembali ke Thus mempelajari bidang tasawuf bersama Syeikh Yusuf al-Nassaj(wafat 487 H). Kemudian beliau berhijrah ke Nisyapur untuk belajar dengan Abul Ma'al al-Juwaini yang bergelar Imam al-Haramain. Setelah itu melanjutkan pelajaran kembali dalam bidang tasawuf bersama Syeikh Abu Ali al-Fadli Ibnu Muhammad Ibnu Ali al-Farmadi, dan beliau mulai mengajar dan menulis dalam ilmu Fiqh.
Setelah Imam al-Juwaini wafat, beliau berpindah ke Mu'askar mengikuti berbagai forum diskusi dan seminar kalangan ulama' dan intelektual, dan dengan segala kecemerlangannya menjadikan beliau seorang guru besar di perguruan Nidzamiyah di Baghdad pada tahun484 H, disamping memberikan kuliah, beliau juga mengkaji falsafah Yunani dan falsafah Islam. Kecemerlangan, keharuman namanya dan kesenangan dunia yang melimpah ruah di baghdah melebehi ketika beliau di Mu'askar. Dikota ini beliau sakit dan secara tiba-tiba meninggalkan kota Baghdad dan mengundurkan diri dari kegelapan duniawi.
Mulai tahun 488 H/1095 M beliau ke Damaskus. Di masjid Umawi beliau ber'iktiqaf dan berzikir dipuncak menara sebelah barat sepanjang hari dengan makan dan minum yang terbatas. Beliau memaski suluk sufi dengan riyadhah dan mujahadah terus menerus seperti itu selama 2 tahun di Damaskus. Setelah itu beliau pergi ke Baitul Maqdis di Palestin. Setiap hari beliau memasuki Qubah Shahrah untuk berzikir, beliau juga ke al-Khalil menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s. Dari Palestin, beliau melaksanakan ibadah haji di Mekkah dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w di Madinah.
Beliau pernah kembali ke Baghdad untuk mengajar di Perguruan Nidzamiyah Baghdad, namun tidak lama kemudian beliau kembali ke Thus dan mendirikan Khanaqah untuk para sufi dan mendirikan madrasah untuk mengajar ilmu tasawuf.
Karya-karya hasil tulisan Al-Ghazali meliputi pelbagai bidang keIslaman, Kalam, Fiqh, Falsafah, Tasawuf dan lain-lain yang berbentuk pembukuan mahupun risalah.
Kitab-kitab Al-Ghazali yang membahas tentang tasawuf :
1. Mizan al-'Amal.
2. Al-Ma'arif al-Aqliah wa albab al-Hikmah al-Ilahiyyah.
3. Ihya' 'ulumuddin.
4. Al-Maqshad al-Astana fi Syarah Asma al-Husna.
5. Bidayat al-Hidayah.
6. Al-Madhnun bih 'ala Ghairi Ahlil.
7. Kaimiya al-Sa'adah.
8. Misykat al-Anwar.
9. Al-Munqidz Min al-Dhalal.
10. Al-Durrat al-Fakhirah fi Kasyaf 'Ulumi al-akhirah.
11. Al-Kasyaf wa al-Tabyin fi Ghurur al-Nas Ajma'in.
12. Minhaj al-'Abidin ila Jannati Rabbi al-'Alamin.
13. Al-Arba'in fi Ushul al-Din.
Tasawuf Al-Ghazali menghimpunkan akidah, syariat dan akhlak dalam suatu sistematik yang kuat kerana teori-teori tasawufnya lahir dari kajian dan pengalaman peribadi setelah melaksanakan suluk dalam riyadhah dan mujahadah yang intensif dan berkesinambungan, sehingga dapat dikatakan bahawa seumur hidupnya ia bertasawuf.
Dalam pandangannya, Ilmu Tasawuf mengandungi 2 bahagian penting :
1. berkenaan ilmu mua'malah dan bahagian.2. berkenaan ilmu mukasyafah.
Hal ini dihuraikan dalam karyanya Ihya' 'Ulumuddin, Al-Ghazali menyusun menjadi 4 bab utama dan masing-masing dibahagi dalam 10 fasal iaitu :
Bab pertama : tentang ibadah (rubu' al-ibadah)
Bab kedua : tentang adat istiadat (rubu' al-adat)
Bab ketiga : tentang hal-hal yang mencelakakan (rubu' al-muhlikat)Bab keempat : tentang magamat dan ahwal (rubu' al-munjiyat)
Menurutnya, perjalanan tasawuf itu pada hakikatnya adalah pembersihan diri dan pembeningan hati terus menerus sehingga mampu mencapai musyahadah. Oleh kerana itu ia menekankan pentingnya pelatihan jiwa, penempaan moral atau akhlak yang terpuji baik disisi manusia mahupun Tuhan.
Imam Al-Ghazali yang digelarkan Hujjatul Islam meninggal dunia dikota kelahirannya Thus pada hari isnin bersamaan 14 Jamadil akhir 505 H.
Labels: Tamadun Islam
Kesilapan Calon SPM dalam Mengemukan Jawapan
1. Keliru dengan beberapa istilah yang seakan
a. Sembelihan, korban dan aqiqah
b. Nusyuz, li'an dan zihar
c. Sihir dan syirik
- biasa soalan sebegini meminta maksud kalimah dan disertakan dengan sebab/ punca/hikmat/ cara mengatasi dan sebagainya. Jadi, apabila calon tersilap memberi maksud perkataan di atas, ianya akan melibatkan soalan yang seterusnya yang memungkinkan anda bakal kehilangan sehingga 10 markah.
2. Jawapan payung atau jawapan yang membawa maksud yang sama.
Contohnya:
i. Jelaskan langkah-langkah menangani ajaran sesat
Jawapan:
i. adakan majlis-majlis agama
ii. mengadakan kelas berkaitan agama untu memahamkan masyarakat
b. Berikan kesan-kesan pengabaian pendidikan anak-anak
Jawapan:
i. anak-anak akan kurang ajar kepada orang tua
ii. anak-anak akan derhaka kepada ibubapa
c. Terangkan akibat sihir
i. masyarakat menjadi kucar kacir
ii. kehidupan masyarakat menjadi kucar kacir
3. Jawapan umum
i. Sebutkan dua sifat peribadi Imam Ghazali
Jawapan - bijak
- Rajin
- bertaqwa
4. Istilah yang berbentuk ibadah mestilah berakhir dengan kerana Allah (niat)
contoh:
i. Sembelihan : Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih kerana Allah.
ii. Haji : mengunjungi Baitullahi Haram di Mekah dengan melakukan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat tertentu dapa masa-masa tertentu kerana Allah.
Mudahnya, Ibadah yang dilakukan mestilah kerana Allah.
5. Jawapan yang terlampau ( Ekstrim)
Soalan : Apakah hukuman kepada pencuri?
Jawapan : kedua-dua tangannya dipotong
: Kaki dan tangannya dipotong bersilang
Soalan : Apakah hukuman kepada penzina?
Jawapan : Disula didepan khalayak ramai
: Mereka hendaklah disegera dinikahkan dan dipermudahkan urusan perkahwinannya
6. Tidak Menjawab persoalan yang dikemukakan, sebaliknya pelajar menulis apa yang mereka tahu tentang tajuk persoalan itu.
- Pelajar sepatutnya betul-betul memahami kehendak soalan ketika hendak mengemukakan jawapan.
7. Tidak Menjawab dan membiarkan kosong. Pelajar sekadar menulis inti jawapan.
- Tindakan seumpama ini amat merugikan pelajar kerana peperiksaan adalah pertarungan yang mesti dikemukan hujah sekalipun longgar dan dibimbangi salah.
i. Sebutkan perkara-perkara makruh semasa sembelihan
Jawapan :
i. Haiwan yang disembelih masih kecil dan belum baligh (sejak bila pula haiwan ada umur baligh?)
ii. Haiwan yang ingin disembelih diratapi
semoga kesilapan-kesilapan yang ditunjukkan disini dapat dapat diperbaiki meningkatkan mutu jawapan Pendidikan Islam SPM nanti. Selamat berusaha dan selamat maju jaya. Yakinlah, Keputusan Pendidikan Islam adalah maruah anda....
Keliru Ilmu dengan Pengetahuan Sedia Ada
Set induksi dan soal jawab dengan pelajar kerap kali akan bertemu dengan jawapan-jawapan pelajar yang didasarkan dengan pengetahuan yang sedia ada mereka.Antara perkara yang sering menjadi kekeliruan pelajar Tingkatan 4 dan 5 ialah :-
i. Hukuman kepada penzina
- disulah
ii. perkara yang dilakukan semasa aqiqah
- Cukur Jambul
iii. amalan bertimbang semasa aqiqah
- timbang ibubapa atau timbang anak
iv. Istilah Qisas dan ketulahan
- hukuman bagi mereka yang telah melakukan kejahatan kepada orang lain.
v. cara menyelesaikan isteri yang nusyuz
- Cerai
vi. ciri-ciri calon isteri menurut Islam
- bersopan santun
Pengetahuan sedia ada ini, biasanya pengaruh daripada :-
a. amalan harian yang berlaku dalan masyarakat
b. filem-filem dan cerita-cerita
Cadangan cara mengatasi :
a. menyediakan bahan bacaan yang menjawab persoalan dan kekeliruan
b. menganjurkan majlis atau simulasi yang bersih daripada unsur kekeliruan
c. mengajak berfikir sebab dan asbab
Labels: Refleksi Guru
Gambar Sekitar Amali Sembelihan Tingkatan 4
Kali ini 4 Matahari, 4 Kenanga dan 4 Anggerik telah melakukan dengan jayanya. Cukuplah gambar ini menceritakan sidikit sebanyak suasananya
Labels: Aktiviti
Aqiqah Perdana Siri II Bakal Kembali
Syukur pada Allah. dalam menyempurnakan program dan amali sembelihan dan Aqiqah, Panitia Pendidikan Islam terus melangkah untuk menyempurnakan bidang latihandan amali kepada pelajar.
Sekalipun amali sembelihan dengan menyembelih ayam telah dilakukan pada pertengahan tahun, Aqiqah perdana yang telah dilaksanakan pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini. Sekalipun jumlah lembu yang diaqiqahkan pada tahun ini hanya 2 ekor sahaja tetapi ianya cukup untuk mendedahkan amali dan membuka ruang kepada guru-guru dan ibubapa untuk menyempurnakan tanggungjawab masing-masing.
Pada tahun ini, Ketua Bidang Kemanusiaan, Puan jumatiah Djumarang diberi tanggungjawab untuk mengepalai program ini yang setakat ini penyertaan aqiqah sudah melebihi 14 orang.
Kita doakan program yang bakal dilaksanakan pada 28 September ini dan masih dalam mood raya ini berjaya dilangsungkan dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada pihak Pejabat pelajaran Daerah Kinabatangan yang turut menyokong program ini dengan penyertaan hampir seekor lembu khususnya En Abd.Rait Othman, ketua Unit ko-Kurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah.
Labels: Aktiviti
Adab Makan
|
(Disadur dari kitab Ihya 'Ulumiddin, Imam Al Ghazali rah.)
Menghidangkan makanan kepada teman-teman mempunyai banyak keutamaan.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Para malaikat Senantiasa mendo’akan kepada seseorang dari kamu, selama hidangannya terletak dihadapannya sebelum diangkatkan." (Ath-Thabrani dari Aisyah, sanad dlaif).
[Gambar sekadar hiasan]
Tersebut pada hadits,”Allah Ta’ala berfirman kepada hambaNya pada hari kiamat :Hai anak Adam! Aku lapar, lalu engkau tidak memberikan makanan kepadaKu. Lalu menjawab hamba itu: bagaimanakah aku memberikan makanan kepada Engkau, sedang Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam?Maka Allah Ta’ala menjawab,”Telah lapar saudaramu yang muslim, lalu tidak engkau berikan makanan kepadanya. Kalau engkau telah memberikan makanan kepadanya, maka adalah engkau telah memberikan makanan kepadaKu (Muslim dari Abu Hurairah).
Bersabda Rasulullah SAW,”Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberikan makanan kepada orang.” (Ahmad dan AL Hakim dari Shuhaib, shaih isnad).
Adab Menghidangkan Makanan
1. Meninggalkan pemaksaan diri (takalluf) dan menghidangkan apa yang ada saja. Kalau belum tersedia apa-apa dan tidak mempunyainya, maka janganlah berhutang untuk itu. Kerana akan menyusahkan dirinya. Kalau ada tersedia, tetapi ia sendiri memerlukannya untuk makanannya sendiri dan tidak memungkinkan untuk disugukan, maka seyogyanya tidak disuguhkan.
2. Bagi tamu tidak menyarankan dan tidak bertegas menentukan sesuatu yang tertentu. Kerana kadang-kadang sulit bagi yang dikunjungi mengadakannya. Kalau disuruh pilih oleh temannya (tuan rumah) diantara dua macam makanan, maka hendaklah dipilih yang paling mudah diantara kedua macam makanan itu. Begitulah sunnah Rasulullah SAW. Pada suatu hadits, tersebut bahwa Nabi SAW manakala berliau disuruh pilih diantara dua barang, maka dipilihnya yang paling mudah memperolehnya (Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah).
3. Tuan rumah menyugukan yang disukai temannya yang berkunjung. Dan meminta kepadanya akan saran-saran, manakala dirinya dapat menerima dengan baik, untuk melaksanakan apa yang akan disarankan itu. Yang demikian adalah baik. Bersabda Rasulullah SAW,”Barangsiapa memperoleh dari temannya makanan yang disukainya niscaya diampunkan dosanya. Dan barangsiapa menggembirakan temannya yang mu’min maka sesungguhnya ia telah menggembirakan Allah Ta’ala (Kata Ibnul-Juzi, ini hadits maudlu).
4. Tidak ditanyakan kepada tamu yang berkunjung itu,”Apakah kami sugukan saudara makanan?” Tetapi seyogyanya disugukan kalau ada,tanpa bertanya. Kalau tidak bermaksud memberikan sesuatu makanan kepada tamu maka seyogyanya tidak dizahirkan kepada tamu.
Adab Makan Bersama
1. Tidak memulai mengambil makanan, bila bersama dengan orang yang lebih penting didahulukan, disebabkan kerana tuanya atau lebih keutamaannya. Dan seyogyanya tidak melamakan menunggu apabila mereka telah bersiap dan berkumpul untuk makan.
2. Tidak berdiam diri ketika makan. Tetapi bicaralah yang ma’ruf (hal-hal yang baik) dan bercerita tentang orang-orang yang shalih, mengenai makanan, dan lainnya.
3. Berperasaan halus dengan temannya pada pinggan makanan. Maka ia tidak bermaksud melebihi dari yang dimakant emannya. Kerana yang demikian itu haram, kalau tidak bersesuaian dengan kerelaan temannya, jika makanan itu berkongsi. Tetapi seyogyanya bermaksud melebihkan temannya. Kalau dilihatnya temannya sedikit makan, maka hendaklah dirajinkan dan digembirakan temannya itu kepada makan dengan dikatakan kepadanya,”Makanlah.” Dan tidak dilebihkan mengatakan itu dari tiga kali. Kerana yang demikian sudah merupakan paksaan dan berlebih-lebihan.
4. Ia tidak memerlukan hingga temannya mengatakan,”Makanlah.” Dan tidak wajarlah meninggalkan (tidak memakan) sesuatu yang disukai lantaran dilihat orang lain kepadanya. Kerana yang demikian itu adalah tingkah yang dibuat-buat. Tetapi berlakulah menurut yang biasa dan tidak berkurang sedikitpun dari kebiasannya ketika makan sendirian.
5. Membasuh tangan pada tempat cuci tangan, tidak mengapa. Dan boleh berdahak kedalam cuci tangan itu jika ia makan sendirian. Jika bersama orang lain, maka tidak wajarlah berdahak. Apabila disuguhi cucitangan oleh oranglain, hendaklah diterimanya kerana menghormatinya. Dan tidak mengapa berkumpul membasuh tangan pada satu tempat cucitangan pada satu ketika. Kerana itu adalah lebih mendekatkan kepada merendahkan diri dan menjauhkan dari lama menunggu. Kalau tidak mereka perbuat yang demikian maka tidak wajarlah dituangkan air masing-masing. Tetapi dikumpulkan air dalam satu tempat cuci tangan.
Sabda Rasulullah SAW,” Kumpulkan air sembahyangmu niscaya dikumpulkan oleh Allah akan perceraianmu.” (Al-Qudla’I dari Abu Hurairah).
6. Tidak memandang kepada teman-temanya dan tidak mengintip mereka makan. Lalu mereka malu kerananya. Tetapi hendaklah memicingkan mata dari teman-teman dan berbuatlah untuk diri sendiri. Dan janganlah menyelesaikan makan sebelum teman-teman, apabila mereka itu malu makan sesudahnya. Tetapi hulurkanlah tangan dan peganglah makanan dengan tangan,s erta ambillah sedikit demi sedikit sehingga mereka selesai. Kalau sedikit makan, berhentilah dulu pada permulaan. Dan sedkitkan makan, sehingga apabila mereka memakan secara meluas, lalu makan dengan merka kembali pada penghabisan. Kalau tidak turut makan, disebabkan sesuatu hal, hendaklah meminta maaf kepada mereka, untuk menghilangkan malu dari mereka.
7. Tidak membuat apa yang dipandang jijik oleh orang lain. Maka janganlah digerak-gerakkan tangan pada piring makan, dan janganlah ditundukkan kepala kepadanya, ketika memasukkan suap kedalam mulut. Apabila dikeluarkan sesuatu dari mulutnya, hendaklah dipalingkan muka dari makanan, dan diambilnya dengan tangan kiri. Dan jangan dimasukkan suap yang berlemak ke dalam cuka dan jangan dimasukkan cuka ke dalam makanan berlemak, kerana kadang tidak disukai orang lain. Dan suap yang dipotongnya dengan giginya, janganlah dibenamkan sisanya ke dalam kuah dan cuka. Dan janganlah berkata-kata dengan apa yang mengingatkan orang kepada yang jijik.
Tujuh Adab Pada Tempat Mencuci Tangan
1. Mendahulukan orang yang diikuti (yang menjadi ikutan banyak orang), dengan tempat mencuci tangan.
2. Diterima kehormatan dengan penyuguan tempat cuci tangan tersebut
3. Diedarkan tempat cuci tangan itu kesebelah kanan
4. Berkumpul padanya orang banyak
5. Dikumpulkan air kedalam tempat cuci tangan
6. Pelayan itu berdiri
7. Diludahkan air dari mulut dan dilepaskan tempat cuci tangan itu dari tangannya dengan pelan-pelan, sehingga tidak terpecik keatas lantai dan teman-temannya. Dan hendaknya disiramkan air oleh tuan rumah sendiri.
Labels: Adab















