Selamat Menjalani Peperiksaan

Peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan di SMK Bukit Garam bagi minggu pertama. Peperiksaan selepas Majlis sukan sekolah dan Selepas Pilihanraya Umum ke 13 ini, bakal menguji keupayaan pelajar memahami isi kandung pelajaran yang telah dicurahkan hampir 5 bulan lalu.


Kepada semua pelajar, selamat maju jaya. Gunakan medan peperiksaan pertengahan tahun ini untuk membina keyakinan anda mencipta kejayaan yang lebih bermakna di masa akan datang

Tajuk Syarahan Spontan

Pihak Jawatankuasa Kehakiman Syarahan Agama Daerah Kinabatangan telah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk mengemukakan tajuk-tajuk berikut sebagai tajuk undian dalam syarahan spotan peringkat daerah pada tahun ini. Pemilihan tajuk ini dibuat berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan Islam daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan 5 mengikut bidang-bidang pelajaran yang meliputi bidang Tilawah, Hadis, Aqidah, Ibadah, tamadun, tokoh dan adab setiap tingkatan.

TILAWAH
1. Sifat sabar membentuk mukmin sejati
2. Perpaduan asas perpaduan ummah
3. Beriman dengan hari kebangkitan penyelamat insan
4. Amal Islami asas mukmin berjaya
5. Menutup aurat tingkat kemuliaan umat

HADIS
1. Ummah berilmu ummah cemerlang
2. mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama
3. Amalan mukmin cemerlang teras generasi terbilang
4. Makanan halal pembentuk sahsiah terpuji
5. Sikap menghargai masa pelajar berjaya

IBADAH
1. Bersuci membentuk peribadi muslim
2. puasa teras ketaqwaan
3. Rukhsah solat bukti kasih sayang Allah
4. Penghayatan konsep korban melahir individu cemerlang
5. Perkahwinan penawar masalah sosial

AQIDAH
1. Kemantapan aqidah pembina ummah bertamadun
2. Beriman kepada malaikat asas akhlak mulia]
3. Kepercayaan kepada Qada dan Qadar pembentuk peribadi terpuji
4. Taubat menjana ummah sakinah
5. Insan beriman insan terbilang

TAMADUN
1. Rasulullah model sepanjang zaman
2. Umar Al-Khatab lambang kebangkitan Islam
3. Fathu Makkah pencetus sinar Islam
4. Khulafa' Ar-Rasyidin penegak Daulah Islam
5. Kerajaan Abbasiyyah pemangkin ilmuan gemilang

ADAB
1. Kawan terpuji pencetus motivasi diri
2. maruah terpelihara hidup terpuji
3. Ikhlas berkerja menjana insan cemerlang
4. Adab berhias penyelamat ummah
5. Sadaqah pemangkin kesejahteraan masyarakat

Tajuk ini juga boleh digunakan untuk tajuk syarahan utama.

Disediakan oleh;
1. Ust Mohd Zaidi - SMK Bukit Garam, 2. Ustzh Maznah    - SMK Bukit Garam II
3. Ustzh Nadia       - SMK Sukau, 4.Ust                      - SK Bilit
5. Ustzh                  -SK Bukit Garam

Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Biarpun agak terlewat menyambut Maulidur Rasul, namun usaha untuk merapatkan  pelajar dengan sunnah Rasulullah mesti dilakukan setiap masa. Alhamdulillah, sekalipun sambutan hanya secara sederhana, namun munafaatnya diserlahkan mekalui komitmen pelajar.

 Penolong Kanan HEM, En Azmi Datu Tambuyong dan Penolong Kanan Kokum, En Aniswandy juga turut hadir memberi komitmen

Sebabahagian guru guru perempuan yang hadir

N
Mereka di barisan depan

 Senyum di belakang
 Ceramah yangterkesan
 Ust Mohd Nazir Yusak, penceramah jemputan
 Ceramah yang dikukuhkan yang dalil hadis yang mantap
 Guru guru

Mesyuarat Guru Cemerlang Zon Sandakan

 Hebat berbaju batik
Rakan rakan GC Sandakan
Ust ICT Sandakan, Ust Nasarudin


Mesyuarat Guru Cemerlang Zon  Sandakan telah di adakan di SMK Sandakan II, bertempat di bilik Mesyuarat SMK Sandakan II

Motivasi Bersama Kump Nasyid Far East

Minggu lalu, SMK Bukit Garam bertuah kerana mendapat peluang mengadakan kem Motivasi bersama Kumpulan Nasyid Far East yang didatangkan dari Kuala Lumpur. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaungseling dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam ini telah menarik minta pelajar tingkatan 3 hingga 6 Atas.

 Bergambar selepas program
Persembahan mantap drpd Ust Fadli dan Ust Azwan

 Sebahagian daripada peserta
Lagu menanti di barzakh

Selain Kumpulan Nasyid Far East, kami turut di motivasikan oleh dua orang ustaz penyeramah yang masyhur. Dibawah ini, kami titipkan video yang sempat dirakam secara amatur. Hehe..

Lagu Menanti di Barzakh
Sementara itu, pelajar SMK Bukit Garam turut diberi peluang untuk menyanyi bersama . MINTA MAAF, belum dapat diupload      

Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Mesyuarat kurikulum kali pertama bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang disentuh tentang pencapaian Kelas Aliran Agama.
Gambar sebahagian guru yang terlibat dalam mesyuarat

Bahan Untuk Majlis Tadarus Al-Quran MTQ 2013

Majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah sudah semakin. Bukan sekadar murid yang berkejar mencari bahan tetapi guru dan para juru latih turut menjadi kalut bagi menyempurnakan tugas. apatah lagi, seperti ada sedikit perubahan pada tahun ini.

Di sini saya kongsikan bahan yang di link bagi membantu kekawan guru dan pelajar untuk menyiapkan tugasan. Selamat berpanas kepala untuk agama.

Bagi berkongsi bahan syarahan agama, Insyaallah akan menyusulk. Doakan saya diberi kekuatan masa dan keupayaan untuk mencoret di ruang maya ini. Mohon teguran dan perkongsian sekiranya ada kesilapan. Allahu Akbar...

Imam Al-Ghazali

Pengenalan tentang Imam Al-Ghazali :
Beliau adalah Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Ahmad, dilahirkan pada tahun 450 H/1059 M di Thus daerah Khurasan. Ia dikenali dengan Al-Ghazali kerana ayahnya pemintal tenun wol atau kerana ia berasal dari desa Ghazalah. Beliau wafat pada tahun 505 H/1111 M.
Pendidikan

Pendidikan awal beliau dimulai di daerahnya iaitu belajar dengan Ahmad Ibnu Muhammad al-Razkani al-Thusi. Setelah itu beliau berpindah ke Jurjan mempelajari semua bidang agama dan bahasa yang dipimpin oleh Abu Nash al-Ismaili. Setelah tamat beliau kembali ke Thus mempelajari bidang tasawuf bersama Syeikh Yusuf al-Nassaj(wafat 487 H). Kemudian beliau berhijrah ke Nisyapur untuk belajar dengan Abul Ma'al al-Juwaini yang bergelar Imam al-Haramain. Setelah itu melanjutkan pelajaran kembali dalam bidang tasawuf bersama Syeikh Abu Ali al-Fadli Ibnu Muhammad Ibnu Ali al-Farmadi, dan beliau mulai mengajar dan menulis dalam ilmu Fiqh.
Setelah Imam al-Juwaini wafat, beliau berpindah ke Mu'askar mengikuti berbagai forum diskusi dan seminar kalangan ulama' dan intelektual, dan dengan segala kecemerlangannya menjadikan beliau seorang guru besar di perguruan Nidzamiyah di Baghdad pada tahun484 Hdisamping memberikan kuliah, beliau juga mengkaji falsafah Yunani dan falsafah Islam. Kecemerlangan, keharuman namanya dan kesenangan dunia yang melimpah ruah di baghdah melebehi ketika beliau di Mu'askar. Dikota ini beliau sakit dan secara tiba-tiba meninggalkan kota Baghdad dan mengundurkan diri dari kegelapan duniawi.
Mulai tahun 488 H/1095 M beliau ke Damaskus. Di masjid Umawi beliau ber'iktiqaf dan berzikir dipuncak menara sebelah barat sepanjang hari dengan makan dan minum yang terbatas. Beliau memaski suluk sufi dengan riyadhah dan mujahadah terus menerus seperti itu selama 2 tahun di Damaskus. Setelah itu beliau pergi ke Baitul Maqdis di Palestin. Setiap hari beliau memasuki Qubah Shahrah untuk berzikir, beliau juga ke al-Khalil menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s. Dari Palestin, beliau melaksanakan ibadah haji di Mekkah dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w di Madinah.
Beliau pernah kembali ke Baghdad untuk mengajar di Perguruan Nidzamiyah Baghdad, namun tidak lama kemudian beliau kembali ke Thus dan mendirikan Khanaqah untuk para sufi dan mendirikan madrasah untuk mengajar ilmu tasawuf.
Karya-karya hasil tulisan Al-Ghazali meliputi pelbagai bidang keIslaman, Kalam, Fiqh, Falsafah, Tasawuf dan lain-lain yang berbentuk pembukuan mahupun risalah.
Kitab-kitab Al-Ghazali yang membahas tentang tasawuf :
1. Mizan al-'Amal.
2. Al-Ma'arif al-Aqliah wa albab al-Hikmah al-Ilahiyyah.
3. Ihya' 'ulumuddin.
4. Al-Maqshad al-Astana fi Syarah Asma al-Husna.
5. Bidayat al-Hidayah.
6. Al-Madhnun bih 'ala Ghairi Ahlil.
7. Kaimiya al-Sa'adah.
8. Misykat al-Anwar.
9. Al-Munqidz Min al-Dhalal.
10. Al-Durrat al-Fakhirah fi Kasyaf 'Ulumi al-akhirah.
11. Al-Kasyaf wa al-Tabyin fi Ghurur al-Nas Ajma'in.
12. Minhaj al-'Abidin ila Jannati Rabbi al-'Alamin.
13. Al-Arba'in fi Ushul al-Din.
Tasawuf Al-Ghazali menghimpunkan akidah, syariat dan akhlak dalam suatu sistematik yang kuat kerana teori-teori tasawufnya lahir dari kajian dan pengalaman peribadi setelah melaksanakan suluk dalam riyadhah dan mujahadah yang intensif dan berkesinambungan, sehingga dapat dikatakan bahawa seumur hidupnya ia bertasawuf.
Dalam pandangannya, Ilmu Tasawuf mengandungi 2 bahagian penting :
1. berkenaan ilmu mua'malah dan bahagian.2. berkenaan ilmu mukasyafah.
Hal ini dihuraikan dalam karyanya Ihya' 'Ulumuddin, Al-Ghazali menyusun menjadi 4 bab utama dan masing-masing dibahagi dalam 10 fasal iaitu :
Bab pertama : tentang ibadah (rubu' al-ibadah)
Bab kedua : tentang adat istiadat (rubu' al-adat)
Bab ketiga : tentang hal-hal yang mencelakakan (rubu' al-muhlikat)Bab keempat : tentang magamat dan ahwal (rubu' al-munjiyat)
Menurutnya, perjalanan tasawuf itu pada hakikatnya adalah pembersihan diri dan pembeningan hati terus menerus sehingga mampu mencapai musyahadah. Oleh kerana itu ia menekankan pentingnya pelatihan jiwa, penempaan moral atau akhlak yang terpuji baik disisi manusia mahupun Tuhan.
Imam Al-Ghazali yang digelarkan Hujjatul Islam meninggal dunia dikota kelahirannya Thus pada hari isnin bersamaan 14 Jamadil akhir 505 H.

Kesilapan Calon SPM dalam Mengemukan Jawapan

Calon SPM sering terkeliru dalam memberikan jawapan yang tepat bagi memastikan mereka mendapat markah penuh dalam setiap ujian atau persoalan yang dikemukakan. Di sini ustaz mendedahkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. Pendedahan ini dibuat bagi mengelakkan pelajar mengulangi cara jawapan sebegini yang boleh merugikan calon. Antara kesilapan tersebut ialah :

1. Keliru dengan beberapa istilah yang seakan

a. Sembelihan, korban dan aqiqah
b. Nusyuz, li'an dan zihar
c. Sihir dan syirik
- biasa soalan sebegini meminta maksud kalimah dan disertakan dengan sebab/ punca/hikmat/ cara mengatasi dan sebagainya. Jadi, apabila calon tersilap memberi maksud perkataan di atas, ianya akan melibatkan soalan yang seterusnya yang memungkinkan anda bakal kehilangan sehingga 10 markah.

2. Jawapan payung atau jawapan yang membawa maksud yang sama.
Contohnya:
i. Jelaskan langkah-langkah menangani ajaran sesat
Jawapan:
i. adakan majlis-majlis agama
ii. mengadakan kelas berkaitan agama untu memahamkan masyarakat

b. Berikan kesan-kesan pengabaian pendidikan anak-anak
Jawapan: 
i. anak-anak akan kurang ajar kepada orang tua
ii. anak-anak akan derhaka kepada ibubapa

c. Terangkan akibat sihir
i. masyarakat menjadi kucar kacir
ii. kehidupan masyarakat menjadi kucar kacir

Jawapan-jawapan ini memberikan maksud yang sama yang melayakan calon hanya mendapat 2 markah sahaja sekira markah penuhnya 4 markah.

3. Jawapan umum

i. Sebutkan dua sifat peribadi Imam Ghazali
Jawapan - bijak
               - Rajin
               - bertaqwa
Sepatutnya, calon mengemukan perkara-perkara atau usaha-usaha yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali yang menunjukkan beliau seorang yang bijak, rajin dan bertaqwa.

4. Istilah yang berbentuk ibadah mestilah berakhir dengan kerana Allah (niat)
contoh:
i. Sembelihan : Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih kerana Allah.
ii. Haji : mengunjungi Baitullahi Haram di Mekah dengan melakukan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat tertentu dapa masa-masa tertentu kerana Allah.

Mudahnya, Ibadah yang dilakukan mestilah kerana Allah.

5. Jawapan yang terlampau ( Ekstrim)
Soalan : Apakah hukuman kepada pencuri?
Jawapan : kedua-dua tangannya dipotong
              : Kaki dan tangannya dipotong bersilang

Soalan : Apakah hukuman kepada penzina?
Jawapan : Disula didepan khalayak ramai
               : Mereka hendaklah disegera dinikahkan dan dipermudahkan urusan perkahwinannya

Jawapan ini sekalipun seakan betul tetapi ianya tetap salah dan mencemarkan kesucian Islam.

6. Tidak Menjawab persoalan yang dikemukakan, sebaliknya pelajar menulis apa yang mereka tahu tentang tajuk persoalan itu.
- Pelajar sepatutnya betul-betul memahami kehendak soalan ketika hendak mengemukakan jawapan.

7. Tidak Menjawab dan membiarkan kosong. Pelajar sekadar menulis inti jawapan.
- Tindakan seumpama ini amat merugikan pelajar kerana peperiksaan adalah pertarungan yang mesti dikemukan hujah sekalipun longgar dan dibimbangi salah.

8. Jawapan Yang tidak ada dalam Sukatan dan Tidak Di ajar guru
Contoh soalan
i. Sebutkan perkara-perkara makruh semasa sembelihan
Jawapan :
i. Haiwan yang disembelih masih kecil dan belum baligh (sejak bila pula haiwan ada umur baligh?)
ii. Haiwan yang ingin disembelih diratapi

semoga kesilapan-kesilapan yang ditunjukkan disini dapat dapat diperbaiki  meningkatkan mutu jawapan Pendidikan Islam SPM nanti. Selamat berusaha dan selamat maju jaya. Yakinlah, Keputusan Pendidikan Islam adalah maruah anda....


Keliru Ilmu dengan Pengetahuan Sedia Ada

Set induksi dan soal jawab dengan pelajar kerap kali akan bertemu dengan jawapan-jawapan pelajar yang didasarkan dengan pengetahuan yang sedia ada mereka.

Antara perkara yang sering menjadi kekeliruan pelajar Tingkatan 4 dan 5 ialah :-

i. Hukuman kepada penzina
- disulah

ii. perkara yang dilakukan semasa aqiqah
- Cukur Jambul

iii. amalan bertimbang semasa aqiqah
- timbang ibubapa atau timbang anak

iv. Istilah Qisas dan ketulahan
-   hukuman bagi mereka yang telah melakukan kejahatan kepada orang lain.

v. cara menyelesaikan isteri yang nusyuz
 -  Cerai

vi.  ciri-ciri calon isteri menurut Islam
- bersopan santun

Pengetahuan sedia ada ini, biasanya pengaruh daripada :-

a. amalan harian yang berlaku dalan masyarakat

b. filem-filem dan cerita-cerita

Cadangan cara mengatasi :
a. menyediakan bahan bacaan yang menjawab persoalan dan kekeliruan
b. menganjurkan majlis atau simulasi yang bersih daripada unsur kekeliruan
c. mengajak berfikir sebab dan asbab
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top