Senarai penerima pertama Biasiswa Nasional 2010

31/03/2010 8:14pm

KUALA LUMPUR 31 Mac - Berikut senarai 30 pelajar paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang diumumkan sebagai penerima pertama Biasiswa Nasional 2010.

1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)

2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya)

3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu)

4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)

5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)

6. Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak)

7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baharu)

8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka)

9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak)

10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping)

11. Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (MRSM Kota Baharu)

12. Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang)

13. Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)

14. Ahmad Zhafir Zulkfli@Zulkifli (SBPI Temerloh)

15. Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)

16. Ameenah Azman (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)

17. Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur)

18. Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baharu)

19. Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar, Melaka)

20. Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat)

21. Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang)

22. Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baharu)

23. Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak)

24. Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)

25. Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka)

26. Nurizzati Zainal Nazeri (Kolej Yayasan Saad, Melaka)

27. Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi, Tanah Merah, Kelantan)

28. Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)

29. Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)

30. Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani)

Tanggungjawab Guru Cemerlang

Dari MGCSabah menulis

Beberapa GC yang baru dilantik telah bertanya : “Apakah harus saya buat sekarang?”

Untuk GC DG 32 dan 34 yang telah hadir Kursus Grooming pada 3 - 5 November 2008, tuan/puan telah diberi beberapa petunjuk mengenai hal ini.

Untuk GC DG 44 dan 48 yang baru dilantik, Kursus Grooming yang dirancang untuk anda pada hujung bulan Jun tahun 2009 terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Adalah diharapkan kursus ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam keadaan sedemikian dan menyahut pertanyaan di atas, saya ingin memberi nasihat berikut :

1. Medan perjuangan utama anda adalah sekolah anda. Tuan/puan perlu memberi keutamaan kepada tugas-tugas anda di sekolah, khususnya P&P di bilik darjah. Buku rekod mengajar merupakan dokumen rujukan utama untuk menilai sejauh mana tuan/puan telah melaksanakan tugas-tugas anda.

2. Merancang program/aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar anda dengan mengambilkira berlainan TOV (take-of-value), keperluan dan stail pembelajaran mereka. Kajian tindakan boleh dilaksanakan untuk menilai usaha tuan/puan dalam hal ini.

3. Meningkatkan kualiti penyampaian (delivery) pelajaran anda dengan menggunakan pendekatan baru, ICT, pelbagai teknik mengajar, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Ini mungkin menghasilkan inovasi P&P dan boleh dijadikan amalan P&P terbaik.

4. Tuan/puan dapat berkongsi hasil kajian tindakan dan inovasi anda dengan warga pendidik di sekolah anda maupun medan yang lebih luas melalui penulisan dan pembentangan kertas kerja semasa kursus /seminar/persidangan di dalam dan luar sekolah serta multimedia seperti jurnal dan blog pendidikan.

5. Menunjukkan kepimpinan dalam tugas pengurusan kurikulum sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain porfolio.

6. Menyertai Pasukan Gerak SAGA Daerah untuk membantu Sektor Pengurusan Akademik dan Pejabat Pelajaran Daerah memantapkan pelaksanaan kurikulum di daerah anda. Adalah diharapkan para GC juga dapat menyumbang dalam program perkembangan profesionalisme guru-guru di daerah anda.

7. Dalam semua perkara di atas, dokumentasi adalah dimestikan. Melabur dalam sebuah kamera digital dan komputer laptop untuk melapor sebarang aktiviti anda, fail/folder/kotak untuk menyimpan bahan tulisan dan bahan bantu mengajar anda dan sebagainya. Adakan suatu sistem untuk mengatur semua ini.

Akhir sekali sebagai GC, tuan/puan dan saya dinilai oleh orang lain bukan hanya dalam hal kepakaran mata pelajaran tetapi juga penampilan diri dan cara kita berkomunikasi dengan mereka. Oleh itu, adalah wajar setiap GC memberi perhatian kepada hal penampilan diri dan cara berkomunikasi untuk memastikan martabat profesionalisme jawatan Guru Cemerlang di Sabah sentiasa disanjung.

Sumber : http://hannanfarhana.blogspot.com/2010/03/guru-cemerlang.html

Perang Bunga Ros

Dinasti Tudor (1485-1603M) telah membentuk Monarki kebangsaan apabila Henry VII (1485-1509M) menaiki tahta kekacauan yang timbul ketika Perang Bunga Ros (Wars Of The Roses). Peperangan ini dinamakan Peperangan Bunga Ros kerana keluarga yang merebut tahta memilih bunga ros putih bagi keluarga York dan Ros Merah lagi keluarga Lancaster sebagai lambang mereka.

Peperangan ini berlangsung selama 3 Peperangan ini berlangsung selama 30 tahun. Dalam peperangan ini, keluarga Bangsawan Inggeris telah menjadi lemah kerana persengketaan antara mereka membuka peluang kepada raja dan rakyat merampas kuasa.

Dalam satu peperangan, Richard III, raja terakhir daripada Keluarga Ros Putih mangkat dan Henry VII mengambil alih tahta. Henry VII mempunyai hubungan kekeluargaan dengan dua puak yang bersengketa. Henry VII meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery), pengekalan tentera persendirian dan pemakaian lambang kuasa sendiri, sebagai amalan golongan bangsawan. Oleh sebab prosedur biasa tidak berjaya memberikan keselamatan , kerana para saksi tidak berani memberi keterangan dan para juri takut untuk melukakan hati golongan bangasawan , Henry VII menggunakan majlis dirajanya sebagai mahkamah yang baru untuk berurusan dengan hal-hal harta benda dan keadaan yang mengganggu ketenteraman awam.

Badan ini , dianggap sebagai alat untuk mengukuhkan kedudukan raja. Pada awalnya ia memang popular kerana berjaya mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan

PBS: Sudah Bermula

Pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinabatangan telah memulakan langkah menuju kepada pelaksanaan PBS secara lengkap dan sistematik. Semua Penolong Kanan 1, Ketua-ketua Bidang dan Ketua Pentaksiran Kawasan di panggil ke Pusat Kegiatan Guru(PKG) pada 3 hb MAC 2010 untuk mendengar dan memberi taklimat dan berbengkel.

Program yang dikendalikan oleh En Saiful Nizam Abu Bakar (Pemangku Pengetua SMK Sukau) dan Pun Haidah Edwad (Penolong Kanan 1 SMK lamag) telah memberi inpak yang cukup baik kepada peserta bengkel. Menurut En Saiful, bengkel ini perlu disempurnakan dan difahami dengan baik kerana pada tahun ini Ketua Pentaksiran Kawasan tidak akan memantau ke sekolah kerana jabatan kekurangan budget. Pentaksiran ini menjadi tanggungjawab penuh pihak sekolah dan pentaksirnya.

Menurut En Saiful lagi, berkemungkinan ketua Pentaksiran Kawasan akan ditugas menyelaras dan menjadi pakar rujuk bagi guru-guru yang menghadapi masalah dalam pelaksanaan PBS.

Ust Mohd Zaidi, Ketua pentaksir daerah Kinabatangan telah membentangkan keperluan dan sikit muhasabah kepada pentadbir dan ketua Bidang untuk memperbaiki mutu pelaksanaan PBS diperingkat sekolah.

Selain itu, guru-guru pentaksiran Pendidikan Islam PMR juga boleh merujuk kepada blog ustazah Rusnani, Ketua Pentaksir Negeri Sabah.

Semoga dengan berjalan dan berjayanya bengkel ini, PBS dapat dilaksanakan dengan lancar dan menepati piawan yang dikehendaki Kementerian dan agama kita

Gotong Royong Membersih Surau

Setelah surau terbiar hampir dua bulan,lantaran cuti sekolah. Keadaannya agak tidak terurus terutama daun-daun yang memenuhi saluran air ke tangki wuduk dan debu-debu. Persatuan Pelajar Islam (PERPIS) mengambil inisiatif dengan mengadakan gotong royong membersih surau dan menebang pokok berhadapan surau yang sering menghamburkan daunnya diatas atap surau.

Ahli PERPIS turut membawa makanan dari rumah untuk dikongsi bersama semasa gotong royong tersebut. Kami rakamkan suasana gotong royong tersebut melalui gambar-gambar ini.










Hanya selansing (parang Pamol) yang kami terdaya sediakan










Setelah hampir 3 jam bertarung , tumbang jua pokok perkasa ini









Muslimat membersihkan dalaman dan bilik kuliah









Mencincang pokok yang tumbang
satu lagi kerja selanssing










Sudah ada pokok yang tumbuh di dalam saluran air hujan









Pokok selesai, muslimah menyediakan makanan membasahi tekak

Cara menyediakan Buku Tulis Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5

Murid digalakkan menyediakan 2 buah buku tulis.Buku tulis ini akan digunakan untuk 2 tahun iaitu untuk Tingkatan 4 dan 5.

Cara menyediakan buku nota adalah seperti berikut :-

Subjek

Pembahagian Kertas

Bidang Pelajaran

Wajaran Markah

Wajaran Pemberatan Nota

Pendidikan Islam

Kertas 1

Ulum Syariah

(BUKU 1)

Aqidah

30

32%

Ibadah

30

38%

Tamadun/ Tokoh

20

15%

Adab

20

15%

Kertas 2

Tilawah

(BUKU 2)

Bacaan Al-Quran

10

10 %

Hafazan

10

10%

Kefahaman

70

70%

Jawi

10

10%

Anggaran % ini adalah anggaran yang dibuat mengikut keperluan yang dirasakan oleh guru. Selain itu, pelajar dikehendaki memiliki fail peribadi untuk subjek pendidikan Islam. Fail ini bertujuan untuk menyimpan nota-nota yang diberikan oleh guru secara bercetak dan juga soalan-soalan ujian dan juga peperiksaan

Sesi Baru Sekolah Kembali Mengamit

Seminggu hari persekolahan hampir berakhir. Namun kekalutan dan suasana baru masih dapat dirasakan. Baik dari segi pendaftaran pelajar baru mahupun penepatan kelas serta pengagihan buku teks. SMK Bukit Garam tetap menjanjikan keceriaan dan suasana sekolah yang menyeronokan.Rutin tahun demi tahun tidak pernah membosankan.Guru dan murid bahagia dengan suasana dan iklim khatulistiwanya.

Kedatangan guru baru bakal menceriakan dan memajukan SMK Bukit Garam sebagai sekolah terulung di Kinabatangan. Seramai 7 orang guru baru yang terdiri daripada 4 orang guru perempuan dan 3 orang guru lelaki. 4 orang untuk sesi pagi dan 3 orang untuk sesi petang. Mereka kelihatan gembira dansemangat dengan suasana yang sedia ada. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke SMK Bukit Garam.

Kedatangan mereka sekurang-kurangnya mengubat luka kehilangan beberapa orang guru yang telah berpindah. Perpindahan cikgu Wan Khairil Izwan, Cikgu Samsul Nazli danCikgu Mariani Ahmad sudah ada pengganti sekalipun mungkin tidak menyamai khidmat yang mereka berikan. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru terbabit. Semoga tidak melupai kami di SMK Bukit Garam.

Alhamdulillah dari segi murid amat memberangsangkan. Pendaftaran tingkatan mencecah 300 orang. Padat sekolah. Pendaftaran juga menerima perpindahan pelajar dari sekolah lain terutama dari SMK Lamag.

Pengabungan kelas IT untuk tingkatan 4 telah dilakukan bagi memberi tumpuan kepada kelas aliran sastera. Ini menjadikan jumlah pelajar dikelas IT bertambah.

Keputusan PMR juga memberangsangkan. tahniah kepada adik Suziani Ahmad kerana memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR baru-baru ini.

Selamat Memulakan langkah Kanan untuk 2010.....................

Zihar

PENGERTIAN

Dengan nama Allah, bertemunya kembali untuk hari ini, dengan kebaikan yang sampaikan ini dapat membantu para pembaca dan berkongsi maklumat bersama dengan pembaca.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud

"Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun." -Al Mujadalah:2.

Seperti maksud firman Allah s.w.t dalam surah Al Mujadalah diatas menerangkan zihar adalah bermaksud menyamakan isteri dengan seorang ibu. Perbuatan ini adalah satu perbuatan mungkar, salah dan berdosa.

Kenapa surah ini diturunkan??

Bukti ternyata di zaman Rasullullah s.a.w di mana seorang isteri yang bernama Khaulah binti Sa'labah yang telah diziharkan oleh semuanya iaitu Aus bin Shamit dengan mengatakan "Engkau adalah sama dengan punggung ibuku"

Dengan kata-kata itu, zihar yang dilakukan seorang suami terhadap isteri adalah mungkar kerana perbuatan yang dilakukan adalah sama seperti menceraikan isteri ("itu yang dikatakan oleh seorang isteri bernama Khaulah binti Sa'labah lantas itu Khaulah bertemu dengan Rasulullah S.a.w tetapi dalam masa itu ,beliau tidak dapat memberi apa2 penerangan mengenainya dari ALLAH S.W.T, lantaran itu Khaulah terus mendesak untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka ALLAH S.W.T telah mewahyukan surah Mujadalah : 2 diatas

ALLAH S.W.T, menerangkan ayat diatas tentang zihar mengenai seorang suami menyamakan isteri dengan ibunya sama ada ibunya atau ibu siisteri, maka ia satu perkara yang berdosa dan salah dalam islam. Namun ia tidak akan menjatuhkan talak mahupun perceraian, dalam zihar ini adalah salah satu perbuatan yang berdosa dan salah, bagi seorang suami perlulah di hukum


RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar

PERINCIAN
Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:
Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama :-

1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama, Ulama Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato Abi Rabah, As-Syabi, An-Nakhaie, Al-Awzaie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim: Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu, 19/45)

Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

Syarat yang diperselisihkan :-
* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bagaimanapun Ulama Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaah, 4/499). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

Ulama Syafiiyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)
Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-
a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti: Dinda ni seperti bondaku. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijma di kalangan ulama tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mutie, 19/44)

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan atau Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan .

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )
c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat BadaI as-Sanai , 5/2129 )

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR
Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :
Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama Hanafi dan Maliki ( BadaI as-SanaI, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; Ianah at-Tolibin 4/37)
Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)

1. Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.

4. Istimta dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BAGIAMANAPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DENGAN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walaupun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri.

Jamuan Hari Raya :5 DAHLIA

Sambutan Hari Raya tetap disambut meriah sekalipun pelajar-pelajar semakin dekat untuk berhadapan peperiksaan SPM. Program bersama guru-guru dapat mengukuhkan lagi suasana dan semangat pembelajaran. Ianya juga bertujuan menghargai guru-guru yang telah banyak berusaha untuk mendidik para pelajar. Gambar ini mengisahkan:

Kek Sambutan Hari Raya

Masakan Sungai, Masakan Bugis dan Masakan Melayu Kelate, pilih je cikgu

Sambah Bah itu cikgu, berkeringkat kau nanti

Sedap bagi tahu kawan...... x sedap diam-diam

Itulah cikgu..... Sambil makan fikir dan bincang

Apalah yang difikir oleh Kaungselor sekolah ini

Guru-guru makan, kami bergambar pun kira dah kenyang

Bergambar kenangan kerana bakal menamatkan pengajian

Bergambar ngan cikgu.........

Kawal dan makan

Terima kasih Daun Keladi,
Cikgu Mahmudin dan Ust Zaidi,
Nanti,... lain kali jemput lagi
Kenyang perut semoga senang hati

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Kami guru-guru SMK Bukit Garam mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR
kepada semua calon PMR terutama calon SMK Bukit Garam

Selamat Maju Jaya. Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan Kalian

Kejayaan Anda Kebanggaan Kami
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top