PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

TUGASAN PELAJAR

BIDANG      : AQIDAH

ARAHAN : Sediakan nota dengan menggunakan peta I Think

1. Pengertian 
1.1 Syirik
1.2 Syirik jali
1.3 Syirik khafi
1.4 kufur
1.5 Murtad
1.6 Munafik
1.7 Khurafat
1.8 Sihir

2. Kepentingan Iman dalam Kehidupan

3. Senarai perkara-perkara yang membatalkan iman

4. Jenis-jenis syirik dan contohnya

5. Bahagian kufur dan contohnya

6. Cara menangani orang murtad dan sihir

7. Cara mengatasi khurafat dan sihir

8. Contoh - contoh perbuatan khurafat yang berlaku di tempat anda



LATIHAN

1. Terangkan sebab- sebab berlakunya syirik

2. Bezakan antara syirik dan kufur

3. Jelaskan punca berlakunya murtad dalam masyarakat kita

4. Apakah kesan murtad pada diri dan masyarakat

5. Jelaskan hikmah hukuman bunuh kepada orang yang murtad

6. Jelaskan akibat perbuatan sihir kepada individu dan masyarakat

7. Senaraikan kesan nifak kepada individu dan masyarakat

8. Segelintir masyarakat hari ini masih mengamalkan amalan nenek moyang mereka yang bercanggah dengan syariat Islam iaitu amalan khurafat seperti amalan mandi bunga untuk buang perkara malang dalam diri seseorang .

Apakah hujjah anda ?

9. Kadir mengatakan hukum Islam tidak sesuai pada zaman ini kerana dunia moden menuntut tolerasi yang tinggi, bukannya hukuman yang berat khususnya hukuman rejam bagi penzina dan hukuman potong tangan bagi pencuri . Apa pandangan anda?

KAEDAH MENJAWAB SOALAN KBAT

Soalan KBAT memerlukan  pelajar berfikirar asar tinggi dengan mengolah ayat ayat sehingga terbentuk satu keterangan yang lengkap. Penggunaan kata sambung memainkan peranan yang penting bagi mencapai kehendak soalan.Dibawah ini,saya senaraikan kata sambung yang boleh digunakan:-

1. agar
2. supaya
3. kerana 
4.agar
5. serta
6. sekiranya
7. semoga
8. hingga
9. sementara
10. setelah
11. ketika
12. dengan

Jawapan KBAT hendaklah dijawab dalam bentuk perenggan. Satu perenggan sudah memadai untuk menjawab persoalan tersebut.

4 perkara yang mesti ada ialah

1/ isi
- penggunaan perkataan selain itu, dan, serta boleh menyebabkan pertambahan isi

2/ huraian isi
- wacana- contoh dalam ayat lengkap. Penggunaan perkataan tertentu seperti Oleh itu, hal demikian

3/ huraian lengkap
sebab/ akibat/ contoh / dalil/ kesan

4/ kesimpulan (cadangan)
-  Ulang balik isi + agar, kerana, supaya......

Contoh soalan:

Stephenie  selalu mendengar Nurul Hikmah membaca al-Quran. Stephenie memberitahu Nurul Hikmah bahawa dia merasa tenang dan seronok apabila mendengar Nurul Hikmah membaca al-Quran. 

Sebagai seorang sahabat, apakah yang patut Nurul Hikmah lakukan dalam situasi ini

CONTOH JAWAPAN

1.  ISI

Sebagai seorang sahabat, Nurul Hikmah akan menerangkan maksud ayat suci al-Quran yang dibaca dengan baik

2. HURAIAN ISI

Supaya Stephenie  dapat memahami bait-bait ayat lalu tertarik untuk mendalami Islam

3/ HURAIAN LENGKAP

Dengan cara ini, Stephinie akan lebih terbuka dan selesa untuk mempelajari Islam bersama sama Nurul Hikmah.

4. KESIMPULAN

Konklusinya, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bergaul dengan baik antara bukan Islam supaya Islam dapat disebarkan dengan baik.


IMAN MUTIARA HIDUP


TINGKATAN : 5
BIDANG        : Ulum Syariah, bahagian AQIDAH
TAJUK            : IMAN MUTIARA HIDUP

TUGASAN:
Pelajar dikehendaki menyediakan nota menggunakan Peta I Think berdasarkan soalan-soalan berikut :-

1. Berikan Pengertian
1.1 Iman
1.2 Kemanisan iman

2. Sebab-sebab iman bertambah dan berkurang

3. Ciri -ciri orang yang bertambah iman

4. Martabat iman

5. Ciri-ciri orang yang merasai kemanisan iman (hulwatul iman)

6. Kesan iman kepada individu dan masyarakat

7. Senarai ibadah-ibadah sunat untuk meningkatkan iman

8. Abu Ubaidah Al Jarrah yang sanggup bertarung dengan bapanya yang musyrik dalam perang Badar merupakan orang yang mendapat kemanisan iman. Pada pendapat anda, bagaimanakah Abu Ubaidah Al Jarrah dapat mencapai martabat tersebut ( Soalan KBAT)

9. Menghafaz doa mengekalkan iman



Kenangan Pecutan Akhir SPM

Sekalipun SPM sudah berlalu
Anak anak pelajar berhamburan
Menunggu keputusan peperiksaan
Disamping menjalani kehidupan seharian
Samaada bersama keluarga melunaskan tuntutan
Samaada dijalanan mencari pekerjaan
Kenangan tahun lalu tetap diingatan
Semoga kalian berjaya dengan cemerlangan
Demi melakar kehidupan yang ceramah di masa depan


Malam peperiksaan

Semoga jadi kenangan indah dalam hidupmu

Pecutan akhir

Motivasi akhir di sekolah

Berabisssss

Layanan Baik Kepada Non Muslim

Latihan Pengukuhan Pelajar  Ayat 6 Surah At Taubah


1. Jelaskan sebab diperintahkan untuk memberi perlindungan kepada Non muslim?

2. Nyatakan bentuk perlindungan yang patut diberikan

3. Jelaskan impak positif perlindungan yang diberikan

4. Apakah tujuan Islam memberikan perlindungan kepada non muslim?

5. Cadangkan cara memberi perlindungan kepada non muslim yang berminat dengan Islam.

6. Berikan pengertian dakwah

7. Terangkan dua cara berdakwah yang disebut di dalam ayat di atas.

8.terangkan persediaan umat Islam untuk menghadapi musuhnya.

9. Terangkan pengajaran ayat di atas

SELAMAT MENYAIPKAN TUGASAN

Latihan Surat At Taubah ayat 1 hingga 40

Latihan Surah At Taubah, sesi kelas Pertama
Bidang Tilawah


1. Senaraikan nama nama lain bagi surah At Taubah

2. Terangkan pengertian dan hukum membacanya  pada awal surah
     2.1 Basmallah
     2.2 Istiaizzah

3. Kenapakah tidak disunatkan membaca basmallah pada awal surah at taubah?

4. Berikan pengertian qalqalah dan senaraikan huruf hurufnya

5. Terangkan jenis-jenis qalqalah berserta contoh-contohnya

6. Berdasarkan ayat 5, surah at Taubah, tulis semula kalimah-kalimah yang mengandungi hukum qalqalah

ZINA DAN QAZAF



Surah an-Nuur ayat 2 - 5

1.Sebutkan pengertian/takrif  zina dan hukumnya.
i. .Zina ialah melakukan hubungan jenis/persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa   ikatan pernikahan yang sah mengikut hukum syarak. 

ii. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

2.Terangkan punca/sebab/faktor berlakunya perbuatan zina.
i.      tidak mempunyai didikan agama yang cukup.
ii.    pergaulan bebas - pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa   segan silu dan batasan mendorong mereka melakukan perbuatan zina.
iii.    
terpengaruh dengan filem-filem lucah dan majalah-majalah yang memberahikan.

3. Nyatakan akibat/kesan buruk berlakunya zina kepada individu dan masyarakat.
         i.mendatangkan  penyakit seperti AIDS atau siflis.
        ii.merosakkan maruah diri dan keturunan.
        iii.memporak-perandakan rumahtangga.
    iv.melahirkan masyarakat yang tidak bermoral,berakhlak dan tidak bermaruah.

 4. Terangkan bagaimanakah caranya/langkah mengatasi berlakunya zina.
a-    Memahami dan menhayati ajaran Islam bersungguh-sungguh.
b-    Menguatkan keimanan kepada ALLah.
c-    Bergaul dengan orang-orang yang soleh dan baik.
d-    Menggelakkan diri daripada bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.

5. Apakah hukuman terhadap orang berzina/hukum hudud mengikut al-Quran.

Hukuman hudud terhadap mereka yang berzina terbahagi kepada dua iaitu:
         i.             direjam dengan batu terhadap penzina yang telah berkahwin.
        ii.              disebat seratus kali sebatan terhadap penzina yang masih bujang.

6. Sebutkan kesan -kesan buruk yang timbul daripada menuduh zina terhadap perempuan baik (qazaf)
         i.mewujudkan permusuhan yang akan memporak porandakan   masyarakat.
        ii.menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak    yang menuduh dan pihak yang kena tuduh.
        iii.pihak yang kena tuduh akan mengalami tekanan jiwa dan perasaan   yang membawa kepada  
            kejadian yang tidak diingini.
        iv.zuriat yang lahir hasil daripada tuduhan berzina akan menjadi  mangsa fitnah yang membawa
           kesengsaraan sepanjang hidupnya.
        v.rumahtangga yang aman akan menjadi porak poranda.

7. Terangkan hukuman terhadap “orang yang menuduh zina” kepada seseorang.
  • Hendaklah membawa 4 orang saksi. Jika tidak
  • Dia akan disebat sebanyak 80 kali.

8. Tuliskan ciri-ciri atau sifat-sifat wanita solehah

a.Sentiasa memelihara maruah dan harga diri dengan mempamerkan akhlak  yang baik dan mulia.
b.Berpegang teguh dengan ajaran agama, tidak mudah terpengaruh dengan  gejala mungkar. 
c.Menjaga nama baik diri,ibu bapa, keluarga dan suami. d.Sentiasa berpakaian menutup aurat.

Amali sembelihan

Program rutin Panitia Pendidikan Islam, SMK Bukit Garam ialah amali sembelihan yang melibatkan pelajar tingkatan 4. Program yang bertujuan mendedahkan kepada pelajar secara praktikal penyembelihan berkonsepkan halalan toyiba.

Program ini juga bertujuan membuka minda pelajar untuk melakukan sembelihan sendiri untuk makanan harian mereka. Ini memandangkan kepada senario masyarakat yang selesa membeli ayam paket dari kedai yang tidak diketahui sejauhmana proses penyembelihan mereka menepati syara.

Selain itu, program seumpama ini boleh menyedarkan pelajar sebagai anggota masyarakat untuk menternak sendiri binatang bagi mendapatkan kesegaran makanan dan membina ekonomi sara diri atau komersil..
 Proses mencabut bulu ayam
 Susah nak cakap...
 Memperkenalkan urat halkum dan urat merih yang sudah putus

Bengkel Panitia Pendidikan Islam PPD Beluran

Pihak pejabat Pelajaran Beluran telah mengambil langkah pro aktif dalam meningkatkan pengurusan panitia Pendidikan Islam di daerah Beluran. Saya diberi kesempatan untuk bersama- sama dengan guru-guru agama dari SMK Beluran Bestari, SMK Beluran II, SMK Pamol, SMK Simpangan, SMK Balaban Jaya, SMK Terusan Sugut .

Antara pengisian bengkel termasuklah plan strategik, plan operasi, kajian tindakan dan kaedah Pdp berkesan. Turut disentuh tentang KBAT Pendidikan Islam dan teknik menjawab SPM

 Pembentangan kajian Tindakan
Antara Ketua Panitia yang ikut serta

 Perkongsian kaedah mengajar kelas uncit

 Kaedah mengajar dari SMK Balaban Jaya
 Antara Ketua Panitia ustazah dari SMK

 Perkongsian yang menarik dalam pdp
 Perkongsian teknik mengajar daripada Ust Tajudin
 Cenderahati pengendali bengkel daripada wakil PPD beluran
Bergambar setelah tamat bengkel

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2015

Alhamdulilah, sambutan hari guru kali ini, kami Majlis Guru Cemerlang Sandakan diberi amanah untuk membaca ikrar Hari Guru dan pameran Inovasi.

Program sambutan yang berlangsung pada 28hb Mei di Dewan Sri Libaran ini telah memberi imput yang banyak kepada kami terutama berkesempatan bertemu dan berbincang dengan tokoh tokoh guru yang mendapat pengiktirafan pada hari guru tersebut.

Ringkasnya, saya sertakan gambar-gambar untuk berbicara
 Persiapan tempat pameran 2 hari sebelum program
Sedang berdebar untuk naik ke pentas dengan pakaian guru yang beraneka
Bergambar setelah selesai upacara bacaan ikrar Hari Guru

 Dengan tekad yang tegar melonjak pendidikan negara
Guru cemerlang dari daerah Kinabatangan

Teman seperjuangan dan seiring
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top