LINK UNTUK TAJUK AURAT

1. Tentang aurat
https://www.youtube.com/watch?v=8YFaRwuISQ0

2. Kewajipan menutup aurat wanita
https://www.youtube.com/watch?v=XL-0xo-_xWI

3. Kesilapan tentang aurat
https://www.youtube.com/watch?v=e0q7I8CZNRk&spfreload=5

4. Renungan Untuk Muslimah
https://www.youtube.com/watch?v=e0q7I8CZNRk&spfreload=5

5. Dengan siapa aurat wajib ditutup
https://www.youtube.com/watch?v=NRswT19n2YE

6. Cara mengelak bersalam dengan bukan mahram
https://www.youtube.com/watch?v=34pkLJmV1G4

7. Hukum Bersalam Lelaki  dan Perempuan
https://www.youtube.com/watch?v=GrJbDsMG7ok

8. Aurat abang ipar dan adik ipar
https://www.youtube.com/watch?v=CW00EqR4vJ4

9. Hukum adik beradik isteri tinggal serumah
https://www.youtube.com/watch?v=mkcNIEST04I

10. Aurat Isteri dengan keluarga suami
https://www.youtube.com/watch?v=WkwVcJcbo88

11. Aurat Kaki wanita
https://www.youtube.com/watch?v=YEt6w_6qh4Q

12. Pakai Tudung Tidak tutup Dada
https://www.youtube.com/watch?v=YEt6w_6qh4Q

13.Hukum bersms, atau berwhatsap dengan bukan mahram
https://www.youtube.com/watch?v=xdgJSy2wysE

14. Azab Tidak Menutup Aurat
https://www.youtube.com/watch?v=Uqj7NMvTp0E

15. Adab berpakaian
https://www.youtube.com/watch?v=Uqj7NMvTp0E

CIRI-CIRI MUKMIN YANG BERJAYA

Ayat 1 hingga ayat 4 surah al mukminun

قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ‏ ﴿23:1﴾ الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ خَاشِعُوۡنَ ۙ‏ ﴿23:2﴾ وَالَّذِيۡنَ هُمۡ عَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضُوۡنَۙ‏ ﴿23:3﴾ وَالَّذِيۡنَ هُمۡ لِلزَّكٰوةِ فَاعِلُوۡنَۙ‏ ﴿23:4


Maksud ayat 1 hingga ayat 4 surah al mukminun

قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ‏ ﴿23:1
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman

Ayat 1 – Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya


 الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ خَاشِعُوۡنَ ۙ‏ ﴿23:2
2. (Iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya


Ayat 2 – Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya – sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati

وَالَّذِيۡنَ هُمۡ عَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضُوۡنَۙ‏ ﴿23:3
Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna
 وَالَّذِيۡنَ هُمۡ لِلزَّكٰوةِ فَاعِلُوۡنَۙ‏ ﴿23:4
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat

Ayat 3 dan 4 – Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat

PENGAJARAN AYAT


1. Sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk sesuai dengan  tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya.

2. Kita hendaklah sembahyang dengan khusyuk dengan meninggalkan segala lintasan dunia

3. Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita

4. Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita

5. Kita hendaklah menunaikan zakat kerana dengan berzakat boleh membersihkan harta benda yang diperolehi.

SOALAN LATIHAN

1. Senaraikan ciri-ciri mukmin yang berjaya

2. Berikan pengertian khusyuk

3. Terangkan cara-cara untuk kusyuk dalam solat

4. Berikan pengertian lagha

5. Senaraikan contoh-contoh perbuatan lagha

6. Jelaskan kesan lerbuatan lagha kepada masyarakat

7. Terangkan cara-cara untuk mengelak daripada melakukan perbuatan lagha

8. Berikan pengertian zakat

9. Senaraikan jenis-jenis zakat dan pengertiannya

10. Jelaskan kepentingan zakat kepada individu dan masyarakat

MAKANAN YANG BAIK

عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له – رواه مسلم
Maksudnya: 

Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu. Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu?

ALLAH SUKAKAN YANG BAIK SAHAJA
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين
Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul

HENDAKLAH MEMILIH REZEKI YANG BAIK

فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم
Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu.

DOA DI TOLAK KERANA  MAKAN MINUM, PAKAIAN  DAN SUAPAN YANG HARAM
ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له
Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu

LATIHAN MAKANAN YANG BAIK

1. Berikan maksud makanan yang baik.

2, Bezakan makanan yang baik dengan makanan yang halal

3. Senaraikan ciri- ciri binatang yang haram di makan

4. Senaraikan  contoh-contoh jenis makanan yang baik

5. Apakah kaitan makanan yang baik dengan amal soleh

6. Jelaskan hikmah memakan makanan yang baik

7. Senaraikan ciri-ciri pakaian yang baik

8. Berikan pengertian rukhsah

9. Jelaskan syarat-syarat rukhsah

ADAB BERFIKIR [LATIHAN]

SOALAN LATIHAN

1. Senaraikan sumber berfikir

2. Terangkan cara berfikir

3. Jelaskan peranan aqal

4. Terangkan dua sebab manusia perfikir  tentang alam

5. Terangkan cara berfikir mengikut Islam dan logik akal

6. Jelaskan cara menajamkan aqal fikiran

7. Terangkan Hikmah berfikir menurut Islam

Bengkel KBAT

para peserta kusyuk membuat catatan
latihan turut diberikan bagi memastikan pelajar dapat menguasai
Jjhj
kusyuk atau lemas
perbincangan menyelesaikan kekeliruan

pelajar memdapat bimbingan fasilitator

atur bha`....

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

TUGASAN PELAJAR

BIDANG      : AQIDAH

ARAHAN : Sediakan nota dengan menggunakan peta I Think

1. Pengertian 
1.1 Syirik
1.2 Syirik jali
1.3 Syirik khafi
1.4 kufur
1.5 Murtad
1.6 Munafik
1.7 Khurafat
1.8 Sihir

2. Kepentingan Iman dalam Kehidupan

3. Senarai perkara-perkara yang membatalkan iman

4. Jenis-jenis syirik dan contohnya

5. Bahagian kufur dan contohnya

6. Cara menangani orang murtad dan sihir

7. Cara mengatasi khurafat dan sihir

8. Contoh - contoh perbuatan khurafat yang berlaku di tempat anda



LATIHAN

1. Terangkan sebab- sebab berlakunya syirik

2. Bezakan antara syirik dan kufur

3. Jelaskan punca berlakunya murtad dalam masyarakat kita

4. Apakah kesan murtad pada diri dan masyarakat

5. Jelaskan hikmah hukuman bunuh kepada orang yang murtad

6. Jelaskan akibat perbuatan sihir kepada individu dan masyarakat

7. Senaraikan kesan nifak kepada individu dan masyarakat

8. Segelintir masyarakat hari ini masih mengamalkan amalan nenek moyang mereka yang bercanggah dengan syariat Islam iaitu amalan khurafat seperti amalan mandi bunga untuk buang perkara malang dalam diri seseorang .

Apakah hujjah anda ?

9. Kadir mengatakan hukum Islam tidak sesuai pada zaman ini kerana dunia moden menuntut tolerasi yang tinggi, bukannya hukuman yang berat khususnya hukuman rejam bagi penzina dan hukuman potong tangan bagi pencuri . Apa pandangan anda?

KAEDAH MENJAWAB SOALAN KBAT

Soalan KBAT memerlukan  pelajar berfikirar asar tinggi dengan mengolah ayat ayat sehingga terbentuk satu keterangan yang lengkap. Penggunaan kata sambung memainkan peranan yang penting bagi mencapai kehendak soalan.Dibawah ini,saya senaraikan kata sambung yang boleh digunakan:-

1. agar
2. supaya
3. kerana 
4.agar
5. serta
6. sekiranya
7. semoga
8. hingga
9. sementara
10. setelah
11. ketika
12. dengan

Jawapan KBAT hendaklah dijawab dalam bentuk perenggan. Satu perenggan sudah memadai untuk menjawab persoalan tersebut.

4 perkara yang mesti ada ialah

1/ isi
- penggunaan perkataan selain itu, dan, serta boleh menyebabkan pertambahan isi

2/ huraian isi
- wacana- contoh dalam ayat lengkap. Penggunaan perkataan tertentu seperti Oleh itu, hal demikian

3/ huraian lengkap
sebab/ akibat/ contoh / dalil/ kesan

4/ kesimpulan (cadangan)
-  Ulang balik isi + agar, kerana, supaya......

Contoh soalan:

Stephenie  selalu mendengar Nurul Hikmah membaca al-Quran. Stephenie memberitahu Nurul Hikmah bahawa dia merasa tenang dan seronok apabila mendengar Nurul Hikmah membaca al-Quran. 

Sebagai seorang sahabat, apakah yang patut Nurul Hikmah lakukan dalam situasi ini

CONTOH JAWAPAN

1.  ISI

Sebagai seorang sahabat, Nurul Hikmah akan menerangkan maksud ayat suci al-Quran yang dibaca dengan baik

2. HURAIAN ISI

Supaya Stephenie  dapat memahami bait-bait ayat lalu tertarik untuk mendalami Islam

3/ HURAIAN LENGKAP

Dengan cara ini, Stephinie akan lebih terbuka dan selesa untuk mempelajari Islam bersama sama Nurul Hikmah.

4. KESIMPULAN

Konklusinya, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bergaul dengan baik antara bukan Islam supaya Islam dapat disebarkan dengan baik.


IMAN MUTIARA HIDUP


TINGKATAN : 5
BIDANG        : Ulum Syariah, bahagian AQIDAH
TAJUK            : IMAN MUTIARA HIDUP

TUGASAN:
Pelajar dikehendaki menyediakan nota menggunakan Peta I Think berdasarkan soalan-soalan berikut :-

1. Berikan Pengertian
1.1 Iman
1.2 Kemanisan iman

2. Sebab-sebab iman bertambah dan berkurang

3. Ciri -ciri orang yang bertambah iman

4. Martabat iman

5. Ciri-ciri orang yang merasai kemanisan iman (hulwatul iman)

6. Kesan iman kepada individu dan masyarakat

7. Senarai ibadah-ibadah sunat untuk meningkatkan iman

8. Abu Ubaidah Al Jarrah yang sanggup bertarung dengan bapanya yang musyrik dalam perang Badar merupakan orang yang mendapat kemanisan iman. Pada pendapat anda, bagaimanakah Abu Ubaidah Al Jarrah dapat mencapai martabat tersebut ( Soalan KBAT)

9. Menghafaz doa mengekalkan iman



Kenangan Pecutan Akhir SPM

Sekalipun SPM sudah berlalu
Anak anak pelajar berhamburan
Menunggu keputusan peperiksaan
Disamping menjalani kehidupan seharian
Samaada bersama keluarga melunaskan tuntutan
Samaada dijalanan mencari pekerjaan
Kenangan tahun lalu tetap diingatan
Semoga kalian berjaya dengan cemerlangan
Demi melakar kehidupan yang ceramah di masa depan


Malam peperiksaan

Semoga jadi kenangan indah dalam hidupmu

Pecutan akhir

Motivasi akhir di sekolah

Berabisssss

Layanan Baik Kepada Non Muslim

Latihan Pengukuhan Pelajar  Ayat 6 Surah At Taubah


1. Jelaskan sebab diperintahkan untuk memberi perlindungan kepada Non muslim?

2. Nyatakan bentuk perlindungan yang patut diberikan

3. Jelaskan impak positif perlindungan yang diberikan

4. Apakah tujuan Islam memberikan perlindungan kepada non muslim?

5. Cadangkan cara memberi perlindungan kepada non muslim yang berminat dengan Islam.

6. Berikan pengertian dakwah

7. Terangkan dua cara berdakwah yang disebut di dalam ayat di atas.

8.terangkan persediaan umat Islam untuk menghadapi musuhnya.

9. Terangkan pengajaran ayat di atas

SELAMAT MENYAIPKAN TUGASAN

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top