aSambutan maulidur Rasul kali ini dengan mengadakan Pertandingan kuiz antara rumah sukan. Konsepnya, setiap rumah sukan menghantar 4 wakil untuk mewakili rumah sukan mereka di pentas. Soalan terbuka turut diberikan kepada pelajar lain supaya mereka dapat membantu rumah sukan mereka mendapat markah tambahan.
Setiap tingkatan diberikan soalan mengikut sukatan pelajaran dalam bidang Tamadun Islam dan juga ibadah. Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 6, sukatan melibatkan Tamadun Islam kertas 1. Program dikendalikan oleh pelbagai guru dengan juri dari kalangan guru dari setiap rumah sukan. Guru Pendidikan Islam bertindak sebagai pengubal soalan dan juga pemantau program supaya perjalanan program.
Sambutan pelajar dan guru-guru amat memberangsangkan. Saya bercadang untuk berkongsi soalan- soalan kuiz yang disediakan oleh teman-teman saya dari tingkatan 1 hingga 6, sekiranya keadaan mengizinkan.
Pada perkiraan saya, soalan- soalan ini juga boleh digunakan untuk PDP di dalam kelas nanti .
Kaedah kuiz ini juga menyebabkan pelajar akan mengulangkaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh kerana semangat untuk menang dan meraih penghormatan itu tinggi. Selain itu juga, pertandingan melalui kiraan mata rumah sukan akan memberi peluang kepada pelajar yang tidak aktif sukan dapat menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak PK ko-kurikulum kerana menerima cadangan kami. Tidak lupa penghargaan kepada semua guru yang menjayakan program ini.
0 comments:
Post a Comment