Setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sekolah terulung di Kinabatangan, aku dengan berat hati akan meninggalkan sekolah yang telah mendewasakan aku dan mencipta terlalu banyak kenangan manis walaupun sesekali dilambung ombak. Itulah adat resam dalam membina kerjaya dan diri.
Mengenang peristiwa penempatan awal sebagai guru kementerian Pelajaran Malaysia setelah aku meninggal Yayasan Islam Kelantan dengan tekad untuk mencuba suasana baru. Aku memilih untuk ditempatkan di Sabah atas dasar ruang dakwah yang luas yang dikhabarkan kepadaku oleh anak anak Sabahan. Setiba di Kota Kinabalu, aku bertemu dengan kawan-kawan yang sudah bertugas di Sabah, ada beberapa orang sahabat yang menawarkan diri untuk berjumpa dengan pegawai penempatan untuk menempatkan aku dibeberapa sekolah dibandar Kota Kinbalu dan Sandakan. aku menolak tawaran tersebut kerana ingin ditempatkan di tempatkan tidak akan aku jangka. tepatlah kata Ketua Sektor Pendidikan Islam Sabah ketika itu, Ybrs Ust Muhammad Deraman bahawa surat penempatan yang diberikan nanti dianggap sebagai 'suratan takdir".
Suratan takdir yang kuterima bertulis SMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN menimbulkan berbagai andaian di dalam kepalaku. Setahu aku Kinabatangan ini terkenal dengan kawasan pembalakkan ketika belajar ilmu geografi diperingkat sekolah menengah. rupanya, aku tidak keseorangan, bersama aku juga dua orang pelajar Maktab Perguruan Islam lepas Jordan iaitu Ust Bakri Aziz dan Ust Khairul Anuar.
Kami diterbangkan dari lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju Lapangan Terbang Sandakan. Di Sandakan, kami disambut oleh dua orang guru dari SMK Bukit Garam yang berkereta Nissan Sunny. Ku coretkan nama mereka di sini sebagai menghargai jasa baik mereka. Mereka ialah pemilik kereta nissan Sunny Cikgu Japri Kasran, Ust Mahadi .Murah. Mereka sedikit kalut, bila kereta mereka tidak dapat menampung kami. Kedengaran mereka bertelefon ke sekolah minta jalan kerana seorang ustaz membawa isteri bersama. Akulah itu yang bawa isteri. sebagai jalan penyelesaian mereka terpaksa menyewa sebuah teksi untuk membawa aku dan isteri dan diiringi oleh Ustaz Mahadi. sepanjang perjalanan, Ust Mahadi memberi gambaran tentang Kinabatangan dan juga SMK Bukit Garam. Aku ingatkan dia sudah lama di Kinabatangan, rupanya baru hujung tahun lepas guru kelahiran Sabak Bernam ini diposting..mungkin kerana keseronokkan menerima rakan baru...
Sepanjang perjalanan, banyak kali aku terlelap mata dan tercelik..bila kucelik hanya sawit sahaja yang kusaksikan.Kerap juga ku bertanya Ust Mahadi tentang jaraknya. Ust Mahadi menyabarkan aku. Kami sampai di sekolah di waktu petang. Sesi sekolah petang sedang berjalan. Kami melaporkan diri kepada Penolong Kanan HEM, Tn Hj Ismail Jusoh, juga seorang ustaz yang berasal dari Terenggaanu. Aku ditempatkan di rumah sementara di Rumah Pengetua yang kosong sekian lama. Sementara Ust Khairul dan Ust Bakri yang masih bujang ditempatkan di flat bersama geng-geng bujang termasuk Ust Mahadi. Bermula pada hari itulah 8hb Februari 2001 aku menjadi warga SMK Bukit Garam, Kinabatangan.....Bersambung, InsyaAllah
SENIKATA LAGU PUTERI ISLAM
Puteri
Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Date: Saturday, July 14, 2018
Labels: Ko_kurikulum
Labels: Ko_kurikulum
IKRAR PUTERI ISLAM
IKRAR
BAHAWA KAMI,
AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :
Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
- Memperkukuhkan iman dan
memperbaiki akhlak
- Membangunkan diri dengan sempurna
- Mengukuhkan silaturrahim sesama
puteri
- Berkhidmat untuk keluarga,
masyarakat dan negara
Date:
Labels: Ko_kurikulum
Labels: Ko_kurikulum
DOA HARI CERAMAH PDP ABAD KE 21 GURU CEMERLANG
Segala puji dan puja selayaknya untukMu Ya Allah, selawat dn salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw, kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.
اللهم ءانت العزيز الجليل
Kami menadah tangan pada pagi ini, dalam majlis Ceramah Abad Ke 21, bagi merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapMu, di atas kurnianMu yang tidak ternilai bagi kami.
اللهم يا الله يا رحمن يارحيم
Sesungguhnya kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara ke arah kecemerlangan. Justeru, suburkanlah dalam diri kami semangat dan iltizam kami untuk berbudaya cemerlang. Cemerlang akhlak, cemerlang pendidikan, cemerlang berkeluarga, cemerlang bermasyarakat dan seterusnya cemerlang dalam bernegara.
اللهم يا الله يا فتاح يا عليم
Permudahkan urusan kami, ilhamkanlah dalam fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif dan berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami,eratkanlah saliturrahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.
اللهم ياکريم يا ودود
ربنا عليک توکلنا واليک انبنا واليک المصير

Date: Wednesday, February 28, 2018
KEM SKOR A PENDIDIKAN ISLAM
Seramai 30 orang pelajar terpilih daripada 6 kelas tingkatan 5 untuk menyertai Kem Skor A Pendidikan Islam. Namun demikian dua orang pelajar tidak dapat hadir . Kem dibawah bimbingan Ust Ahmad Sihabuddin, Ust Zaidi dan Ustazah Saidah ini berlangsung selama dua hari pada cuti hujung minggu iaitu pada 7 hingga 8 November.
Pelajar didedahkan dengan soalan-soalan ramalan dan soalan percubaan dari sekolah dan negeri terpilih. Selain daripada itu, pelajar didedahkan dengan tips-tips untuk mendapat markah yang terbaik di dalam peperiksaan SPM nanti.

![]() |
| Belajar ala belajar di rumah |
![]() |
| Fokus dan bersemangat |
![]() |
| Draf jawapan sebelum membina jawapan lengkap |
![]() |
| Bimbingan berterusan guru amatlah penting |
![]() |
| Ketelitian untuk memahami soalan dapat mengelak jawapan payung |
![]() |
| Jawapan disusun dengan kemas bagi memudahkan semakan |
![]() |
| Sendiri lah kerana tiada siapa pun yany dapat menolong diri kamu kecuali diri kamu sendiri |
Date: Sunday, October 8, 2017
Labels: Aktiviti
Labels: Aktiviti
PROGRAM SINAR HARAPAN
![]() |
| Suasana di bilik ujian |
![]() |
| Cuit cuit imam dan pentazkirah |
![]() |
| Tazkirah selepas solat fardu |
![]() |
| Ucapan alu aluan pengarah program |
![]() |
| Peserta kusyuk menjawab soalan |
Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pendidikan Islam di SMK Bukit Garam, Pihak panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program sinar Harapan yang melibatkan 70 orang pelajar dalam jalur kuning untuk dibentuk dan dibimbing bagi meningkatkan pencapaian mereka.
Program tiga hari ini bermula pada 29 september hingga 01 Oktober di sekolah. Program yang disi dengan ceramah motivasi, bimbingan kaedah menjawab sempurna, latih tubi tajuk tajuk tunding dan turut diberi keutamaan pengukuhan kerohanian.
Waktu rehat jam 9.30 diisi dengan solat sunat dhuha dan solat hajat. Manakala selepas solat zohor dan asar diisi dengan tazkirah oleh pelajar dengan tajuk-tajuk yang terkandung dalam bab tilawah atau kertas 2.
Sementara itu, pelajar turut dilibatkan dengan gotong royong menceriakan surau sebagai ganti riadah. Sementara itu, kuliah maghrib, insya dan solat sunat malam tidak dapat dilakukan kerana program pada kali ini tidak dibenarkan melibatkan waktu malam kerana mengambilkira beberapa faktor.
Semua guru pendidikan Islam turut dilibatkan bagi membantu guru-guru SPM.
![]() |
| Pakaian sekolah di majlis perasmian |
![]() |
| Majlis perasmian program |
![]() |
| En Azmi Datu Tambung menyampaikan ceramah motivasinya |
![]() |
| Peserta dan guru pembimbing bergambar kenangan |
![]() |
| Peserta fokus kepada apa yang disampaikan |
![]() |
| Akademik dan kerohanian mestilah beriringan |
![]() |
| Ujian awal untuk menjadi kayu ukur sebelum dan selepas program |
Date: Saturday, October 7, 2017
Gotong Royong Menbina Paip Wuduk
![]() |
| Menggunakan air tangki dari bumbung sekolah |
![]() |
| Pelajar 5 Anggerik dan Dahlia menyumbang khidmat |
![]() |
| Guru bukan hanya membimbing akademik tetapi bimbingan survival kehidupan |
![]() |
| peluang menyumbang kepada sekolah sentiasa dinantikan |
![]() |
| Kerja memerlukan kepada fokus, begitu juga pembelajaran |
![]() |
| pakaian kemas guru dan pelajar tidak menghalang untuk gaul simen |
![]() |
| Kerjasama membawa berkat |
![]() |
| beramal kerana Allah |
Date:
Labels: Aktiviti
Labels: Aktiviti
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
1. MENCEMARKAN
1.1 kesucian Al-Quran dan hadis seperti mengubah, memansuh, mempertikai atau membuat tafsiran menyeleweng
2. MENGUBAH
2.1 prinsip-prinsip asas dalam aqidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama
2.3 konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa menebus dosa kepada seseorang.
3. MENDEWA-DEWAKAN
3.1 pemimpin sehingga dianggap maksum, nabi, jelmaan tuhan
3.2 sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia dalam doa atau jampi
4. MENOLAK
4.1 perkara-perkara yang Qati'ie
4.2 hadis mutawatir atau hadis secara umum
5. MENDAKWA
5.1 boleh melakukan perkara-perkara pelik dan ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para rasul, malaikat dan para wali Allah

2.2 bentuk-bentuk ibadah seperti mengurangkan ibadah puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat.
2.3 konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa menebus dosa kepada seseorang.
3. MENDEWA-DEWAKAN
3.1 pemimpin sehingga dianggap maksum, nabi, jelmaan tuhan
3.2 sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia dalam doa atau jampi
4. MENOLAK
4.1 perkara-perkara yang Qati'ie
4.2 hadis mutawatir atau hadis secara umum
5. MENDAKWA
5.1 boleh melakukan perkara-perkara pelik dan ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para rasul, malaikat dan para wali Allah
Date: Sunday, July 16, 2017
Labels: Aqidah : Ting 5
Labels: Aqidah : Ting 5
SYIAH DAN KHAWARIJ
LATIHAN
1. Berikan pengertian mazhab syiah
2. Terangkan sejarah kemunculan kumpulan Syiah dan Khawarij
3. Terangkan jenis-jenis Syiah
4. Jelaskan pegangan-pegangan mazhab Syiah
5. Terangkan perbezaan antara aqidah Syiah dan Aqidah Ahlil Sunnah Wal Jamaah.
6. Berikan pengertian Khawarij
7. Jelaskan kumpulan-kumpulan Khawarij
8. Terangkan pegangan-pegangan mazhab Khawarij
9. Terangkan langlah-langkah untuk memelihara Aqidah
10. Apakah kesan sekiranya kumpulan Syiah dan Khawarij dibiarkan menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat?
11. Bezakan antara Syiah d
an Khawarij

ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
Latihan

1. Berikan pengertian wali?
2. Bezakan wali Allah dengan Rasul
3. Sebutkan ancaman Allah terhadap orang yang memerangi wali Allah
4. Berikan pemgertian sifat mahmudah dan contohnya
5. Terangkan tiga cara menjadi orang soleh
6. Senaraikan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah
7. Sebutkan amalan-amalan sunat yang boleh menyuburkan kasih sayang sesama insan
8. Jelaskan pengertian ibadah nawafil
9. Bagaimanakah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah
10. Terangkan kelebihan orang-orang yang melakukan ibadah nawafil
11. Terangkan pengajaran hadis di atas

Date: Sunday, May 7, 2017
Labels: HADIS Tingkatan 5
Labels: HADIS Tingkatan 5
Subscribe to:
Posts (Atom)