SMK BUKIT GARAM YANG DITINGGALKAN

Setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sekolah terulung di Kinabatangan, aku dengan berat hati akan meninggalkan sekolah yang telah mendewasakan aku dan mencipta terlalu banyak kenangan manis walaupun sesekali dilambung ombak. Itulah  adat resam dalam membina kerjaya dan diri.

Mengenang peristiwa penempatan awal sebagai guru kementerian Pelajaran Malaysia setelah aku meninggal Yayasan Islam Kelantan dengan tekad untuk mencuba suasana baru. Aku memilih untuk ditempatkan di Sabah atas dasar ruang dakwah yang luas yang dikhabarkan kepadaku oleh anak anak Sabahan. Setiba di Kota Kinabalu, aku bertemu dengan  kawan-kawan yang sudah bertugas di Sabah, ada beberapa orang sahabat yang menawarkan diri untuk berjumpa dengan pegawai penempatan untuk menempatkan aku dibeberapa sekolah dibandar Kota Kinbalu dan Sandakan. aku menolak tawaran tersebut kerana ingin ditempatkan di tempatkan tidak akan aku jangka. tepatlah kata Ketua Sektor Pendidikan Islam Sabah ketika itu, Ybrs Ust Muhammad Deraman bahawa surat penempatan yang diberikan nanti dianggap sebagai 'suratan takdir".

Suratan takdir yang kuterima bertulis SMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN menimbulkan berbagai andaian di dalam kepalaku. Setahu aku Kinabatangan ini terkenal dengan kawasan pembalakkan ketika belajar ilmu geografi diperingkat sekolah menengah. rupanya, aku tidak keseorangan, bersama aku juga dua orang pelajar Maktab Perguruan Islam lepas Jordan iaitu Ust Bakri Aziz dan Ust Khairul Anuar.

Kami diterbangkan dari lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju Lapangan Terbang Sandakan. Di Sandakan, kami disambut oleh dua orang guru dari SMK Bukit Garam yang berkereta Nissan Sunny. Ku coretkan nama mereka di sini sebagai menghargai jasa baik mereka. Mereka ialah pemilik kereta nissan Sunny Cikgu Japri Kasran, Ust Mahadi .Murah. Mereka sedikit kalut, bila kereta mereka tidak dapat menampung kami. Kedengaran mereka bertelefon ke sekolah minta jalan kerana seorang ustaz membawa isteri bersama. Akulah itu yang bawa isteri. sebagai jalan penyelesaian mereka terpaksa menyewa sebuah teksi untuk membawa aku dan isteri dan diiringi oleh Ustaz Mahadi. sepanjang perjalanan, Ust Mahadi memberi gambaran tentang Kinabatangan dan juga SMK Bukit Garam. Aku ingatkan dia sudah lama di Kinabatangan, rupanya baru hujung tahun lepas guru kelahiran  Sabak Bernam ini diposting..mungkin kerana keseronokkan menerima rakan baru...

Sepanjang perjalanan, banyak kali aku terlelap mata dan tercelik..bila kucelik hanya sawit sahaja yang kusaksikan.Kerap juga ku bertanya Ust Mahadi tentang jaraknya. Ust Mahadi menyabarkan aku. Kami sampai di sekolah di waktu petang. Sesi sekolah petang sedang berjalan. Kami melaporkan diri kepada Penolong Kanan HEM, Tn Hj Ismail Jusoh, juga seorang ustaz yang berasal dari Terenggaanu. Aku ditempatkan di rumah sementara di Rumah Pengetua yang kosong sekian lama. Sementara Ust Khairul dan Ust Bakri yang masih bujang ditempatkan di flat bersama geng-geng bujang termasuk Ust Mahadi. Bermula pada hari itulah 8hb Februari 2001 aku menjadi warga SMK Bukit Garam, Kinabatangan.....Bersambung, InsyaAllah

1 comments:

Unknown said...

Salam ustaz..saya ismail..dari smkbg ...x sangka jumpa pula blog ustaz..semoga ustaz sihat2 sahaja...

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top