MANISNYA
PERSAUDARAANNYA
Surah
ali Imran ayat 103
.
103. dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan
janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika
kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu,
lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu
telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat
petunjuk.
ASBUB NUZUL
Semasa jahiliah , suku Aus dan khazraj bermusuhan. Melalui agama Islam,
rasulullah telah berjaya menyatukan mereka. Pada suatu masa, seorang Yahudi
telah membangkitkan kembali permusuhan antara aus dan khazraj sehingga mereka
hampir berbunuhan. Namunndemikian,
rasulullah telah mendamaikan permusuhan tersebut. Maka turunlah ayat 101
hingga 103 surah ali imran
MAKSUD BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH
Agama Islam secara
keseluruhannya. Oleh itu, berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh
dengaj ajaran Islam
Ayat
208 surah al Baqarah
208. Hai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Cara mengukuhkan persaudaraan
gambar hiasan |
Hati
1. Ikhlas
Tidak ada sesuatu kepentingan melainkan mentaati perintah Allah dan
rasul
2. Bersangka baik
Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain dengan tidak bersangka buruk kepadanya
Lisan
1. Ucapan salam
Setiap kali bersua muka dan hendak berpisah, hendaklah memberikan dan
menjawab salam
2. Bertegur siapa
Bertanya khabar dan bertegur siapa apabila berjumpa
Perbuatan
1. Membantu mereka yang memerlukan
Bantuan ini dapat merapatkan hubungan baik sesama insan
2. Menunaikan solat berjamaah
Salah satu cara mengukuhkan persaudaraan sesama Islam adalah dengan
menunaikan solat berjamaah
HIKMAH PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
a. Individu
i. Memupuk rasa persaudaraan dan kasih sayang kepada anggota keluarga
sesama saudara muslim yang.
lain
ii. Mententeramkan jiwa kerana
semua orang saling menyayangi
b. Keluarga
i. Membentuk keluarga bahagia kerana setiap anggota keluarga saling
menghormati
ii. Mengeratkan hubungan saliturrahim dalam keluarga kerana telah
dididik dengan adab dan tatatusila yang baik.
C. Masyarakat dan negara
i. Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana setiap individu
memgelakkan perkara yang boleh menimbulkan
perbalahan dalam masyarakat.
ii. Negara aman damai kerana setiap anggota masyarakat sentiasa
berdisiplin dan bertanggungjawab.
PENGAJARAN AYAT
Sebagai umat Islam, kita hendaklah :-
1. 1 Bertanggungjawab menjaga
pwrpaduan dalam masyarakat kerana Islam menyuruh umatnya berpegang teguh dengan
ajaran agama dan tidak berpecah belah.
2. Menjaga imej umat Islam denfan sentiasa melakukan amar maaruf
dan nahi mungkar dalam kehidupan.
3. Kembali kepada ajaran Islam apabila berlaku perselisihan kerana
al Quran dan hadis adalah sebagai panduan hidup dalam semua aspek.
4. Sentiasa berusaha mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana
tuntutan agama dan menepati naluri manusia
5.
Sentiasa berdoa agar kekal
dalam Islam setelah menerima hidayah
0 comments:
Post a Comment