DOA MESYUARAT AGONG PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
يَا اللهُ يَا كَرِيم يَا وَدُود
Berkati dan rahmatilah mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Tan Sri Mohamed Yaacob kali ke ____. Satukanlah hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kami cintai ini. Teguhkanlah muafakat  dan eratkan silaturrahim sepanjang kami bermesyuarat. Hindarilah kami daripada api permusuhan, dendam kesumat,   pertelingkahan pendapat dan anasir-anasir  negatif yang merosakkan perpaduan kami.

اللّهُمَ يَا قَاضِيَ الحَاجَات  وَ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang, gemilang dan  terbilang , disegani dan dihormati,  yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
يَا رَحمَن يَا رَحِيم يَا رَبَّ العاَلَمِين
Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah kami jalan kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan.
يَا اللهُ يَا فَتاَّح يَا عَليم  
Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir persatuan ini. Hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkanlah diri kami dengan kesejahteraan.
اللّهُمَّ دَبِّرنَا فَاِنَّا لاَ نُحْسِنُ التَّدْبِيْرَ اللّهُمَّ الطُفْ بِنَا فَإِنَّكَ مَا تَشَاءُ قَدِيرٌ وَ بِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ
  اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

MANISNYA PERSAUDARAANNYA
   Surah ali Imran ayat 103
.
103. dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.


ASBUB NUZUL

Semasa jahiliah , suku Aus dan khazraj bermusuhan. Melalui agama Islam, rasulullah telah berjaya menyatukan mereka. Pada suatu masa, seorang Yahudi telah membangkitkan kembali permusuhan antara aus dan khazraj sehingga mereka hampir berbunuhan. Namunndemikian,  rasulullah telah mendamaikan permusuhan tersebut. Maka turunlah ayat 101 hingga 103 surah ali imran

MAKSUD BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH

 Agama Islam secara keseluruhannya. Oleh itu, berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh dengaj ajaran Islam  

 Ayat 208 surah al Baqarah
208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Cara mengukuhkan persaudaraan
gambar hiasan
Hati

1. Ikhlas
Tidak ada sesuatu kepentingan melainkan mentaati perintah Allah dan rasul
2. Bersangka baik
Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain dengan tidak  bersangka buruk kepadanya

Lisan

1. Ucapan salam
Setiap kali bersua muka dan hendak berpisah, hendaklah memberikan dan menjawab salam

2. Bertegur siapa
Bertanya khabar dan bertegur siapa apabila berjumpa

Perbuatan

1. Membantu mereka yang memerlukan
Bantuan ini dapat merapatkan hubungan baik sesama insan

2. Menunaikan solat berjamaah
Salah satu cara mengukuhkan persaudaraan sesama Islam adalah dengan menunaikan solat berjamaah

HIKMAH PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

a. Individu
i. Memupuk rasa persaudaraan dan kasih sayang kepada anggota keluarga sesama saudara muslim yang.
 lain
ii. Mententeramkan  jiwa kerana semua orang saling menyayangi

b. Keluarga
i. Membentuk keluarga bahagia kerana setiap anggota keluarga saling menghormati

ii. Mengeratkan hubungan saliturrahim dalam keluarga kerana telah dididik dengan adab dan tatatusila yang baik.

C. Masyarakat dan negara

i. Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana setiap individu memgelakkan perkara yang boleh menimbulkan  perbalahan dalam masyarakat.

ii. Negara aman damai kerana setiap anggota masyarakat sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab.

PENGAJARAN AYAT
Sebagai umat Islam, kita hendaklah :-

1.      1 Bertanggungjawab menjaga pwrpaduan dalam masyarakat kerana Islam menyuruh umatnya berpegang teguh dengan ajaran agama dan tidak berpecah belah.

2.       Menjaga imej umat Islam denfan sentiasa melakukan amar maaruf dan nahi mungkar dalam kehidupan.

3.       Kembali kepada ajaran Islam apabila berlaku perselisihan kerana al Quran dan hadis adalah sebagai panduan hidup dalam semua aspek.

4.       Sentiasa berusaha mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia

5.       Sentiasa berdoa agar kekal dalam Islam setelah menerima hidayah

SMK BUKIT GARAM YANG DITINGGALKAN

Setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sekolah terulung di Kinabatangan, aku dengan berat hati akan meninggalkan sekolah yang telah mendewasakan aku dan mencipta terlalu banyak kenangan manis walaupun sesekali dilambung ombak. Itulah  adat resam dalam membina kerjaya dan diri.

Mengenang peristiwa penempatan awal sebagai guru kementerian Pelajaran Malaysia setelah aku meninggal Yayasan Islam Kelantan dengan tekad untuk mencuba suasana baru. Aku memilih untuk ditempatkan di Sabah atas dasar ruang dakwah yang luas yang dikhabarkan kepadaku oleh anak anak Sabahan. Setiba di Kota Kinabalu, aku bertemu dengan  kawan-kawan yang sudah bertugas di Sabah, ada beberapa orang sahabat yang menawarkan diri untuk berjumpa dengan pegawai penempatan untuk menempatkan aku dibeberapa sekolah dibandar Kota Kinbalu dan Sandakan. aku menolak tawaran tersebut kerana ingin ditempatkan di tempatkan tidak akan aku jangka. tepatlah kata Ketua Sektor Pendidikan Islam Sabah ketika itu, Ybrs Ust Muhammad Deraman bahawa surat penempatan yang diberikan nanti dianggap sebagai 'suratan takdir".

Suratan takdir yang kuterima bertulis SMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN menimbulkan berbagai andaian di dalam kepalaku. Setahu aku Kinabatangan ini terkenal dengan kawasan pembalakkan ketika belajar ilmu geografi diperingkat sekolah menengah. rupanya, aku tidak keseorangan, bersama aku juga dua orang pelajar Maktab Perguruan Islam lepas Jordan iaitu Ust Bakri Aziz dan Ust Khairul Anuar.

Kami diterbangkan dari lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju Lapangan Terbang Sandakan. Di Sandakan, kami disambut oleh dua orang guru dari SMK Bukit Garam yang berkereta Nissan Sunny. Ku coretkan nama mereka di sini sebagai menghargai jasa baik mereka. Mereka ialah pemilik kereta nissan Sunny Cikgu Japri Kasran, Ust Mahadi .Murah. Mereka sedikit kalut, bila kereta mereka tidak dapat menampung kami. Kedengaran mereka bertelefon ke sekolah minta jalan kerana seorang ustaz membawa isteri bersama. Akulah itu yang bawa isteri. sebagai jalan penyelesaian mereka terpaksa menyewa sebuah teksi untuk membawa aku dan isteri dan diiringi oleh Ustaz Mahadi. sepanjang perjalanan, Ust Mahadi memberi gambaran tentang Kinabatangan dan juga SMK Bukit Garam. Aku ingatkan dia sudah lama di Kinabatangan, rupanya baru hujung tahun lepas guru kelahiran  Sabak Bernam ini diposting..mungkin kerana keseronokkan menerima rakan baru...

Sepanjang perjalanan, banyak kali aku terlelap mata dan tercelik..bila kucelik hanya sawit sahaja yang kusaksikan.Kerap juga ku bertanya Ust Mahadi tentang jaraknya. Ust Mahadi menyabarkan aku. Kami sampai di sekolah di waktu petang. Sesi sekolah petang sedang berjalan. Kami melaporkan diri kepada Penolong Kanan HEM, Tn Hj Ismail Jusoh, juga seorang ustaz yang berasal dari Terenggaanu. Aku ditempatkan di rumah sementara di Rumah Pengetua yang kosong sekian lama. Sementara Ust Khairul dan Ust Bakri yang masih bujang ditempatkan di flat bersama geng-geng bujang termasuk Ust Mahadi. Bermula pada hari itulah 8hb Februari 2001 aku menjadi warga SMK Bukit Garam, Kinabatangan.....Bersambung, InsyaAllah

SENIKATA LAGU PUTERI ISLAM



Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

IKRAR PUTERI ISLAM


IKRAR
BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :


Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
  • Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
  • Membangunkan diri dengan sempurna
  • Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
  • Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

DOA HARI CERAMAH PDP ABAD KE 21 GURU CEMERLANG

Segala puji dan puja selayaknya untukMu Ya Allah, selawat dn salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw, kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.
  اللهم ءانت العزيز الجليل

Kami menadah tangan pada pagi ini, dalam majlis Ceramah Abad Ke 21, bagi merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapMu, di atas kurnianMu yang tidak ternilai bagi kami.

اللهم يا الله يا رحمن يارحيم

Sesungguhnya kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara ke arah kecemerlangan. Justeru, suburkanlah dalam diri kami semangat dan iltizam kami untuk berbudaya cemerlang. Cemerlang akhlak, cemerlang pendidikan, cemerlang berkeluarga, cemerlang bermasyarakat dan seterusnya cemerlang dalam bernegara.
اللهم يا الله يا فتاح يا عليم

Permudahkan urusan kami, ilhamkanlah dalam fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif dan berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami,eratkanlah saliturrahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.

اللهم ياکريم يا ودود

ربنا عليک توکلنا واليک انبنا واليک المصير

KEM SKOR A PENDIDIKAN ISLAM

Seramai 30 orang pelajar terpilih daripada 6 kelas tingkatan 5 untuk menyertai Kem Skor A Pendidikan Islam. Namun demikian dua orang pelajar tidak dapat hadir . Kem dibawah bimbingan Ust Ahmad Sihabuddin, Ust Zaidi dan Ustazah Saidah ini berlangsung selama dua hari pada cuti hujung minggu iaitu pada 7 hingga 8 November.

Pelajar didedahkan dengan soalan-soalan ramalan dan soalan percubaan dari sekolah dan negeri terpilih. Selain daripada itu, pelajar didedahkan dengan tips-tips untuk mendapat markah yang terbaik di dalam peperiksaan SPM nanti.
Belajar ala belajar di rumah

Fokus dan bersemangat

Draf jawapan sebelum membina jawapan lengkap

Bimbingan berterusan guru amatlah penting

Ketelitian untuk memahami soalan dapat mengelak jawapan payung

Jawapan disusun dengan kemas bagi memudahkan semakan

Sendiri lah kerana tiada siapa pun yany dapat menolong diri kamu kecuali diri kamu sendiri

PROGRAM SINAR HARAPAN

Suasana di bilik ujian

Cuit cuit imam dan pentazkirah

Tazkirah selepas solat fardu

Ucapan alu aluan pengarah program

Peserta kusyuk menjawab soalan

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pendidikan Islam di SMK Bukit Garam, Pihak panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program sinar Harapan yang melibatkan 70 orang pelajar dalam jalur kuning untuk dibentuk dan dibimbing bagi meningkatkan pencapaian mereka.

Program tiga hari ini bermula pada 29 september hingga 01 Oktober di sekolah. Program yang disi dengan ceramah motivasi, bimbingan kaedah menjawab sempurna, latih tubi tajuk tajuk tunding dan turut diberi keutamaan pengukuhan kerohanian.

Waktu rehat jam 9.30 diisi dengan solat sunat dhuha dan solat hajat. Manakala selepas solat zohor dan asar diisi dengan tazkirah oleh pelajar dengan tajuk-tajuk yang terkandung dalam bab tilawah atau kertas 2.

Sementara itu, pelajar turut dilibatkan dengan gotong royong menceriakan surau sebagai ganti riadah. Sementara itu, kuliah maghrib, insya dan solat sunat malam tidak dapat dilakukan kerana program pada kali ini tidak dibenarkan melibatkan waktu malam kerana mengambilkira beberapa faktor.

Semua guru pendidikan Islam turut dilibatkan bagi membantu guru-guru SPM.

Pakaian sekolah di majlis perasmian

Majlis perasmian program

En Azmi Datu Tambung menyampaikan ceramah motivasinya

Peserta dan guru pembimbing bergambar kenangan

Peserta fokus kepada apa yang disampaikan

Akademik dan kerohanian mestilah beriringan

Ujian awal untuk menjadi kayu ukur sebelum dan selepas program

Gotong Royong Menbina Paip Wuduk

Menggunakan air tangki dari bumbung sekolah

Pelajar 5 Anggerik dan Dahlia menyumbang khidmat

Guru bukan hanya membimbing akademik tetapi bimbingan survival kehidupan

peluang menyumbang kepada sekolah sentiasa dinantikan

Kerja memerlukan kepada fokus, begitu juga pembelajaran

pakaian kemas guru dan pelajar tidak menghalang untuk gaul simen

Kerjasama membawa berkat

beramal kerana Allah

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

CIRI-CIRI AJARAN SESAT


1. MENCEMARKAN

1.1 kesucian Al-Quran dan hadis seperti mengubah, memansuh, mempertikai atau membuat tafsiran menyeleweng

2. MENGUBAH

2.1 prinsip-prinsip asas dalam aqidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama
2.2 bentuk-bentuk ibadah seperti mengurangkan ibadah puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat.

2.3 konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa menebus dosa kepada seseorang.

3. MENDEWA-DEWAKAN

3.1 pemimpin sehingga dianggap maksum, nabi, jelmaan tuhan

3.2 sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia dalam doa atau jampi

4. MENOLAK

4.1 perkara-perkara yang Qati'ie

4.2 hadis mutawatir atau hadis secara umum

5. MENDAKWA

5.1 boleh melakukan perkara-perkara pelik dan ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para rasul, malaikat dan para wali Allah
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top