PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI

Seluruh kehidupan Rasulullah menjadi contoh teladan kepada umat Islam. Terdapat beberapa peristiwa penting  dalam sirah Nabi Muhammad SAW yang perlu kita hayati dan contohi. Antaranya termasuklah :

KRONOLOGI PERISTIWA PENTING  SEBELUM NABI MUHAMMAD DILANTIK MENJADI RASUL IALAH :


Umur
Tempoh
 SELEPAS KELAHIRAN
 2 Tahun
Baginda dipelihara  oleh Halimatul as -Sa"diah di perkampungan bani Saad yang jauh daripada unsur negatif

Umur
Tempoh
2-4 tahun
 2 Tahun
Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril

Umur
Tempoh
4-6 tahun
 2 Tahun
Nabi Muhamad dipelihara oleh datuk baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda meninggal di Abwa' dalam perjalanan pulang ke Mekah.

Ketika Usia Rasulullah 12 Tahun

Nabi Muhammad mengikut Abu Talib ke Syam.Dipertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira ar-Rahib, ketika di Bandar Busra, sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Khilful Fudul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan

Usia 20 Tahun

Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara susuannya di perkampungan Bani Saad Kemudian di Mekah.

IkTIBAR : Nabi Muhammad dididik oleh Allah dengan kehidupan yang mencabar sebagai persediaan untuk menjadi seorang rasul

Usia 25 Tahun

1. Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar kota Makkah al-Mukarramah.

2. Berurus niaga dengan .Saiyidatina Khadijah, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia 

3.Membawa barang dagangan Saiyatina Khadijah  Ke Syam dengan dibantu oleh ..Maisarah, seorang pekerja lelaki Saiyidatina Khadijah

IKTIBAR

            4. Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah.

            Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda

            1. Menunaikan amanah
            2. Mempunyai kerjaya
3. Mendapat Kepercayaan masyarakat
4. Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana


USIA 25 TAHUN : BERKAHWIN DENGAN SAIYIDATINA KHADIJAH

•Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan baginda.
Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.
Saidatina Khadijah menghantar salah seorang kawan rapatnya Nafisah bt Munabih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah melalui bapa saudaranya .Amru bin Asad

Hasil perkahwinan tersebut Nabi Muhammad SAW dikurniakan 6 orang anak.

KUNCI ILMU : Anak lelaki rasulullah yang bernama Ibrahim adalah hasil perkongsian Rasulullah dengan Mariah al-Qibtiah


IKTIBAR :Antara akhlak mulia Nabi Muhamad yang menarik perhatian Saiyidatina Khadijah termasuklah ;-

1.  Jujur 
2. Menjaga adab dan batas pergaulan
3. Menghormati keluarga

LATIHAN


1. Jawab soalan kuiz dibawah 

Soalan Kuiz
atau https://docs.google.com/forms/d/1O3GGmsbtr7lLK1p05iJPmdtNcZAgTH-dOF55lLqf51w/edit

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

BIODATA IBNU SINA

1. Riwayat hidup 
i.    Nama sebenar : Al-Husain b. Abdullah b. al-Hassan b. Ali B. Sina
ii.  Tarikh dan tempat lahir : Tahun 370H/ 980 M di Afshinah berdekatan Bukhara, Turkistan
iii. Tarikh dan tempat meninggal dunia : Tahun 428H/1037 M di Hamzan, Iraq ketika berusia 58 tahun.
vi. Keturunan : Turki

2. Latar Kehidupan :

- Bapanya berasal dari Balakh, kemudian berpindah ke Bukhara
- Bapanya adalah seorang gabenor di Kharmaisan, Bukhara
- Ibnu Sina telah berpindah ke khawarizmi, Jarjan, Rai dan hamazan pada tahun 390H/ 1000M selepas bapanya meninggal dunia.

3. Gelaran :

- digelar sebagai Abu Ali
- dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di barat
- Sarjana Islam mengelarkan beliau sebagai al-Syeikh al-Rais bererti Mahaguru kerana menguasai hampir semua bidang ilmu/
- Raja Falsafah dan Bapa Perubatan gelaran di Barat.
- Seorang ahli falsafah, siasah dan doktor peruabatan yang mashur dizamannya.

4. Jawatan Yang pernah disandang :

a. Tabib (doktor) di Hamazan
b. Pustakawan di pustaka Kerrajaan Samaniah di istana Nuh bin Nasar di Khurasan
c. dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Syamsul al-Daulah, Gabenor Hamazan
d. Penasihat Agung (Menteri) kepada 'Amir 'Ala' ad Daulah di Asfahan


5. Keperibadian Ibnu Sina

melastarikan  Cinta mestilah dengan Tekun, SabarTaat,  Pintar, Inovatif dan fasih mengungkapnya


C : Cinta
T : Tekun
S : Sabar
T : Taat
P : Pintar
I : Inovatif
F : Fasih

C : Cintakan ilmu :
Usia 5 tahun sudah belajar pelbagai ilmu seperti al-Quran, tafsir, fiqh, mantik, matematik, geometri dan sains.

T : Tekun mempelajari ilmu:
40kali  membaca buku karangan Aristotle berkaitan metafizik

S : Sabar  dan gigih semasa belajar
mempelajari sendiri buku falsafah karya al-Farabi bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu falsafah

T : Taat beragama : sering berdoa dan rajin ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah

P : Pintar, cerdik dan kuat ingatan :
Berjaya hafaz al-AQuran dalam usia 10 tahun dan usia 18 tahun berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah.

I : Inovatif dan kreatif
melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

F : Fasih dalam pelbagai bahasa
fasih berbahasa Arab dan Parsi

6. Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang Ilmu dan Pemikiran Islam

a. Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang
b. Karyanya dihimpun  di Domonican Institute For Oriental Studies Kahereh Mesir.
c. Muallafat Ibnu Sina karyanya diterjemahkan dalam Bahasa Arab
d. Avicenna College di Hungury dibina sempena nama beliau/

7. Pencapaian Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

a. Penemuan penyakit baru dan puncanya :
- Pengaruh kuman dalam penyakit
- Jangkitan virus seperti TB
- Penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa

b. Penemuan dalam farmasi :
- Mencipta ubat bius dan preskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik
c. Membangunkan teknologi Perubatan :
- Mencipta picagari dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

8. Kesan Peninggalan Ibnu Sina dalam Bidang Perubatan

a. Memperkenalkan sistem pemerhatian dan analisis
b. Menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap
c. Mempengaruhi ilmu perubatan moden melalui alatan, kaedah dan pendidikan termasuk di Malaysia.

9. Karya Ibnu Sina

a. al-Qanun Fi Tib
b. al- Alfiah al-Tibbiah
c. al-Adawiah al- Qalbiah


LATIHAN

Sila jawab soalan Kuiz di bawah :

https://quizizz.com/admin/quiz/5e8f16c4980dd8001bc2ec1a/pendidikan-islam-ting-5-ibnu-sina


SELAMAT BELAJAR DI MUSIM PKP. JAGA DIRI, JAGA IMAN

AISYAH BTE ABU BAKAR SERIKANDI ILMU

BIODATA SAIDATINA AISYAH SERIKANDI ILMU

Nama sebenar : Aisyah Bte Abu Bakar

Keturunan : Bangsawan Quraisy daripada suku Bani Tamim.

Gelaran :
A. Sidiqatul yang bermaksud wanita yang berkata benar
B. Al- Humaira' yang bermaksud putih kemerah- merahan

Perkahwinan : berkahwin dengan Rasulullah SAW  Pada bulan syawal,3 tahun sebelum hijrah.

Kewafatan: Tahun 58 hijrah pada usia 67 tahun.

SIFAT UTAMA
1. Cergas dan pintar
Saidatina Aisyah mendapat didikan daripada ayahndanya dan daripada Rasulullah SAW. Beliau rajin bertanya dan selalu mengikuti majlis ilmu rasulullah SAW. Antara ilmu yang dikuasai termasuklah al- Quran, hadis, bahasa Arab, syair dan perubatan.

Urwah berkata kepada saidatina Aisyah " ilmu pengetahuanmu yang luas tidak menghairankan saya kerana dirimu isteri Rasulullah SAW dan anak kepada Abu Bakar".

RIWAYAT AHMAD

2. Sabar dan tabah
Apabila difitnah oleh golongan munafik dalam peristiwa hadisu ifki. Beliau berserah diri kepada Allah SWT. Akhirnya turun ayat al Quran membersihkan saidatina Aisyah daripada fitnah tersebut.

3. Pemurah dan lembut hati

Saidatina Aisyahsangat dermawan . Suka bersedekah apa sahaja yang ada ditangannya. Beliau pernah memberikan sebiji kurma kepada seorang wanita bersama dengan dua orang anaknya. Sedangkan itu sahajalah makanan yang beliau ada.

SUMBANGAN
1. Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis rasulullah dalam pelbagai bidang.

2. Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan rasulullah terutama dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan

3. Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu al- Quran, hadis, fekah terutama fekah kewanitaan, bahasa Arab dan syair.

IKTIBAR
Kita hendaklah :
1. Belajar bersungguh- sungguh sehingga menjadi pakar dalam bidang yanh dipelajari

2. Bersabar dan berdoa serta berserah diri kepada Allah

3. Bersedekah dan suka membantu.

CATATAN MINGGUAN

UCAPAN PERHIMPUNAN MINGGUAN
Tn Hj Nasran Mohamed
Pengetua SMKTSMY
25 Ogos 2019

1. Pelajar ting 5, sila beri tumpuan dan jawab yang terbaik sebagai persiapan menghadapi SPM.

2. Pengetua akan round kelas bagi mengelak pelajar tidur semasa exam.

3. Guru muda hendaklah membantu rakan rakan kita yang lain.

4. Ujian bertutur bahasa Melayu hendaklah dilakukan secara jamaie.

5. Tema pendidikan sivik bulan ogos bertanggungjawab ialah amanah yang perlu disempurnakan. Org yang tidak bertanggungjawab ialah org yang tidak normal.  Hadir ke sekolah juga menjd tanggungjawab.

6. Tanggungjawab pelajar kepada guru- guru
a. Hormati guru krn mrk sumber ilmu.
b. Sopan bertatatusila terhadap guru
c. Sedia membantu guru
d. Patuhi arahan guru terutama menyiap kerja rumah
e. Terima teguran guru dengan sikap positif

TINJAUAN KEMENJADIAN SOLAT

link untuk respon tinjauan kemenjadian solat bTiungkatan 1 hingga 3, SMKTSMY

https://docs.google.com/forms/d/1GtGl8yP6ZSkptKOSJxXG3eCL4gu9d15rsgyLIjarvd0/edit

Saya ditugaskan oleh Ketua Panitia untuk menyediakan borang kaji selidik tahap kemenjadian solat dari kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 pelajar sekolah saya.

Borang ini memerlukan guru menjalankan soal selidik secara lisan dan dicatatkan dalam hp guru-guru ataupun sekiranya pelajar mempunyai hp pintar dan aplikasi whatsap, mereka boleh menjawab sendiri di rumah atau dimana mana sahaja dengan jawapan yang lebih jujur.

Pada hemat saya, ramai pelajar mempunyai aplikasi whatsap bahkan ada kelas-kelas pelajar mempunyai group whatsap. Selain itu, pelajar boleh menggunakan HP ibubapa mereka untuk tujuan tersebut.

Kaji selidik dengan menggunakan google. doc akan memudahkan kita mendapat analisis dengan cepat. Selamat mencuba. kelemahan dan kekurangan untuk kita atasi bersama

MESYUARAT PANITIA DI SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB

Sejak berpindah di sekolah baru, saya agak ketinggalan untuk update blog dan perkongsian. Saya lebih kerap membuat catatan dan dikongsi dalam whatsap sekolah.


DOA MESYUARAT AGONG PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
يَا اللهُ يَا كَرِيم يَا وَدُود
Berkati dan rahmatilah mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Tan Sri Mohamed Yaacob kali ke ____. Satukanlah hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kami cintai ini. Teguhkanlah muafakat  dan eratkan silaturrahim sepanjang kami bermesyuarat. Hindarilah kami daripada api permusuhan, dendam kesumat,   pertelingkahan pendapat dan anasir-anasir  negatif yang merosakkan perpaduan kami.

اللّهُمَ يَا قَاضِيَ الحَاجَات  وَ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang, gemilang dan  terbilang , disegani dan dihormati,  yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
يَا رَحمَن يَا رَحِيم يَا رَبَّ العاَلَمِين
Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah kami jalan kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan.
يَا اللهُ يَا فَتاَّح يَا عَليم  
Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir persatuan ini. Hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkanlah diri kami dengan kesejahteraan.
اللّهُمَّ دَبِّرنَا فَاِنَّا لاَ نُحْسِنُ التَّدْبِيْرَ اللّهُمَّ الطُفْ بِنَا فَإِنَّكَ مَا تَشَاءُ قَدِيرٌ وَ بِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ
  اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

MANISNYA PERSAUDARAANNYA
   Surah ali Imran ayat 103
.
103. dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.


ASBUB NUZUL

Semasa jahiliah , suku Aus dan khazraj bermusuhan. Melalui agama Islam, rasulullah telah berjaya menyatukan mereka. Pada suatu masa, seorang Yahudi telah membangkitkan kembali permusuhan antara aus dan khazraj sehingga mereka hampir berbunuhan. Namunndemikian,  rasulullah telah mendamaikan permusuhan tersebut. Maka turunlah ayat 101 hingga 103 surah ali imran

MAKSUD BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH

 Agama Islam secara keseluruhannya. Oleh itu, berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh dengaj ajaran Islam  

 Ayat 208 surah al Baqarah
208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Cara mengukuhkan persaudaraan
gambar hiasan
Hati

1. Ikhlas
Tidak ada sesuatu kepentingan melainkan mentaati perintah Allah dan rasul
2. Bersangka baik
Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain dengan tidak  bersangka buruk kepadanya

Lisan

1. Ucapan salam
Setiap kali bersua muka dan hendak berpisah, hendaklah memberikan dan menjawab salam

2. Bertegur siapa
Bertanya khabar dan bertegur siapa apabila berjumpa

Perbuatan

1. Membantu mereka yang memerlukan
Bantuan ini dapat merapatkan hubungan baik sesama insan

2. Menunaikan solat berjamaah
Salah satu cara mengukuhkan persaudaraan sesama Islam adalah dengan menunaikan solat berjamaah

HIKMAH PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

a. Individu
i. Memupuk rasa persaudaraan dan kasih sayang kepada anggota keluarga sesama saudara muslim yang.
 lain
ii. Mententeramkan  jiwa kerana semua orang saling menyayangi

b. Keluarga
i. Membentuk keluarga bahagia kerana setiap anggota keluarga saling menghormati

ii. Mengeratkan hubungan saliturrahim dalam keluarga kerana telah dididik dengan adab dan tatatusila yang baik.

C. Masyarakat dan negara

i. Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana setiap individu memgelakkan perkara yang boleh menimbulkan  perbalahan dalam masyarakat.

ii. Negara aman damai kerana setiap anggota masyarakat sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab.

PENGAJARAN AYAT
Sebagai umat Islam, kita hendaklah :-

1.      1 Bertanggungjawab menjaga pwrpaduan dalam masyarakat kerana Islam menyuruh umatnya berpegang teguh dengan ajaran agama dan tidak berpecah belah.

2.       Menjaga imej umat Islam denfan sentiasa melakukan amar maaruf dan nahi mungkar dalam kehidupan.

3.       Kembali kepada ajaran Islam apabila berlaku perselisihan kerana al Quran dan hadis adalah sebagai panduan hidup dalam semua aspek.

4.       Sentiasa berusaha mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia

5.       Sentiasa berdoa agar kekal dalam Islam setelah menerima hidayah

SMK BUKIT GARAM YANG DITINGGALKAN

Setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sekolah terulung di Kinabatangan, aku dengan berat hati akan meninggalkan sekolah yang telah mendewasakan aku dan mencipta terlalu banyak kenangan manis walaupun sesekali dilambung ombak. Itulah  adat resam dalam membina kerjaya dan diri.

Mengenang peristiwa penempatan awal sebagai guru kementerian Pelajaran Malaysia setelah aku meninggal Yayasan Islam Kelantan dengan tekad untuk mencuba suasana baru. Aku memilih untuk ditempatkan di Sabah atas dasar ruang dakwah yang luas yang dikhabarkan kepadaku oleh anak anak Sabahan. Setiba di Kota Kinabalu, aku bertemu dengan  kawan-kawan yang sudah bertugas di Sabah, ada beberapa orang sahabat yang menawarkan diri untuk berjumpa dengan pegawai penempatan untuk menempatkan aku dibeberapa sekolah dibandar Kota Kinbalu dan Sandakan. aku menolak tawaran tersebut kerana ingin ditempatkan di tempatkan tidak akan aku jangka. tepatlah kata Ketua Sektor Pendidikan Islam Sabah ketika itu, Ybrs Ust Muhammad Deraman bahawa surat penempatan yang diberikan nanti dianggap sebagai 'suratan takdir".

Suratan takdir yang kuterima bertulis SMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN menimbulkan berbagai andaian di dalam kepalaku. Setahu aku Kinabatangan ini terkenal dengan kawasan pembalakkan ketika belajar ilmu geografi diperingkat sekolah menengah. rupanya, aku tidak keseorangan, bersama aku juga dua orang pelajar Maktab Perguruan Islam lepas Jordan iaitu Ust Bakri Aziz dan Ust Khairul Anuar.

Kami diterbangkan dari lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju Lapangan Terbang Sandakan. Di Sandakan, kami disambut oleh dua orang guru dari SMK Bukit Garam yang berkereta Nissan Sunny. Ku coretkan nama mereka di sini sebagai menghargai jasa baik mereka. Mereka ialah pemilik kereta nissan Sunny Cikgu Japri Kasran, Ust Mahadi .Murah. Mereka sedikit kalut, bila kereta mereka tidak dapat menampung kami. Kedengaran mereka bertelefon ke sekolah minta jalan kerana seorang ustaz membawa isteri bersama. Akulah itu yang bawa isteri. sebagai jalan penyelesaian mereka terpaksa menyewa sebuah teksi untuk membawa aku dan isteri dan diiringi oleh Ustaz Mahadi. sepanjang perjalanan, Ust Mahadi memberi gambaran tentang Kinabatangan dan juga SMK Bukit Garam. Aku ingatkan dia sudah lama di Kinabatangan, rupanya baru hujung tahun lepas guru kelahiran  Sabak Bernam ini diposting..mungkin kerana keseronokkan menerima rakan baru...

Sepanjang perjalanan, banyak kali aku terlelap mata dan tercelik..bila kucelik hanya sawit sahaja yang kusaksikan.Kerap juga ku bertanya Ust Mahadi tentang jaraknya. Ust Mahadi menyabarkan aku. Kami sampai di sekolah di waktu petang. Sesi sekolah petang sedang berjalan. Kami melaporkan diri kepada Penolong Kanan HEM, Tn Hj Ismail Jusoh, juga seorang ustaz yang berasal dari Terenggaanu. Aku ditempatkan di rumah sementara di Rumah Pengetua yang kosong sekian lama. Sementara Ust Khairul dan Ust Bakri yang masih bujang ditempatkan di flat bersama geng-geng bujang termasuk Ust Mahadi. Bermula pada hari itulah 8hb Februari 2001 aku menjadi warga SMK Bukit Garam, Kinabatangan.....Bersambung, InsyaAllah

SENIKATA LAGU PUTERI ISLAM



Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top