Solat Hajat SPM dan STPM
Labels: Aktiviti
"Tiang Agama II" Bantu Pelajar Solat



















Labels: Aktiviti
Cuti Bersalin Awal 2 Minggu
Sekian.
Labels: Pekeliling
Sambutan Aqiqah Perdana Amat memuaskan
Pihak penganjur tetap berharap program ini terus mendapat sokongan daripada ibubapa sekitar bagi membuka ruang kepada pelajar dan ibubapa melakukan ibadat sembelihan dan aqiqah ini.
Para peserta diberi pilihan untuk mengambil daging aqiqah tersebut atau menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dimasak dan dihidangkan kepada pelajar sekolah.
Kepada yang berminat, sila hubungi pihak penganjur secara segera bagi memudahkan tempahan lembu dan juga barang-barang keperluan untuk mengurus program tersebut.
Labels: Aktiviti
Amali Sembelihan dan Aqiqah
KERTAS KERJA
AMALI SEMBELIHAN DAN AQIQAH PERDANA
1. MUQADIMMAH
Fardu kifayah wajib disempurnakan oleh setiap mukmin yang terbeban di atas bahu mereka tanggungjawab tersebut. Sembelihan dan aqiqah yang pada asasnya merupakan sunat Mua’kad ( dituntut) seringkali diabaikan kerana kekangan masa dan juga masalah pengurusan. Campur aduk dengan perkara khurafat dan bid’ah juga turut menjadikan sembelihan dan Aqiqah menjadi beban kepada mukalaf terbabit. Oleh sebab itu, pendedahan awal diperingkat bangku sekolah amat penting dan perlu bagi menyediakan pelapis dan pengendali yang mengutamakan syara’ dalam melakukan ibadat sembelihan dan juga aqiqah.
Sehubungan dengan itu, Panitia pendidikan Islam, Kelab Staf dan PIBG SMK Bukit Garam mengambil inisiatif untuk menganjurkan Amali Sembelihan dan Aqiqah Perdana bagi mendedahkan hakikat sebenar sembelihan dan aqiqah menurut syara’.
2. OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah sembelihan dan aqiqah yang dituntut oleh Islam
2.2 Menyempurnakan amali sembelihan, aqiqah dan kekeluarga Islam yang terdapat dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5
2.3 Membuka peluang kepada ibubapa dan masyarakat sekitar untuk menyempurnakan aqiqah yang tertanggung kepada mereka.
2.4 Mewujudkan semangat kerjasama dan toleransi dikalangan warga sekolah yang terdiri daripada pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat sekitar.
2.5 Mendedahkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada warga aqiqah
3. TEMA
Fardu Kifayah Pembersih Jiwa
4. ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam ,Kelab Staff SMK Bukit Garam dan PIBG
5. TARIKH
01 Julai 2010 (khamis)
6. SASARAN
6.1 Pelajar Tingkatan 4
6.2 Guru-guru SMK Bukit Garam
6.3 Ibubapa SMK Bukit Garam
7. KAEDAH PENGURUSAN
7.1 Peserta Aqiqah boleh memilih untuk masak sendiri daging aqiqah tersebut atau menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dimasak dan dijamu disekolah
7.2 Peserta digalakan bersama-sama mengurus daging aqiqah bagi mewujudkan suasana harmonis dan ikatan saliturahim
7.3 Peserta membawa sendiri tempat untuk mengisi daging aqiqah
8. TEMPAT
Padang dan sekitar Surau Al-Ghazali, SMK Bukit Garam
9. TUGASAN PELAJAR
9.1 Setiap kelas membawa 10 biji kelapa dan 3 ekor ayam kampong untuk lauk
10. HARGA
RM400 sebahagian
11. TUGASAN GURU DAN PELAJAR MENGIKUT TINGKATAN
Rujuk Lampiran A
12. SENARAI JAWATANKUASA
Rujuk Lampran B
13. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C
14. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran D
15. PENUTUP
Menjadi harapan kita semua untuk melihat program yang dirancangkan ini dapat dijayakan dengan sesempurna mungkin bagi memastikan matlamat dan objektif program tercapai. Saya mengucapkan riobuan terima kasih atas sokongan dan dokongan warga SMK Bukit Garam dan juga pihak PIBG dalam merancang dan merancana program ini. Sekian terima kasih.
Disediakan Oleh
Ust Mohd.Zaidi Mustafa
Ketua Panitia
Pendidikan Islam
SMk Bukit Garam
Labels: Kertas Kerja
Lakaran Gerak Kerja Majlis Bacaan Yassin dan Solat hajat Sempena Perayaan Hari Guru 2010
Masa : 6.00 petang
Tarikh : 13 Mei 2010
Tempat : Surau Al-Ghazali, SMK Bukit Garam
Aktiviti
i. Solat Hajat
ii. Bacaan Yaasin
iii. Jamuan
Jawatankuasa Sambutan
Penasihat : En Tan Ping Seng
Pengerusi : Pn Sutina Markus
Timb. Pengerusi : En Azmi Datu Tambuyong
Setiausaha : Ust Mohd Zaidi Mustafa
Bendahari : Cik Arzura Arsad
Bil | Perkara | Tugasan | Petugas |
1 | Imam Solat Hajat | - Taklimat kaedah dan kepentingan solat hajat - Mengimami solat hajat | Ust Adli Hasbullah |
2 | Syeikh Yaasin | -Taklimat bacaan yasin - mengetuai bacaan yasin dan doa | Ust Mohd Termezi |
3 | Sumbangan | - Mendapatkan sumbangan bagi menampung kos jamuan | Thian chee Kuin Ronald Law |
4 | Persiapan Tempat | - Memastikan kebersihan surau dan tempat jamuan - Menyediakan keperluan di tempat yasin dan jamuan | Hamdani Saripuddin |
5 | Penyedia Yassin | -menyediakan buku yasin yang mencukupi untuk semua ahli jemaah | Ust Muhammad Hamzah |
6 | PA sistem | - Menyediakan dan memastikan PA system berfungsi dengan baik | Azli Mat Deris Lamahia Laili |
7 | Jamuan | - Menganggarkann jumlah peserta dan kadar makanan yang mencukupi | Maisarah Abdullah Raja Hashim Raja Abdullah Salmiati Sulta |
8 | Minuman | -menyediakan minuman untuk peserta bacaan yasin dan solat hajat | Jumatiah Djumarang Sunaidah Abdullah |
9 | Buah-Buahan | - Menyediakan 3 jenis buah-buahan untuk jamuan | Masdarwis Maskor Az-Azlina Che Harun |
10 | Kuih muih | - Menyediakan kuih muih yang mencukupi dengan peserta | Wan Salwani Wan Yusof Dayang Salmi Matsuin |
11 | Publisiti | - Menghebahkan kepada guru-guru dan memastikan kehadiran mereka pada majlis tersebut | Ahmad Sihabuddin Mat Salleh Nurhisyam Mahusin |
12 | Susun atur makanan | - Menyusun makanan yang telah disediakan untuk memudahkan para paserta mengambil makanan | Joild Jhon Fizriyanti Nanang Rohana Idris |
Aturcara
13 Mei 2010
6.00 petang - Ketibaan tetamu
6.15 - Ketibaan Pengetua dan pengerusi PIBG
6.35 - Solat maghrib
- Solat Hajat
- Bacaan Yassin
- Solat Isyak
- Jamuan
- Bersurai
Sumber Kewangan
Pendapatan
Bil | Perkara | | | | |
| Kutipan Guru | | | | |
| Sumbangan sekolah | | | | |
| Sumbangan PIBG | | | | |
| Sumbangan individu | | | | |
Perbelanjaan
Bil | Perkara | | | | |
| Makanan | | | | |
| Buah | | | | |
| Minuman | | | | |
Disediakan Oleh:
Ust Mohd Zaidi Mustafa
Guru Cemerlang
Pendidikan Islam
Labels: Kertas Kerja