Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MARKEP 2014) SMK BUKIT GARAM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar 
Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat Baginda sekelian

يَا اَلله ُ يَا مَالِكُ القُدُّوْسُ
Kami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu, kami dapat 
menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bukit Garam
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami memohon kepadaMu, agar Engkau Berkati majlis ini dengan limpah sifat rahman dan rahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْدُ
Disaat ini juga,kami rafakkan tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan modal insane.
يَا اَلله يا مجيب
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi manifestasi dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembeleng tenaga untuk 
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini

. اللهم يا رحمن يا رحيم
Sempurnakanlah kami sebagai hamba, yang sentiasa beriman. Perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan keafiatan,keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhkanlah hati 
kami dari perkara yang membawa kea rah kerosakan dan kemaksiatan
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا 
Ya Allah, Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan  yang
 dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan   yang diberkati dan dilindungi. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana, kebinasaan dan kerosakkan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmatMu
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى

Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Negeri

SMK Kuhara yang menjadi medan terakhir peringkat Negeri Sabah untuk para peserta membuktikan kebolehan dan kewibawaan dalam menyampaikan mesej dakwah.

Alhamdulillah, secara keseluruhan, para peserta berupaya menyampaikan syarahan dengan baik sekalipun menerima soalan spontan yang saya kira cukup mencabar. Beberapa komen dan juga penambahbaikan yang perlu kita selaku jurulatih atau peserta lakukan:-

1. Penguasaan dalil Al-Quran dan hadis dengan lebih baik dan fasih
2. Tidak terikat dengan teks syarahan yang lama,yang menggambarkan pelajar menghafaz ayat-ayat syarahan sehingga mengemukakan hujah atau bukti yang sudah lama.
3. Hendaklah mengemukakan fakta kes yang terkini, seboleh yang berlaku kelmarin kecuali ianya melibatkan sirah Rasulullah dan kisah para sahabat. Jika berupaya mengemukakan dalam bentuk angka, itu lebih baik.

4. Peserta hendaklah memahami tajuk syarahan yang ada hubungkait dengan sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Ada juga peserta yang terkeliru dengan istilah. Penguasaan istilah cukup penting kerana ianya memberi gambaran penguasaan tajuk secara keseluruhan.

5. Bahasa yang berbunga dan puitis tidak perlu dalam menyampaikan syarahan terutama dalam muqadimmah para peserta.

Kita harapkan para peserta yang diacu melalui syarahan agama ini mampu menjadi pendakwah yang baik. pendakwah yang berupaya memukau hadirin seterusnya menyemarak medan dakwah. InsyaAllah


Persiapan Syarahan Agama Spontan

Dengan hasrat untuk melahirkan para daie yang kreatif dan kreatis atau pencapaian pemikiran yang mencapai pemikiran aras KEBAT, format baru syarahan agama agak menguji minda para pelajar yang menyertai syarahan Agama Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) Pada akhir -akhir ini.

Apa pun sebagai persiapan para peserta, syarahan spontan selama 5 minit ini memerlukan kepada pelajar untuk menghadam seluruh tajuk dalam sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih pensyarah dari tingkatan berapa, asalkan jurulatih menyakini pelajar tersebut mampu menguasai keseluruhan sukatan. Kalau saya, saya lebih cenderung untuk memilih pelajar yanb bijak dak kreatif dalam mengolah isu disamping kemampuan penguasaan ayat-ayat Al Quran.

Masa syarahan

Masa yang diperuntukan selama 7 minit, 2 minit untuk persiapan pensyarah setelah mendapat undian tajuk dan 5  minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap.

Isi syarahan yang Lengkap

Syarahan yang lengkap ialah isi syarahan yang mengandungi
1. 3 isi syarahan. Setiap isi yang lengkap mempunyai :-
     A. Isi
     B. Huraian kepada isi
     C. Kaitkan dengan isu semasa ( sebaiknya memberi fakta dan isu terkini)
     D. Pengajaran atau penekanan kepada isi
     E. Mengemukan Nas (Al-Quran atau hadis)
     F. Terjemahan kepada Nas

Markah penuh untuk isi ialah 20 markah termasuk 2 markah bonus.

Bagaimana untuk dapat 2 markah bonus?

Markah bonus akan diberikan sekiranya pensyarah berjaya menyampaikan syarahan yang mengandungi :-
1. sekiranya isi mempunyai sekurang-kurangnya  3 daripada kelengkapan isi
2. Pengolahan yang baik
3. Hujah-hujah yang meyakinkan

Bagaimana kaedah pelaksanaan syarahan spotan?

1. Selepas cabutan giliran ,peserta dikehendaki mencabut salah satu tajuk yang telah disediakan oleh pihak kehakiman di atas pentas syarahan.

2. Peserta diberi masa 2 minit untuk membuat persiapan isi tajuk syarahan.

3. Peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap dengan mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi. Lebih daripada 3 isi, ianya bakal mendapat markah bonus sekiranya lengkap.

Selamat Maju Jaya


 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top