Perkampungan Mursyid Negeri

Buat Julungkalinya, Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang barisan depan guru Pendidikan Islam yang telah ditauliahkan sebagai Mursyid daerah dan negeri. Setiap daerah dijemput empat orang mursyid yang terdiri daripada 2 orang ustaz dan dua orang Ustazah.

Program tiga hari dua malam tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Islam,kementerian Pendidikan Malaysia yang berbahagia Ust Abdullah Md Din, turut serta pengarah bahagian Dakwah dan syiar Islam KPM.

Selain daripada program daurah Mursyid, kami turut diisi oleh Biro Tatanegara (BTN) dengan slot yang cuba dikaitkan dengan peranan Guru Pendidikan Islam dan kenegaraan.

Paling mengembirakan kami sikap rendah diri dan keterbukaan pegawai-pegawai sektor pendidikan Islam Sabah khususnya ust Mohamaed Zaki Abdul Ghani. yang turut menjadi peserta BTN dan berperanan aktif.
Kumpulan 2, bergambar dengan ketua sektor dan Pegawai dakwah
UstAbdullah Md Din, Pengarah jabatan Pendidikan Islam Malaysia
Tazkirah maghrib disampaikan Ketua Sektor Pendidikan Islam Sabah
Menekuni ceramah oleh UstAbdullah Md Din
gambar jemaah berlatarkan Gunung Kinabalu

SPI dan BTN Kundasang,gabungan erat
Nyanyi Lagu 1 Malaysia, Satu

Teknik Menjawab SMK Paris

Alhamdulillah, engine menuju kecemerlangan SPM sudah dihidupkan oleh sekolah-sekolah daerah Kinabatangan. Seminar Teknik menjawab sudah mula dilakukan di sekolah-sekolah berdekatan. kalau pada 2 MEI baru-baru ini, saya bersama-sama dengan pelajar SPM SMK Bukit Garam II, Alhamdulillah minggu ni,berkesempatan dengan calon-calon SPM SMK Paris.

Alhamdulillah, kesungguhan yang tinggi daripada pelajar menekuni pendedahan yang saya berikan dan paling membanggakan saya bila pihak pentadbir sekolah,khususnya Puan Pengetua, Pn Wanihin dan  ketua Bidang turut serta bersama dan memantau program berjalan. dalam masa yang sama diadakan disebelah kami, subjek pendidikan Moral yang disampaikan oleh Pengetua SMK Beluran Bistari.

Terima kasih pihak SMK Paris,khususnya Cikgu Samsul yang memberikan ruang kepada saya untuk bersama-sama memacu kecemerlangan pendidikan,khususnya Pendidikan islam di daerah ini. Kepada para pelajar SMK Paris, Selamat maju jaya
mendengar dengan kusyuk (barangkali!)

sebahagian peserta yang ceria
Cikgu Samsol yang mengulung seminar

Nusyuz

Nusyuz ialah :ingkar kepada suami

Kata Tugas Dalam Pendidikan Islam

BIL
KATA TUGAS DAN PENERANGANNYA
01
Bariskan ayat... 

Memerlukan jawapan yang tepat seperti dalam al-Qur'an.
02
Sambungkan ayat...

Memerlukan jawapan yang tepat berdasarkan ayat.
03  
Susun ayat... 

Memerlukan jawapan yang tepat seperti dalam al-Qur'an.
04
Terangkan...    

Memerlukan jawapan yang berbentuk keterangan lanjut.
05
 Huraikan...        

Memerlukan jawapan yang berdasarkan isi penting dalam sesuatu tajuk.
06
Jelaskan...    

Memerlukan jawapan yang panjang.
07
Nyatakan... 

Memerlukan jawapan yang tepat.
08
Kemukakan hujah... 

Memerlukan pandangan dan alasan.
09
Beri pandangan anda... 

Calon perlu membuat analisis
10
Bandingkan... 

Perlu memberi perbandingan samada berupa persamaan atau perbezaan.
11
Bezakan...     

Memerlukan jawapan yang ada perbezaan sahaja
12
Cadangkan….        

Calon perlu mengemukakan pandangan.
13
Apakah...  

Calon perlu memberikan maklumat ringkas.
14
Bagaimanakah...     

Memerlukan jawapan yang menjelaskan cara.
15 
Tuliskan catatan ringkas..  
Memerlukan jawapan yang mengandungi beberapa isi.
16
Sejauh manakah…… 

Calon perlu menerangkan dengan panjang lebar.
17
Mengapakah…..

Calon perlu menjelaskan sebab musabab.

Cuti Menghampiri, PeperiksaanJadi Keutamaan

Cuti pertengahan tahun sedang menghampiri masa warga sekolah dalam suasana peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berjalan. Sekalipun sudah berada dai penghujung, ianya tidak boleh dipandang entang kerana ianya masih jauh untuk berakhir. Peperiksaan yang sebenar ialah peperiksaan Awam yang akan menentukan hala tuju masa depan pelajar selepas ini. Peperiksaan ini hanyalah sebagai pendedahan untuk menguji tahap kesediaan dan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang telah dilalui.
Tekun menjawab soalan peperiksaan

Cuti bukanlah bermakna masa untuk berehat dan bersantai. Cuti hanya sekadar memberi kesegaran motivasi, semangat dan melengkapkan diri dengan kekurangan dan kelompongan pelajaran yang telah dilalui hampir setengah tahun.

Ketinggalan pelajaran kerana kesihatan, terlibat dalam aktiviti ko kurikulum, masalah peribadi dan sebagainya mesti diselesaikan dalam cuti persekolahan. Kelas tambahan barangkali perlu dipenuhi kerana diruang inilah adanya ruang-ruang kosong yang ditinggalakn oleh pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam. Kesesakan kelas selama ini boleh dikurangkan dalam musim cuti. Apa pun bagi pelajar yang akan balik bercuti di kampung-kampung pendalam, hati-hati dalam perjalanan dan berilah sumbangan kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat kalian setelah sekian lama meninggalkan kampung halaman untuk menuntut ilmu demi sebuah perjuangan. Perjuangan mengangkat maruah dan martabat keluarga, bangsa dan negara. Siru ala barakatillah.

Hari Guru Hari Pelajar

Sambutan hari guru disambut dengan deretan ucapan "Selamat Hari Guru" dari kalangan pelajar dan ibubapa. Tidak kurang juga daripada rakan -rakan guru yang bagaikan lebih syok daripada pelajar. Maklumlah, hari kebesaran guru, kadang-kadang guru ini bagaikan "minta puji", bilang orang Sungai.

Sudah menjadi lumrah bagi warga SMK Bukit Garam menyambut hari guru dengan sukanneka antara guru diawal paginya dan waktu tengaharinya dengan sambutan di dewan sekolah. Disanalah diisi dengan ikrar guru-guru bagi memperbaharui azam untuk mendidik anak bangsa secara bersungguh-sungguh. Selain dari itu, adanya beberapa penghargaan kepada guru-guru daripada pelajar dan pentadbir sekolah.

Pentadbir sekolah memberi anugerah kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi pelajaran mereka dalam peperiksaan awam manakala pelajar mencadangkan anugerah guru penyayang, guru kreatif dan guru dedikasi serta guru tegas.

Tahniah kepada guru-guru yang dihargai. Ada barangkali guru yang tiada pengiktirafan daripada pentadbir dan pelajar, cabutan bertuah mungkin pengubat luka. Apa pun, pada saya..biarlah hari guru ini untuk meraikan semua guru atau sebahagian besar guru-guru. Ianya tidak perlu terlalu skima atau formal. Jadilah hari untuk mengikat ukhwah, pengubat luka, penambat kasih sayang. Biar tidak ada penumpang dalam bahtera yang besar . Anggaplah kita semua anai-anai yang berusaha membina busut dan menjaga ratu. Ratu itu ialah generasi baru yang bakal mewarnai masa depan negara.

Guru SMK Bukit Garam telah menunjukkan keserasian dan semangat mahabbah yang tinggi. Sukaneka guru-guru umpamanya begitu meriah dengan gurau senda, tipu muslihat dan keghairahan. Semuanya bukti, kami dapat berkerja dalam pasukan sekalipun kekadang mengundang kontroversi yang tidak perlu disensaikan. Betul sebagaimana ucapan Pengetua dalam perasmian hari guru pada tahun ini, jangan ikut semua telatah guru-guru dalam sukaneka tadi kerana guru-guru sudah profesional. Matlamat kami bersukan, bukan untuk mencari pemenang tetapi lebih kepada berhibur dan menghibur dalam keterbatasan.
Sudah cukup mengundang bangga. Bukan handphone itu....

Terima kasih kepada pelajar yang tidak pernah kering bibir dengan ucapan Selamat hari guru. Teristimewa yang memberi hadiah kepada saya sekalipun sudah tidak mengajar mereka. Hadiahnya cukup istimewa kepada guru walaupun nilainya tidak seberapa. Terasa sebak dalam dada, rupanya...aku juga minta puji...

Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MARKEP 2014) SMK BUKIT GARAM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar 
Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat Baginda sekelian

يَا اَلله ُ يَا مَالِكُ القُدُّوْسُ
Kami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu, kami dapat 
menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bukit Garam
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami memohon kepadaMu, agar Engkau Berkati majlis ini dengan limpah sifat rahman dan rahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْدُ
Disaat ini juga,kami rafakkan tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan modal insane.
يَا اَلله يا مجيب
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi manifestasi dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembeleng tenaga untuk 
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini

. اللهم يا رحمن يا رحيم
Sempurnakanlah kami sebagai hamba, yang sentiasa beriman. Perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan keafiatan,keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhkanlah hati 
kami dari perkara yang membawa kea rah kerosakan dan kemaksiatan
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا 
Ya Allah, Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan  yang
 dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan   yang diberkati dan dilindungi. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana, kebinasaan dan kerosakkan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmatMu
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى

Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Negeri

SMK Kuhara yang menjadi medan terakhir peringkat Negeri Sabah untuk para peserta membuktikan kebolehan dan kewibawaan dalam menyampaikan mesej dakwah.

Alhamdulillah, secara keseluruhan, para peserta berupaya menyampaikan syarahan dengan baik sekalipun menerima soalan spontan yang saya kira cukup mencabar. Beberapa komen dan juga penambahbaikan yang perlu kita selaku jurulatih atau peserta lakukan:-

1. Penguasaan dalil Al-Quran dan hadis dengan lebih baik dan fasih
2. Tidak terikat dengan teks syarahan yang lama,yang menggambarkan pelajar menghafaz ayat-ayat syarahan sehingga mengemukakan hujah atau bukti yang sudah lama.
3. Hendaklah mengemukakan fakta kes yang terkini, seboleh yang berlaku kelmarin kecuali ianya melibatkan sirah Rasulullah dan kisah para sahabat. Jika berupaya mengemukakan dalam bentuk angka, itu lebih baik.

4. Peserta hendaklah memahami tajuk syarahan yang ada hubungkait dengan sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Ada juga peserta yang terkeliru dengan istilah. Penguasaan istilah cukup penting kerana ianya memberi gambaran penguasaan tajuk secara keseluruhan.

5. Bahasa yang berbunga dan puitis tidak perlu dalam menyampaikan syarahan terutama dalam muqadimmah para peserta.

Kita harapkan para peserta yang diacu melalui syarahan agama ini mampu menjadi pendakwah yang baik. pendakwah yang berupaya memukau hadirin seterusnya menyemarak medan dakwah. InsyaAllah


Persiapan Syarahan Agama Spontan

Dengan hasrat untuk melahirkan para daie yang kreatif dan kreatis atau pencapaian pemikiran yang mencapai pemikiran aras KEBAT, format baru syarahan agama agak menguji minda para pelajar yang menyertai syarahan Agama Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) Pada akhir -akhir ini.

Apa pun sebagai persiapan para peserta, syarahan spontan selama 5 minit ini memerlukan kepada pelajar untuk menghadam seluruh tajuk dalam sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih pensyarah dari tingkatan berapa, asalkan jurulatih menyakini pelajar tersebut mampu menguasai keseluruhan sukatan. Kalau saya, saya lebih cenderung untuk memilih pelajar yanb bijak dak kreatif dalam mengolah isu disamping kemampuan penguasaan ayat-ayat Al Quran.

Masa syarahan

Masa yang diperuntukan selama 7 minit, 2 minit untuk persiapan pensyarah setelah mendapat undian tajuk dan 5  minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap.

Isi syarahan yang Lengkap

Syarahan yang lengkap ialah isi syarahan yang mengandungi
1. 3 isi syarahan. Setiap isi yang lengkap mempunyai :-
     A. Isi
     B. Huraian kepada isi
     C. Kaitkan dengan isu semasa ( sebaiknya memberi fakta dan isu terkini)
     D. Pengajaran atau penekanan kepada isi
     E. Mengemukan Nas (Al-Quran atau hadis)
     F. Terjemahan kepada Nas

Markah penuh untuk isi ialah 20 markah termasuk 2 markah bonus.

Bagaimana untuk dapat 2 markah bonus?

Markah bonus akan diberikan sekiranya pensyarah berjaya menyampaikan syarahan yang mengandungi :-
1. sekiranya isi mempunyai sekurang-kurangnya  3 daripada kelengkapan isi
2. Pengolahan yang baik
3. Hujah-hujah yang meyakinkan

Bagaimana kaedah pelaksanaan syarahan spotan?

1. Selepas cabutan giliran ,peserta dikehendaki mencabut salah satu tajuk yang telah disediakan oleh pihak kehakiman di atas pentas syarahan.

2. Peserta diberi masa 2 minit untuk membuat persiapan isi tajuk syarahan.

3. Peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan syarahan yang lengkap dengan mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi. Lebih daripada 3 isi, ianya bakal mendapat markah bonus sekiranya lengkap.

Selamat Maju Jaya


 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top