ZINA DAN QAZAF



Surah an-Nuur ayat 2 - 5

1.Sebutkan pengertian/takrif  zina dan hukumnya.
i. .Zina ialah melakukan hubungan jenis/persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa   ikatan pernikahan yang sah mengikut hukum syarak. 

ii. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

2.Terangkan punca/sebab/faktor berlakunya perbuatan zina.
i.      tidak mempunyai didikan agama yang cukup.
ii.    pergaulan bebas - pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa   segan silu dan batasan mendorong mereka melakukan perbuatan zina.
iii.    
terpengaruh dengan filem-filem lucah dan majalah-majalah yang memberahikan.

3. Nyatakan akibat/kesan buruk berlakunya zina kepada individu dan masyarakat.
         i.mendatangkan  penyakit seperti AIDS atau siflis.
        ii.merosakkan maruah diri dan keturunan.
        iii.memporak-perandakan rumahtangga.
    iv.melahirkan masyarakat yang tidak bermoral,berakhlak dan tidak bermaruah.

 4. Terangkan bagaimanakah caranya/langkah mengatasi berlakunya zina.
a-    Memahami dan menhayati ajaran Islam bersungguh-sungguh.
b-    Menguatkan keimanan kepada ALLah.
c-    Bergaul dengan orang-orang yang soleh dan baik.
d-    Menggelakkan diri daripada bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.

5. Apakah hukuman terhadap orang berzina/hukum hudud mengikut al-Quran.

Hukuman hudud terhadap mereka yang berzina terbahagi kepada dua iaitu:
         i.             direjam dengan batu terhadap penzina yang telah berkahwin.
        ii.              disebat seratus kali sebatan terhadap penzina yang masih bujang.

6. Sebutkan kesan -kesan buruk yang timbul daripada menuduh zina terhadap perempuan baik (qazaf)
         i.mewujudkan permusuhan yang akan memporak porandakan   masyarakat.
        ii.menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak    yang menuduh dan pihak yang kena tuduh.
        iii.pihak yang kena tuduh akan mengalami tekanan jiwa dan perasaan   yang membawa kepada  
            kejadian yang tidak diingini.
        iv.zuriat yang lahir hasil daripada tuduhan berzina akan menjadi  mangsa fitnah yang membawa
           kesengsaraan sepanjang hidupnya.
        v.rumahtangga yang aman akan menjadi porak poranda.

7. Terangkan hukuman terhadap “orang yang menuduh zina” kepada seseorang.
  • Hendaklah membawa 4 orang saksi. Jika tidak
  • Dia akan disebat sebanyak 80 kali.

8. Tuliskan ciri-ciri atau sifat-sifat wanita solehah

a.Sentiasa memelihara maruah dan harga diri dengan mempamerkan akhlak  yang baik dan mulia.
b.Berpegang teguh dengan ajaran agama, tidak mudah terpengaruh dengan  gejala mungkar. 
c.Menjaga nama baik diri,ibu bapa, keluarga dan suami. d.Sentiasa berpakaian menutup aurat.

Amali sembelihan

Program rutin Panitia Pendidikan Islam, SMK Bukit Garam ialah amali sembelihan yang melibatkan pelajar tingkatan 4. Program yang bertujuan mendedahkan kepada pelajar secara praktikal penyembelihan berkonsepkan halalan toyiba.

Program ini juga bertujuan membuka minda pelajar untuk melakukan sembelihan sendiri untuk makanan harian mereka. Ini memandangkan kepada senario masyarakat yang selesa membeli ayam paket dari kedai yang tidak diketahui sejauhmana proses penyembelihan mereka menepati syara.

Selain itu, program seumpama ini boleh menyedarkan pelajar sebagai anggota masyarakat untuk menternak sendiri binatang bagi mendapatkan kesegaran makanan dan membina ekonomi sara diri atau komersil..
 Proses mencabut bulu ayam
 Susah nak cakap...
 Memperkenalkan urat halkum dan urat merih yang sudah putus
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top