Kesilapan Calon SPM dalam Mengemukan Jawapan

Calon SPM sering terkeliru dalam memberikan jawapan yang tepat bagi memastikan mereka mendapat markah penuh dalam setiap ujian atau persoalan yang dikemukakan. Di sini ustaz mendedahkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. Pendedahan ini dibuat bagi mengelakkan pelajar mengulangi cara jawapan sebegini yang boleh merugikan calon. Antara kesilapan tersebut ialah :

1. Keliru dengan beberapa istilah yang seakan

a. Sembelihan, korban dan aqiqah
b. Nusyuz, li'an dan zihar
c. Sihir dan syirik
- biasa soalan sebegini meminta maksud kalimah dan disertakan dengan sebab/ punca/hikmat/ cara mengatasi dan sebagainya. Jadi, apabila calon tersilap memberi maksud perkataan di atas, ianya akan melibatkan soalan yang seterusnya yang memungkinkan anda bakal kehilangan sehingga 10 markah.

2. Jawapan payung atau jawapan yang membawa maksud yang sama.
Contohnya:
i. Jelaskan langkah-langkah menangani ajaran sesat
Jawapan:
i. adakan majlis-majlis agama
ii. mengadakan kelas berkaitan agama untu memahamkan masyarakat

b. Berikan kesan-kesan pengabaian pendidikan anak-anak
Jawapan: 
i. anak-anak akan kurang ajar kepada orang tua
ii. anak-anak akan derhaka kepada ibubapa

c. Terangkan akibat sihir
i. masyarakat menjadi kucar kacir
ii. kehidupan masyarakat menjadi kucar kacir

Jawapan-jawapan ini memberikan maksud yang sama yang melayakan calon hanya mendapat 2 markah sahaja sekira markah penuhnya 4 markah.

3. Jawapan umum

i. Sebutkan dua sifat peribadi Imam Ghazali
Jawapan - bijak
               - Rajin
               - bertaqwa
Sepatutnya, calon mengemukan perkara-perkara atau usaha-usaha yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali yang menunjukkan beliau seorang yang bijak, rajin dan bertaqwa.

4. Istilah yang berbentuk ibadah mestilah berakhir dengan kerana Allah (niat)
contoh:
i. Sembelihan : Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih kerana Allah.
ii. Haji : mengunjungi Baitullahi Haram di Mekah dengan melakukan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat tertentu dapa masa-masa tertentu kerana Allah.

Mudahnya, Ibadah yang dilakukan mestilah kerana Allah.

5. Jawapan yang terlampau ( Ekstrim)
Soalan : Apakah hukuman kepada pencuri?
Jawapan : kedua-dua tangannya dipotong
              : Kaki dan tangannya dipotong bersilang

Soalan : Apakah hukuman kepada penzina?
Jawapan : Disula didepan khalayak ramai
               : Mereka hendaklah disegera dinikahkan dan dipermudahkan urusan perkahwinannya

Jawapan ini sekalipun seakan betul tetapi ianya tetap salah dan mencemarkan kesucian Islam.

6. Tidak Menjawab persoalan yang dikemukakan, sebaliknya pelajar menulis apa yang mereka tahu tentang tajuk persoalan itu.
- Pelajar sepatutnya betul-betul memahami kehendak soalan ketika hendak mengemukakan jawapan.

7. Tidak Menjawab dan membiarkan kosong. Pelajar sekadar menulis inti jawapan.
- Tindakan seumpama ini amat merugikan pelajar kerana peperiksaan adalah pertarungan yang mesti dikemukan hujah sekalipun longgar dan dibimbangi salah.

8. Jawapan Yang tidak ada dalam Sukatan dan Tidak Di ajar guru
Contoh soalan
i. Sebutkan perkara-perkara makruh semasa sembelihan
Jawapan :
i. Haiwan yang disembelih masih kecil dan belum baligh (sejak bila pula haiwan ada umur baligh?)
ii. Haiwan yang ingin disembelih diratapi

semoga kesilapan-kesilapan yang ditunjukkan disini dapat dapat diperbaiki  meningkatkan mutu jawapan Pendidikan Islam SPM nanti. Selamat berusaha dan selamat maju jaya. Yakinlah, Keputusan Pendidikan Islam adalah maruah anda....


Keliru Ilmu dengan Pengetahuan Sedia Ada

Set induksi dan soal jawab dengan pelajar kerap kali akan bertemu dengan jawapan-jawapan pelajar yang didasarkan dengan pengetahuan yang sedia ada mereka.

Antara perkara yang sering menjadi kekeliruan pelajar Tingkatan 4 dan 5 ialah :-

i. Hukuman kepada penzina
- disulah

ii. perkara yang dilakukan semasa aqiqah
- Cukur Jambul

iii. amalan bertimbang semasa aqiqah
- timbang ibubapa atau timbang anak

iv. Istilah Qisas dan ketulahan
-   hukuman bagi mereka yang telah melakukan kejahatan kepada orang lain.

v. cara menyelesaikan isteri yang nusyuz
 -  Cerai

vi.  ciri-ciri calon isteri menurut Islam
- bersopan santun

Pengetahuan sedia ada ini, biasanya pengaruh daripada :-

a. amalan harian yang berlaku dalan masyarakat

b. filem-filem dan cerita-cerita

Cadangan cara mengatasi :
a. menyediakan bahan bacaan yang menjawab persoalan dan kekeliruan
b. menganjurkan majlis atau simulasi yang bersih daripada unsur kekeliruan
c. mengajak berfikir sebab dan asbab
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top