Nusyuz

Nusyuz ialah :ingkar kepada suami

Kata Tugas Dalam Pendidikan Islam

BIL
KATA TUGAS DAN PENERANGANNYA
01
Bariskan ayat... 

Memerlukan jawapan yang tepat seperti dalam al-Qur'an.
02
Sambungkan ayat...

Memerlukan jawapan yang tepat berdasarkan ayat.
03  
Susun ayat... 

Memerlukan jawapan yang tepat seperti dalam al-Qur'an.
04
Terangkan...    

Memerlukan jawapan yang berbentuk keterangan lanjut.
05
 Huraikan...        

Memerlukan jawapan yang berdasarkan isi penting dalam sesuatu tajuk.
06
Jelaskan...    

Memerlukan jawapan yang panjang.
07
Nyatakan... 

Memerlukan jawapan yang tepat.
08
Kemukakan hujah... 

Memerlukan pandangan dan alasan.
09
Beri pandangan anda... 

Calon perlu membuat analisis
10
Bandingkan... 

Perlu memberi perbandingan samada berupa persamaan atau perbezaan.
11
Bezakan...     

Memerlukan jawapan yang ada perbezaan sahaja
12
Cadangkan….        

Calon perlu mengemukakan pandangan.
13
Apakah...  

Calon perlu memberikan maklumat ringkas.
14
Bagaimanakah...     

Memerlukan jawapan yang menjelaskan cara.
15 
Tuliskan catatan ringkas..  
Memerlukan jawapan yang mengandungi beberapa isi.
16
Sejauh manakah…… 

Calon perlu menerangkan dengan panjang lebar.
17
Mengapakah…..

Calon perlu menjelaskan sebab musabab.

Cuti Menghampiri, PeperiksaanJadi Keutamaan

Cuti pertengahan tahun sedang menghampiri masa warga sekolah dalam suasana peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berjalan. Sekalipun sudah berada dai penghujung, ianya tidak boleh dipandang entang kerana ianya masih jauh untuk berakhir. Peperiksaan yang sebenar ialah peperiksaan Awam yang akan menentukan hala tuju masa depan pelajar selepas ini. Peperiksaan ini hanyalah sebagai pendedahan untuk menguji tahap kesediaan dan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang telah dilalui.
Tekun menjawab soalan peperiksaan

Cuti bukanlah bermakna masa untuk berehat dan bersantai. Cuti hanya sekadar memberi kesegaran motivasi, semangat dan melengkapkan diri dengan kekurangan dan kelompongan pelajaran yang telah dilalui hampir setengah tahun.

Ketinggalan pelajaran kerana kesihatan, terlibat dalam aktiviti ko kurikulum, masalah peribadi dan sebagainya mesti diselesaikan dalam cuti persekolahan. Kelas tambahan barangkali perlu dipenuhi kerana diruang inilah adanya ruang-ruang kosong yang ditinggalakn oleh pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam. Kesesakan kelas selama ini boleh dikurangkan dalam musim cuti. Apa pun bagi pelajar yang akan balik bercuti di kampung-kampung pendalam, hati-hati dalam perjalanan dan berilah sumbangan kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat kalian setelah sekian lama meninggalkan kampung halaman untuk menuntut ilmu demi sebuah perjuangan. Perjuangan mengangkat maruah dan martabat keluarga, bangsa dan negara. Siru ala barakatillah.

Hari Guru Hari Pelajar

Sambutan hari guru disambut dengan deretan ucapan "Selamat Hari Guru" dari kalangan pelajar dan ibubapa. Tidak kurang juga daripada rakan -rakan guru yang bagaikan lebih syok daripada pelajar. Maklumlah, hari kebesaran guru, kadang-kadang guru ini bagaikan "minta puji", bilang orang Sungai.

Sudah menjadi lumrah bagi warga SMK Bukit Garam menyambut hari guru dengan sukanneka antara guru diawal paginya dan waktu tengaharinya dengan sambutan di dewan sekolah. Disanalah diisi dengan ikrar guru-guru bagi memperbaharui azam untuk mendidik anak bangsa secara bersungguh-sungguh. Selain dari itu, adanya beberapa penghargaan kepada guru-guru daripada pelajar dan pentadbir sekolah.

Pentadbir sekolah memberi anugerah kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi pelajaran mereka dalam peperiksaan awam manakala pelajar mencadangkan anugerah guru penyayang, guru kreatif dan guru dedikasi serta guru tegas.

Tahniah kepada guru-guru yang dihargai. Ada barangkali guru yang tiada pengiktirafan daripada pentadbir dan pelajar, cabutan bertuah mungkin pengubat luka. Apa pun, pada saya..biarlah hari guru ini untuk meraikan semua guru atau sebahagian besar guru-guru. Ianya tidak perlu terlalu skima atau formal. Jadilah hari untuk mengikat ukhwah, pengubat luka, penambat kasih sayang. Biar tidak ada penumpang dalam bahtera yang besar . Anggaplah kita semua anai-anai yang berusaha membina busut dan menjaga ratu. Ratu itu ialah generasi baru yang bakal mewarnai masa depan negara.

Guru SMK Bukit Garam telah menunjukkan keserasian dan semangat mahabbah yang tinggi. Sukaneka guru-guru umpamanya begitu meriah dengan gurau senda, tipu muslihat dan keghairahan. Semuanya bukti, kami dapat berkerja dalam pasukan sekalipun kekadang mengundang kontroversi yang tidak perlu disensaikan. Betul sebagaimana ucapan Pengetua dalam perasmian hari guru pada tahun ini, jangan ikut semua telatah guru-guru dalam sukaneka tadi kerana guru-guru sudah profesional. Matlamat kami bersukan, bukan untuk mencari pemenang tetapi lebih kepada berhibur dan menghibur dalam keterbatasan.
Sudah cukup mengundang bangga. Bukan handphone itu....

Terima kasih kepada pelajar yang tidak pernah kering bibir dengan ucapan Selamat hari guru. Teristimewa yang memberi hadiah kepada saya sekalipun sudah tidak mengajar mereka. Hadiahnya cukup istimewa kepada guru walaupun nilainya tidak seberapa. Terasa sebak dalam dada, rupanya...aku juga minta puji...
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top