Pantun Mesyuarat PIBG

Tahniah dan terima kasih Hjh Sarmiah
Memimpin PIBG begitu lama
Budi dan baktimu jadilah jariah
Mengeratkan pendidik dan ibubapa

Ke sungai Balat, doa tolak bala
Terkejut tapah,lais dan juga buaya
YDP Hj Sarmiah minta satu kepala
Ibubapa ada anak mesti pegang YDPertua

Anak tiada,cucu tiada
Macamana mau bertanding yang dipertua
Anak tiri, kita ambil kira
Demi agama,bangsa dan negara...hehe

Sungai Kuamut, Sungai Lokan 
Paksa anak tinggal asrama
Tuan Abd Rait PPD harapan
Tekan fahami visi, kukuh kerjasama


En Tan Ping Seng pengetua cemerlang
Pn Sutina, En Azmi timbalan bervisi
Sabar bha sekejap kalau mau pulang
Kita buat pemilihan, AJK PIBG

Pergi SEDCO beli kelapa
Pisang molek masak lebu
Hari ini ibu lebih daripada bapa
Itu tanda kasih sayang ibu

Hari ini kita buat keputusan
Memilih jawatankuasa pemancu masa depan
Bersedialah memikul amanah dan jawatan
Semoga terbangun modal insan

Mengundi sudah lantik sudah
Tinggal masa buat kerja
Tidak terlantik usahlah gundah
AJK dan ahli, ada peranannya

Terima kasih tuan juga puan
Atas kerjasama yang diberikan
Salah silap harap maafkan
InsyaAllah, kita jumpa lagi 2 tahun akan datang

Selamat Menjalani Peperiksaan

Peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan di SMK Bukit Garam bagi minggu pertama. Peperiksaan selepas Majlis sukan sekolah dan Selepas Pilihanraya Umum ke 13 ini, bakal menguji keupayaan pelajar memahami isi kandung pelajaran yang telah dicurahkan hampir 5 bulan lalu.


Kepada semua pelajar, selamat maju jaya. Gunakan medan peperiksaan pertengahan tahun ini untuk membina keyakinan anda mencipta kejayaan yang lebih bermakna di masa akan datang

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top