SMK BUKIT GARAM YANG DITINGGALKAN

Setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sekolah terulung di Kinabatangan, aku dengan berat hati akan meninggalkan sekolah yang telah mendewasakan aku dan mencipta terlalu banyak kenangan manis walaupun sesekali dilambung ombak. Itulah  adat resam dalam membina kerjaya dan diri.

Mengenang peristiwa penempatan awal sebagai guru kementerian Pelajaran Malaysia setelah aku meninggal Yayasan Islam Kelantan dengan tekad untuk mencuba suasana baru. Aku memilih untuk ditempatkan di Sabah atas dasar ruang dakwah yang luas yang dikhabarkan kepadaku oleh anak anak Sabahan. Setiba di Kota Kinabalu, aku bertemu dengan  kawan-kawan yang sudah bertugas di Sabah, ada beberapa orang sahabat yang menawarkan diri untuk berjumpa dengan pegawai penempatan untuk menempatkan aku dibeberapa sekolah dibandar Kota Kinbalu dan Sandakan. aku menolak tawaran tersebut kerana ingin ditempatkan di tempatkan tidak akan aku jangka. tepatlah kata Ketua Sektor Pendidikan Islam Sabah ketika itu, Ybrs Ust Muhammad Deraman bahawa surat penempatan yang diberikan nanti dianggap sebagai 'suratan takdir".

Suratan takdir yang kuterima bertulis SMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN menimbulkan berbagai andaian di dalam kepalaku. Setahu aku Kinabatangan ini terkenal dengan kawasan pembalakkan ketika belajar ilmu geografi diperingkat sekolah menengah. rupanya, aku tidak keseorangan, bersama aku juga dua orang pelajar Maktab Perguruan Islam lepas Jordan iaitu Ust Bakri Aziz dan Ust Khairul Anuar.

Kami diterbangkan dari lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju Lapangan Terbang Sandakan. Di Sandakan, kami disambut oleh dua orang guru dari SMK Bukit Garam yang berkereta Nissan Sunny. Ku coretkan nama mereka di sini sebagai menghargai jasa baik mereka. Mereka ialah pemilik kereta nissan Sunny Cikgu Japri Kasran, Ust Mahadi .Murah. Mereka sedikit kalut, bila kereta mereka tidak dapat menampung kami. Kedengaran mereka bertelefon ke sekolah minta jalan kerana seorang ustaz membawa isteri bersama. Akulah itu yang bawa isteri. sebagai jalan penyelesaian mereka terpaksa menyewa sebuah teksi untuk membawa aku dan isteri dan diiringi oleh Ustaz Mahadi. sepanjang perjalanan, Ust Mahadi memberi gambaran tentang Kinabatangan dan juga SMK Bukit Garam. Aku ingatkan dia sudah lama di Kinabatangan, rupanya baru hujung tahun lepas guru kelahiran  Sabak Bernam ini diposting..mungkin kerana keseronokkan menerima rakan baru...

Sepanjang perjalanan, banyak kali aku terlelap mata dan tercelik..bila kucelik hanya sawit sahaja yang kusaksikan.Kerap juga ku bertanya Ust Mahadi tentang jaraknya. Ust Mahadi menyabarkan aku. Kami sampai di sekolah di waktu petang. Sesi sekolah petang sedang berjalan. Kami melaporkan diri kepada Penolong Kanan HEM, Tn Hj Ismail Jusoh, juga seorang ustaz yang berasal dari Terenggaanu. Aku ditempatkan di rumah sementara di Rumah Pengetua yang kosong sekian lama. Sementara Ust Khairul dan Ust Bakri yang masih bujang ditempatkan di flat bersama geng-geng bujang termasuk Ust Mahadi. Bermula pada hari itulah 8hb Februari 2001 aku menjadi warga SMK Bukit Garam, Kinabatangan.....Bersambung, InsyaAllah

SENIKATA LAGU PUTERI ISLAM



Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

IKRAR PUTERI ISLAM


IKRAR
BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :


Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
  • Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
  • Membangunkan diri dengan sempurna
  • Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
  • Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

DOA HARI CERAMAH PDP ABAD KE 21 GURU CEMERLANG

Segala puji dan puja selayaknya untukMu Ya Allah, selawat dn salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw, kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.
  اللهم ءانت العزيز الجليل

Kami menadah tangan pada pagi ini, dalam majlis Ceramah Abad Ke 21, bagi merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapMu, di atas kurnianMu yang tidak ternilai bagi kami.

اللهم يا الله يا رحمن يارحيم

Sesungguhnya kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara ke arah kecemerlangan. Justeru, suburkanlah dalam diri kami semangat dan iltizam kami untuk berbudaya cemerlang. Cemerlang akhlak, cemerlang pendidikan, cemerlang berkeluarga, cemerlang bermasyarakat dan seterusnya cemerlang dalam bernegara.
اللهم يا الله يا فتاح يا عليم

Permudahkan urusan kami, ilhamkanlah dalam fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif dan berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami,eratkanlah saliturrahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.

اللهم ياکريم يا ودود

ربنا عليک توکلنا واليک انبنا واليک المصير
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top