Selamat Menghadapi Peperiksaan Muridku

Selepas cuti hari Pekerja, para pelajar dikerah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang bermula 3 Mei dan akan berakhir pada 20 mei. Semoga ruang peperiksaan ini digunakan untuk mengukuhkan isi pengajian yang telah dipelajari selama ini.

Musim peperiksaan bukanlah bererti berakhirnya sesi pengajian dan hubungan murid dengan guru, malah pada waktu sebeginilah, murid seharusnya merasai betapa penting guru sebagai pembimbing untuk memantapkan ilmu yang dipelajari. Mungkin kekeliruan itu dapat diselesaikan melalui munaqasah dan taujihad oleh guru-guru kita.

Pelajar sekelian,

Peperiksaan mengingatkan kita betapa hidup ini akan sentiasa ada penghisaban dan markah tertentu. Markah itu akan melayakkan kita mendapat sesuatu. Begitu jugalah hubungan kita sebagai hamba Allah. Allah tugaskan kita untuk mengabdikan diri kepadaNYa. Ketaatan dan disiplin hidup kita akan direkod oleh Raqib dan Atib. Rekod amalan kita akan akan dibentangkan dan ditentukan untuk melayakkan kita ke syurga atau ke neraka Allah.

Debaran kita menanti keputusan peperiksaan tidak sepahit dan sepayah kita menanti di Mashyar. Mahsyar adalah tempat penantian agong yang amat meresahkan manusia yang ingar dan menjauhi ketaatan kepada Allah.

Rugilah mereka yang Fail dalam peperiksaan Allah dengan rugi yang teramat rugi. Justeru itu, utamakanlah ibadat dan niat yang tulus belajar kerana Allah bukan kerana mengejar imbuhan keduniaan yang penuh dengan kepura-puraan.

Tunaikanlah sembahyang fardu paling kurang. Hiasil diri dengan akhlak Islamiah di samping membasahkan lidah dengan zikir-zikir ayat Al-Quran yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran untuk dihafaz sebagai sukatan Pendidikan Islam.

Selamat bermuhasabah muridku. Banyakkan panjat doa kepada Allah kerana itulah tempat selayaknya. Niatlah belajar dan berkerja ini untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan daripada azab api neraka. Itulah kebahagiaan yang abadi. Selamat maju jaya.

Program Penghayatan di SK Singgah Manis

Sekalipun agak terlewat untuk membuat sedikit catatan berceramah Penghayatan di Sk Singgah Manis sempena kem motivasi calon-calon UPSR mereka. Namun, penulis berhasrat untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama murid-murid Cikgu Suriati ini.

Penulis agak berkejar-kejar ke program ini kerana terpaksa menghabiskan ceramah Maulid peringkat daerah Telupid di SMK Telupid. Perjalanan yang agak jauh dengan keadaan jalan yang cukup mencabar dan penulis ada pengalaman kurang baik kerana sebelum ini dua tayar kereta pecah dalam perjalanan Beluran-Telupid.

Hanya singgah sekejap untuk solat Asar, penulis terus menuju ke SK Singgah Manis. Guru Besar dan guru-guru SK Singgah Manis di Bilik Mesyuarat mereka dan dihidangkan bubur.. (sedap)

Menariknya, program ini bukan sekadar membimbing untuk akademik tetapi juga kepimpinan. Penulis melihat ada bersama-sama peserta batu bata dan pelajar sendiri menjadi pengerusi majlis dan memberi arahan.

Emosi penulis pada awalnya sedikit terganggu bila LCD tidak berfungsi dengan baik lantaran masalah laptop penulis. Namun demikian, dapat diselesaikan selepas itu dengan bantua guru-guru SK Singgah Manis.

Ceramah penghayatan mendapat perhatian dan kerjasama yang baik daripada kalangan peserta. Pada padangan penulis, objektifnya tercapai sekalipun program ini berakhir dekat dengan waktu maghrib.

Peserta ditiup semangat menghargai pengorbanan ibubapa dan kenapa mereka mesti belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, penulis berjaya membetulkan niat sebenar tujuan pelajar belajar iaitu untuk mendapat kebahagian di dunia dan juga diakhirat disamping dijauhkan daripada azab api neraka Allah. Pelajar digesa melazimi azam dan doa ini dalam kehidupan.
agaknya..apalah yang dibincangkan oleh peserta
menangis bila disentuh pengorbanan ibubapa mereka
Wakil peserta menyampaikan cenderahati kepada penceramah
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top