Siapa mahram

Mahram

Iklan Aqiqah Sempena Minggu Kemanusiaan

Pihak bidang Kemanusiaan akan menganjurkan Minggu Kemanusiaan pada 9hb hingga 13hb September. antara aktiviti sempena Minggu Kemanusiaan tersebut akan diadakan program Aqiqah dibawah kendalian Panitia Pendidikan Islam.

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kakitangan, ibubapa dan masyarakat untuk menyertai program ini. Kos sebahagian aqiqah sebanyak RM400. Penyertaan hendaklah sampai kepada pihak penganjur sebelum 05 September 2013.

Peserta aqiqah diberi pilihan samaada membawa pulang daging aqiqah ataupun menyerahkan kepada pihak penganjur untuk dimasak dan membuat jamuan di sekolah. Selain daripada penyertaan aqiqah, penganjur juga bersedia menerima sebarang sumbangan bahan masakan seperti beras, kelapa, ayam, buah, sayur dan sebagainya untuk tujuan jamuan pada hari program yang dijadualkan akan berlangsung pada 10hb September ini.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn Jumatiah Djumarang atau Ust Mohd Zaidi (013-9822070)

Program ini juga akan digabungjalin dengan Pra Universiti SMK Bukit Garam melalui projek khidmat masyarakat mereka..

Sambutan Hari Guru Meriah

Bagaikan sudah sebati bagi warga SMK Bukit Garam yang meraikan sambutan Hari Guru yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan juga barisan pengawas sekolah meraikan dan mengiktiraf sumbanban dan khidmat guru kepada para pelajar.

Sambutan tahun ini diserikan lagi dengan anugerah- anugerah kepada guru bagi memotivasikan dan menghargai pengorbanan guru-guru kepada pelajar
 Antara panitia sambutan Hari Guru
 Cikgu Norliza tersenyum bangga disamping ucapan botol pelajar
 Aksi santai dilaluan guru menuju ke dewan
 Ust Zaidi menerima anugerah Guru Prihatin
 Senyuman warga pendidik SMK Bukit Garam yang sentiasa ikhlas
 Inilah angkatan pendidik yang penuh dedikasi SMK Bukit Garam

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top