Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
- Kumpuan yang berpegang teguh dengan al-Quran , sunnah Rasulullah saw dan perkara-perkara yang dibawa oleh sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bid'ah.
Maksud As-salafussoleh
- Para ulama solihin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu ;-
a. para sahabat
b. tabien dan pengikut tabien ( Attba uttabien)
LATIHAN
1. Berikan pengertian Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
2. Senaraikan nama lain bagi Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
3. Tuliskan sejarah munculnya Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
4. Siapakah pelopor Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
5. Jelaskan prinsip- prinsip Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
6. Terangkan kepentingan berpegang dengan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
7. Berikan pengertian syiah
8. Bezakan pegang Syiah Imamiah, syiah Zaidiyyah dan Syiah Batiniah
9. Jelaskan pengertian Khawarij dan pegang aqidah mereka
10. Bezakan pandangan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah dan khawarij tentang
i . Melihat Allah
ii. Pelaku Dosa Besar
iii. Imam bertambah dan berkurang
iv. Qada' dan qadar
v. al- Quran bukan makhluk
11. Jelaskan kesan menolak Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
12. Terangkan langkah- langkah untuk memelihara aqidah
RASUL PENYAMPAI WAHYU
SOALAN LATIHAN
قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمْ عِندِى خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعْلَمُ ٱلْغَيْبَ
وَلَآ أَقُولُ لَكُمْ إِنِّى مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ
إِلَىَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلْأَعْمَىٰ وَٱلْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Surah al-an;am Ayat 50
Maksudnya :
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku tidak mengatakan
kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu
bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan
kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan
orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”

1. Siapakah Rasul
2. Bezakan antara Rasul dan malaikat
3. Senaraikan empat tugas-tugas Rasul
4. Apakah erti perkara ghaib
5. Tuliskan lima contoh perkara ghaib
6. Jelaskan bahagian-bahagian perkara ghaib
7. Kenapakah Rasul dipilih daripada kalangan manusia
8. Berikan pengertian khalifah
9. Jelaskan tugas manusia di atas muka bumi ini
10. Terangkan empat pengajaran ayat dalam surah al-An;am ayat 50
Date: Friday, March 3, 2017
Labels: Tilawah Tingkatan 4
Labels: Tilawah Tingkatan 4
RASUL DAN MALAIKAT
قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمْ عِندِى خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعْلَمُ ٱلْغَيْبَ
وَلَآ أَقُولُ لَكُمْ إِنِّى مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ
إِلَىَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلْأَعْمَىٰ وَٱلْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Surah al-an;am Ayat 50
Maksudnya :
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku tidak mengatakan
kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu
bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan
kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan
orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”
قُل
Katakanlah (wahai
Muhammad);
Dalam ayat ini, Allah mengarahkan Nabi Muhammad
untuk memberi tahu kepada manusia. Tapi bukankah tugas Nabi itu adalah untuk
memberitahu kepada manusia tentang semua hal agama? Jadi kenapa disuruh
memberitahu lagi dalam ayat ini? Ini menunjukkan apa yang hendak disampaikan
dalam ayat ini adalah amat penting sekali. Sampaikan Nabi Muhammad dengan
spesifik disuruh memberitahu kepada manusia. Oleh itu, hendaklah kita mengambil
perhatian dengan apakah yang hendak disampaikan.
![]() |
Gambar hiasan : Pelajar 4 Melur SMK Bukit Garam |
Ada tiga perkara yang perlu disampaikan oleh Nabi.
لَّا
أَقُولُ لَكُمْ
“Aku tidak
mengatakan kepada kamu
Nabi disuruh untuk menidakkan pemahaman manusia
tentang dirinya. Supaya jelas siapakah Nabi Muhammad itu. Ini penting kerana
banyak salah faham dalam masyarakat sekarang yang merasakan Nabi Muhammad itu
bukan manusia biasa. Mereka yang berkata demikian itu tidak boleh bawa dalil,
tapi hanya sangkaan-sangkaan manusia sahaja. Mereka sebenarnya menolak dalil
ayat Quran ini.
عِندِي
خَزَائِنُ اللَّهِ
perbendaharaan
Allah ada di sisiku,
Nabi disuruh untuk mengatakan bahawa baginda tidak
mempunyai perbendaharaan Allah untuk diberikan kandungan perbendahaan itu sikit
pun kepada manusia. Perbendaharaan itu bolehlah diandaikan sebagai satu tempat
yang diletakkan rezeki di dalamnya. Nabi tidak ada perbendaharaan itu, Nabi
juga tidak ada kunci kepada perbendaharaan itu. Baginda sama juga macam manusia
biasa yang lain. Bukan tugas Nabi untuk memberi rezeki kepada manusia. Bahkan
Nabi juga memerlukan rezeki daripada Allah. Sebab itu, kita pun ada dengar
kisah bagaimana dapur Nabi berbulan-bulan tidak berasap. Baginda pun ada
masanya kena mengikat perut kerana kelaparan. Kalau baginda ada pintu rezeki,
tentulah Nabi tidak ada masalah kelaparan dan sebagainya. Jadi janganlah hairan
kalau seorang nabi itu tidak mempunyai harta. Maka, kalau ada yang minta rezeki
kepada Nabi, itu adalah perbuatan yang salah sama sekali.
Jadi kalau kita perlukan sesuatu bukan kita minta
kepada Nabi kerana Nabi juga mengharap kepada Allah. Kalau semasa Nabi hidup,
boleh lagi untuk para sahabat meminta kepada Nabi. Dan memang Nabi adalah seorang
yang pemurah dan baginda akan beri selagimana baginda boleh memberi. Dan memang
ada kisah bagaimana sahabat nampak baju yang dipakai Nabi cantik, maka dia
telah meminta baju itu dari Nabi. Nabi terus sahaja beri baju itu kepada
sahabat itu. Tetapi apabila Nabi telah mati, Nabi tidak langsung boleh memberi
apa-apa lagi kerana baginda telah wafat. Bukanlah baginda boleh memberi rezeki
kepada sesiapa pun. Maka syirik lah sesiapa yang meminta pertolongan kepada
Nabi apabila baginda telah wafat.
وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ
dan aku tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib;
Nabi disuruh memberitahu kepada kita dengan jelas
bahawa baginda tidak tahu hal-hal ghaib. Kalau nabi seorang manusia yang paling
mulia pun tidak tahu tentang perkara ghaib,
lalu bagaimana dengan manusia biasa yang lebih rendah kedudukannya
daripada Nabi? Tentulah mereka tidak tahu. Maka jangan kita bertanya tentang
perkara ghaib daripada manusia. Kalau mereka kata mereka tahu perkara ghaib,
maka itu adalah perkara yang amat salah. Sebagai contoh, ramai masyarakat kita
kalau hilang barang, atau duit kena curi, mereka akan jumpa bomoh, jumpa ustaz
(kerana sekarang bomoh pakai nama ustaz) untuk minta tolong tengokkan siapa
yang curi duit itu atau di mana barangnya yang hilang itu. Tentunya mereka
tidak tahu kerana mereka tidak tahu hal ghaib. Tapi kadang-kadang mereka dapat
tahu di mana benda itu kerana apa? Kerana mereka tanya kepada jin! Jin boleh
tengok benda itu di mana kerana mata mereka boleh melihat lebih dari manusia.
Maknanya, mereka-mereka yang kononnya boleh tahu lebih dari manusia biasa itu
adalah kerana mereka dapat pertolongan dari makhluk lain, iaitu jin.
Apakah yang dimaksudkan dengan ghaib?:
1, Berita masa depan; apa yang akan berlaku esok,
lusa dan sebagainya. Kita memang tidak tahu langsung. Kita hanya boleh agak
sahaja.
2. Cerita yang dah lepas. Jangan kata yang masa
hadapan, yang telah lepas pun kita tidak tahu dengan pasti. Kalau kita tahu pun
sesuatu yang berlaku dahulu, itu bukanlah tepat betul-betul berlaku.
3. Perkara ghaib alam roh, alam malaikat, syurga,
neraka dan sebagainya; Hanya Allah taala
sahaja yang tahu dan boleh beritahu. Kalau perkara-perkara seperti syurga dan
neraka itu, kita kena ada dalil baru kita boleh terima. Kita hanya dapat tahu
hal-hal ghaib itu daripada Nabi kerana maklumat itu disampaikan kepada Nabi dan
Nabi sampaikan kepada kita. Dan Nabi dah tiada sekarang. Jadi, kita tidak ada
maklumat tambahan berkenaan perkara ghaib melainkan apa yang telah diberitahu
kepada kita.
Antara perkara ghaib adalah jin. Jin itu ghaib dari
pandangan mata kita. Kita memang tidak boleh nampak dengan mata kasar kita
dalam keadaan biasa. Maka kalau ada kata boleh nampak, itu ada masalah. Jin ni
boleh nampak kalau dia tunjukkan dirinya kepada manusia. Jadi kalau orang yang
kata dia ada kebolehan scan jin, maknanya dia ada masalah tauhid. Dia boleh
rasa kehadiran jin kerana dia telah lama berkawan dengan jin. Samada dia sedar
atau tidak. Dia telah lama mengamalkan tawasul sampai jin telah berkawan
dengannya. Itulah orang yang kita selalu dengar dikacau oleh hantu. Atau orang
yang dipanggil masyarakat untuk mengubati orang yang dirasuk jin, kena tegur
dengan jin, buang jin dan sebagainya. Mereka sangka itu adalah kelebihan yang
ada pada mereka, tapi sebenarnya tidak. Mereka tidak tahu yang mereka dapat
kelebihan itu kerana amal-amal salah yang mereka telah lakukan.
Kita selalu dengar bagaimana ramai sekali yang
diganggu jin, hantu dan sebagainya. Sampai meracau dan sebagainya. Ini adalah
satu masalah yang dihadapi oleh ramai dari kalangan masyarakat kita.
Ketahuilah, kalau sudah belajar tauhid dan Sunnah, jin dah tak boleh datang dan
kacau kita dah. Mereka yang boleh diganggu adalah mereka yang ada masalah
tauhid.
Maka kalau ada kata boleh sakitkan hantu dan jin dengan
kacang hijau lah, garam lah dan sebagainya, itu adalah mengarut kerana jin kita
tak boleh nampak. Jadi macam mana kita boleh tahu yang jin-jin itu boleh sakit?
Begitu juga kalau ada kononnya yang boleh tarik jin keluar dari badan pesakit –
bagaimana mereka tahu yang jin itu telah keluar?
Oleh itu, kita jangan kata yang ada manusia yang
tahu perkara ghaib. Kalau kita percaya ada manusia yang tahu ilmu ghaib pun
sudah dikira syirik.
Kita selalu dengar bagaimana Nabi ada juga tahu
perkara ghaib, bukan? Tapi hendaklah kita ingat bahawa Nabi hanya tahu perkara
ghaib dari apa yang telah diberitahu kepada baginda oleh Allah. Bukannya Nabi
tahu sendiri. Selalunya pemberitahuan itu melalui Jibrail. Sebab itu
kadang-kadang kita jumpa hadis yang menceritakan bagaimana Nabi ada memberi
tahu tentang perkara ghaib, apa yang akan terjadi di masa hadapan dan
sebagainya. Itu bukan bermakna yang Nabi tahu perkara itu sendiri tapi Nabi
telah diberitahu oleh Allah tentang sesuatu perkara itu dan Nabi hanya
menyampaikan saja. Ini kena faham kerana ramai manusia yang keliru tentang
perkara ini. Mereka sangka dengan Nabi memberitahu tentang apa yang terjadi
tentang masa hadapan dan sebagainya, mereka sangka Nabi tahu perkara ghaib. Dan
kerana itu mereka kata Nabi itu bukan manusia biasa. Sampaikan ada ajaran
tarekat yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah jelmaan Allah.
وَلَا
أَقُولُ لَكُمْ
aku juga tidak
mengatakan kepada kamu
Ini adalah perkara kedua yang Nabi disuruh
tidakkan. Kerana ada salah faham di kalangan manusia tentang perkara ini.
إِنِّي
مَلَكٌ
bahawasanya aku ini
malaikat,
Nabi Muhammad disuruh memberitahu yang baginda
tidak mempunyai sifat-sifat malaikat. Nabi adalah bersifat manusia. Tidak sama
dengan malaikat kerana mereka mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Mereka
boleh terbang, mereka boleh naik ke langit, mereka boleh nampak perkara-perkara
yang lebih dari kita dan berbagai-bagai lagi beza dengan kita sebagai manusia.
Mereka mempunyai sifat-sifat istimewa diberikan oleh Allah. Dalam ayat ini,
Nabi Muhammad disuruh memberitahu kepada manusia bahawa baginda adalah seorang
manusia dan hanya mempunyai sifat-sifat manusia sahaja.
Sifat Nabi Muhammad adalah sama dengan sifat
manusia yang lain. Nabi ada nafsu, malaikat tidak ada nafsu. Kalau manusia ada
sifat pelupa, Nabi juga ada sifat lupa, kalau manusia ada sifat lapar, Nabi
juga lapar dan macam-macam lagi sifat manusia yang ada pada Nabi.
Musyrikin Mekah mengejek Nabi Muhammad kerana nabi
sama sahaja macam manusia lain. Pada mereka, apa bezanya dan apa hebatnya kalau
baginda sama sahaja dengan manusia yang lain? Tapi begitulah yang Allah telah
tetapkan. Ada sebab kenapa Allah hendak jadikan rasul itu dari kalangan
manusia. Kerana kalau Nabi dan Rasul itu bukan macam manusia biasa, maka
tentulah ada alasan bagi manusia untuk tidak ikut mereka. Kerana mereka akan
kata, tidak sama dugaan mereka dan Nabi dan para Rasul. Sebagai contoh, mereka
akan kata mereka ada dugaan lapar, tapi Nabi tidak ada masalah itu. Mereka akan
kata bolehlah kalau Nabi tidak berzina kerana Nabi tidak ada nafsu. Dan banyak
lagi sebab-sebab yang boleh dijadikan alasan oleh mereka. Tapi apabila Nabi
sama sahaja dengan manusia lain, mereka boleh dijadikan contoh tauladan yang
boleh diikuti.
Jadi, dalam ayat ini, Allah suruh Nabi kata kepada
umat bahawa baginda memang sama macam manusia lain.
إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ
aku tidak
menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”.
Ini adalah perkara ketiga yang perlu disampaikan
oleh Nabi.
Beza Nabi dan kita adalah Nabi menerima wahyu terus
dari Allah. Dan Nabi disuruh memberitahu dalam ayat ini bahawa baginda hanya
mengikut apa sahaja yang diwahyukan kepada baginda. Tidak boleh untuk
mereka-reka benda yang baru dalam agama, kerana agama Islam itu telah lengkap.
Oleh itu jangan kita mengikut perkara-perkara bidaah yang diamalkan oleh
manusia-manusia yang tidak berilmu.
Ini adalah dalil kepada kita untuk ikut Quran dan
hadis sahaja. Kerana Nabi Muhammad pun disuruh cakap begitu. Kalau pendapat
guru kita pun kita tak pakai kalau berlawanan dengan ayat Quran dan hadis Nabi.
Kalau ada yang pakai pendapat guru dan tolak ayat Quran, itu adalah kufur. Tapi
berapa banyak dari kalangan kita yang senang sahaja bertaqlid kepada pendapat
guru mereka. Mereka tidak belajar pun tafsir Quran dan Hadis Nabi, dan kerana
itu mereka tidak tahu bahawa pendapat guru mereka itu bersalahan dengan Quran
dan Hadis.
قُلْ هَلْ
يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ
Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang
yang celik?
Sebelum ini asyik disebut ‘adakah kamu lihat?’.
Sekarang baru disebut bahawa mereka itu sebenarnya ‘buta’, tidak dapat melihat.
Mata mereka nampak, tapi mereka tidak boleh melihat kebenaran walaupun di
hadapan mata mereka. Adakah sama orang yang tahu tentang ilmu Quran dan
hadis kalau dibandingkan dengan mereka yang tak tahu? Tentulah tidak sama.
Tahu Quran itu bermaksud tahu tafsir Quran. Bukan
setakat tahu membaca sahaja. Kena tahu apakah yang hendak disampaikan oleh
Allah dalam Quran itu. Jangan kita jadi macam orang Yahudi. Mereka itu terima
Kitab Taurat. Dan mereka mengaku yang Taurat itu dari Allah. Tapi dalam
kehidupan beragama, mereka tidak pakai kitab Taurat. Sebaliknya mereka memakai
kitab karangan manusia. Sama sahaja dengan masyarakat kita. Masyarakat kita
terima yang Quran itu dari Allah. Tapi mereka tak pakai pun kitab Quran kerana
mereka tak belajar pun tafsir Quran. Yang mereka pakai adalah kitab karangan
manusia. Kitab karangan manusia berkarung-karung mereka baca, tapi tafsir Quran
belum belajar lagi pun.
أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Tidakkah
kamu mahu berfikir?”
Tidakkah manusia mahu memikirkan betapa banyak
kesalahan yang mereka telah lakukan tanpa mereka sedari?
Date: Wednesday, March 1, 2017
Labels: Tilawah Tingkatan 4
Labels: Tilawah Tingkatan 4
Subscribe to:
Posts (Atom)