Surah
an-Nuur ayat 2 - 5
1.Sebutkan pengertian/takrif zina dan hukumnya.
i. .Zina ialah melakukan hubungan
jenis/persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah mengikut hukum
syarak.
ii. Hukumnya adalah haram dan
berdosa besar.
2.Terangkan punca/sebab/faktor
berlakunya perbuatan zina.
i. tidak mempunyai didikan agama yang cukup.
ii. pergaulan bebas - pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan tanpa segan silu
dan batasan mendorong mereka melakukan perbuatan zina.
iii.
terpengaruh dengan filem-filem lucah dan
majalah-majalah yang memberahikan.
3. Nyatakan akibat/kesan buruk
berlakunya zina kepada individu dan masyarakat.
i.mendatangkan penyakit seperti AIDS atau siflis.
ii.merosakkan maruah diri dan
keturunan.
iii.memporak-perandakan rumahtangga.
iv.melahirkan masyarakat yang tidak
bermoral,berakhlak dan tidak bermaruah.
4. Terangkan bagaimanakah caranya/langkah
mengatasi berlakunya zina.
a-
Memahami dan
menhayati ajaran Islam bersungguh-sungguh.
b-
Menguatkan
keimanan kepada ALLah.
c-
Bergaul dengan
orang-orang yang soleh dan baik.
d-
Menggelakkan
diri daripada bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.
5. Apakah hukuman terhadap orang berzina/hukum hudud mengikut al-Quran.
Hukuman
hudud terhadap mereka yang berzina terbahagi kepada dua iaitu:
i. direjam
dengan batu terhadap penzina yang telah berkahwin.
ii. disebat
seratus kali sebatan terhadap penzina yang masih bujang.
6. Sebutkan kesan -kesan buruk yang
timbul daripada menuduh zina terhadap perempuan baik (qazaf)
i.mewujudkan permusuhan yang akan
memporak porandakan masyarakat.
ii.menimbulkan pergaduhan antara
kedua-dua belah pihak iaitu pihak yang
menuduh dan pihak yang kena tuduh.
iii.pihak yang kena tuduh akan
mengalami tekanan jiwa dan perasaan
yang membawa kepada
kejadian yang tidak diingini.
iv.zuriat yang lahir hasil daripada
tuduhan berzina akan menjadi mangsa fitnah
yang membawa
kesengsaraan sepanjang hidupnya.
v.rumahtangga yang aman akan menjadi
porak poranda.
7. Terangkan hukuman terhadap “orang
yang menuduh zina” kepada seseorang.
- Hendaklah membawa 4 orang saksi. Jika tidak
- Dia akan disebat sebanyak 80 kali.
8. Tuliskan ciri-ciri atau sifat-sifat wanita solehah
a.Sentiasa
memelihara maruah dan harga diri dengan mempamerkan akhlak yang baik dan mulia.
b.Berpegang
teguh dengan ajaran agama, tidak mudah terpengaruh dengan gejala mungkar. c.Menjaga nama baik diri,ibu bapa, keluarga dan suami. d.Sentiasa berpakaian menutup aurat.
2 comments:
interesting articles and good articles thanks to this article.
bandar togel
Ringkas dan mudah faham
Post a Comment