DOA HARI CERAMAH PDP ABAD KE 21 GURU CEMERLANG

Segala puji dan puja selayaknya untukMu Ya Allah, selawat dn salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw, kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.
  اللهم ءانت العزيز الجليل

Kami menadah tangan pada pagi ini, dalam majlis Ceramah Abad Ke 21, bagi merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapMu, di atas kurnianMu yang tidak ternilai bagi kami.

اللهم يا الله يا رحمن يارحيم

Sesungguhnya kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara ke arah kecemerlangan. Justeru, suburkanlah dalam diri kami semangat dan iltizam kami untuk berbudaya cemerlang. Cemerlang akhlak, cemerlang pendidikan, cemerlang berkeluarga, cemerlang bermasyarakat dan seterusnya cemerlang dalam bernegara.
اللهم يا الله يا فتاح يا عليم

Permudahkan urusan kami, ilhamkanlah dalam fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif dan berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami,eratkanlah saliturrahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.

اللهم ياکريم يا ودود

ربنا عليک توکلنا واليک انبنا واليک المصير

KEM SKOR A PENDIDIKAN ISLAM

Seramai 30 orang pelajar terpilih daripada 6 kelas tingkatan 5 untuk menyertai Kem Skor A Pendidikan Islam. Namun demikian dua orang pelajar tidak dapat hadir . Kem dibawah bimbingan Ust Ahmad Sihabuddin, Ust Zaidi dan Ustazah Saidah ini berlangsung selama dua hari pada cuti hujung minggu iaitu pada 7 hingga 8 November.

Pelajar didedahkan dengan soalan-soalan ramalan dan soalan percubaan dari sekolah dan negeri terpilih. Selain daripada itu, pelajar didedahkan dengan tips-tips untuk mendapat markah yang terbaik di dalam peperiksaan SPM nanti.
Belajar ala belajar di rumah

Fokus dan bersemangat

Draf jawapan sebelum membina jawapan lengkap

Bimbingan berterusan guru amatlah penting

Ketelitian untuk memahami soalan dapat mengelak jawapan payung

Jawapan disusun dengan kemas bagi memudahkan semakan

Sendiri lah kerana tiada siapa pun yany dapat menolong diri kamu kecuali diri kamu sendiri

PROGRAM SINAR HARAPAN

Suasana di bilik ujian

Cuit cuit imam dan pentazkirah

Tazkirah selepas solat fardu

Ucapan alu aluan pengarah program

Peserta kusyuk menjawab soalan

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pendidikan Islam di SMK Bukit Garam, Pihak panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program sinar Harapan yang melibatkan 70 orang pelajar dalam jalur kuning untuk dibentuk dan dibimbing bagi meningkatkan pencapaian mereka.

Program tiga hari ini bermula pada 29 september hingga 01 Oktober di sekolah. Program yang disi dengan ceramah motivasi, bimbingan kaedah menjawab sempurna, latih tubi tajuk tajuk tunding dan turut diberi keutamaan pengukuhan kerohanian.

Waktu rehat jam 9.30 diisi dengan solat sunat dhuha dan solat hajat. Manakala selepas solat zohor dan asar diisi dengan tazkirah oleh pelajar dengan tajuk-tajuk yang terkandung dalam bab tilawah atau kertas 2.

Sementara itu, pelajar turut dilibatkan dengan gotong royong menceriakan surau sebagai ganti riadah. Sementara itu, kuliah maghrib, insya dan solat sunat malam tidak dapat dilakukan kerana program pada kali ini tidak dibenarkan melibatkan waktu malam kerana mengambilkira beberapa faktor.

Semua guru pendidikan Islam turut dilibatkan bagi membantu guru-guru SPM.

Pakaian sekolah di majlis perasmian

Majlis perasmian program

En Azmi Datu Tambung menyampaikan ceramah motivasinya

Peserta dan guru pembimbing bergambar kenangan

Peserta fokus kepada apa yang disampaikan

Akademik dan kerohanian mestilah beriringan

Ujian awal untuk menjadi kayu ukur sebelum dan selepas program

Gotong Royong Menbina Paip Wuduk

Menggunakan air tangki dari bumbung sekolah

Pelajar 5 Anggerik dan Dahlia menyumbang khidmat

Guru bukan hanya membimbing akademik tetapi bimbingan survival kehidupan

peluang menyumbang kepada sekolah sentiasa dinantikan

Kerja memerlukan kepada fokus, begitu juga pembelajaran

pakaian kemas guru dan pelajar tidak menghalang untuk gaul simen

Kerjasama membawa berkat

beramal kerana Allah

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

CIRI-CIRI AJARAN SESAT


1. MENCEMARKAN

1.1 kesucian Al-Quran dan hadis seperti mengubah, memansuh, mempertikai atau membuat tafsiran menyeleweng

2. MENGUBAH

2.1 prinsip-prinsip asas dalam aqidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama
2.2 bentuk-bentuk ibadah seperti mengurangkan ibadah puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat.

2.3 konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa menebus dosa kepada seseorang.

3. MENDEWA-DEWAKAN

3.1 pemimpin sehingga dianggap maksum, nabi, jelmaan tuhan

3.2 sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia dalam doa atau jampi

4. MENOLAK

4.1 perkara-perkara yang Qati'ie

4.2 hadis mutawatir atau hadis secara umum

5. MENDAKWA

5.1 boleh melakukan perkara-perkara pelik dan ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para rasul, malaikat dan para wali Allah

SYIAH DAN KHAWARIJ

LATIHAN


1. Berikan pengertian mazhab syiah

2. Terangkan sejarah kemunculan kumpulan Syiah dan Khawarij

3.  Terangkan jenis-jenis Syiah

4. Jelaskan pegangan-pegangan mazhab Syiah

5. Terangkan perbezaan antara aqidah Syiah dan Aqidah Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

6. Berikan pengertian Khawarij

7. Jelaskan kumpulan-kumpulan Khawarij

8. Terangkan pegangan-pegangan mazhab Khawarij

9. Terangkan langlah-langkah untuk memelihara Aqidah

10. Apakah kesan sekiranya kumpulan Syiah dan Khawarij dibiarkan menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat?

11. Bezakan antara Syiah d
an Khawarij

ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH

Latihan

1. Berikan pengertian wali?

2. Bezakan wali Allah dengan Rasul

3. Sebutkan ancaman Allah terhadap orang yang memerangi wali Allah

4. Berikan pemgertian sifat mahmudah dan contohnya

5. Terangkan tiga cara menjadi orang soleh

6. Senaraikan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah

7. Sebutkan amalan-amalan sunat yang boleh menyuburkan kasih sayang sesama insan

8. Jelaskan pengertian ibadah nawafil

9. Bagaimanakah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah

10. Terangkan kelebihan orang-orang yang melakukan ibadah nawafil

11. Terangkan pengajaran hadis di atas
 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top