قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ ﴿23:1﴾ الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ
خَاشِعُوۡنَ ۙ ﴿23:2﴾ وَالَّذِيۡنَ هُمۡ عَنِ اللَّغۡوِ
مُعۡرِضُوۡنَۙ ﴿23:3﴾ وَالَّذِيۡنَ هُمۡ لِلزَّكٰوةِ
فَاعِلُوۡنَۙ ﴿23:4﴾
Maksud ayat 1 hingga ayat 4 surah al mukminun
قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ ﴿23:1﴾
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
Ayat 1 – Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang beriman yang tetap
berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di
akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi
larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya
الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ خَاشِعُوۡنَ
ۙ ﴿23:2﴾
2. (Iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya
Ayat 2 – Iaitu mereka
yang khusyuk dalam sembahyangnya – sembahyang yang sempurna ialah yang
dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan
meliputi anggota-anggota badan dan hati
وَالَّذِيۡنَ هُمۡ عَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضُوۡنَۙ ﴿23:3﴾
Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan
perkataan) yang tiada berguna
وَالَّذِيۡنَ هُمۡ لِلزَّكٰوةِ فَاعِلُوۡنَۙ ﴿23:4﴾
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat
Ayat 3 dan 4 –
Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari
melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang
sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan
melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat
PENGAJARAN AYAT
1. Sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk sesuai dengan tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya.
2. Kita
hendaklah sembahyang dengan khusyuk dengan meninggalkan segala lintasan dunia
3. Sebagai
seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan,
tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana
perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita
4. Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada
melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau
sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada
kita
5. Kita hendaklah menunaikan zakat kerana dengan berzakat boleh membersihkan harta benda yang diperolehi.
1. Senaraikan ciri-ciri mukmin yang berjaya
2. Berikan pengertian khusyuk
3. Terangkan cara-cara untuk kusyuk dalam solat
4. Berikan pengertian lagha
5. Senaraikan contoh-contoh perbuatan lagha
6. Jelaskan kesan lerbuatan lagha kepada masyarakat
7. Terangkan cara-cara untuk mengelak daripada melakukan perbuatan lagha
8. Berikan pengertian zakat
9. Senaraikan jenis-jenis zakat dan pengertiannya
10. Jelaskan kepentingan zakat kepada individu dan masyarakat
0 comments:
Post a Comment