MAKANAN YANG BAIK

عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له – رواه مسلم
Maksudnya: 

Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu. Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu?

ALLAH SUKAKAN YANG BAIK SAHAJA
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين
Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul

HENDAKLAH MEMILIH REZEKI YANG BAIK

فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم
Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu.

DOA DI TOLAK KERANA  MAKAN MINUM, PAKAIAN  DAN SUAPAN YANG HARAM
ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له
Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu

LATIHAN MAKANAN YANG BAIK

1. Berikan maksud makanan yang baik.

2, Bezakan makanan yang baik dengan makanan yang halal

3. Senaraikan ciri- ciri binatang yang haram di makan

4. Senaraikan  contoh-contoh jenis makanan yang baik

5. Apakah kaitan makanan yang baik dengan amal soleh

6. Jelaskan hikmah memakan makanan yang baik

7. Senaraikan ciri-ciri pakaian yang baik

8. Berikan pengertian rukhsah

9. Jelaskan syarat-syarat rukhsah

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top